Bab 13

4.1K 106 5
                                    

Hyuna pun berjalan masuk ke universiti. Dia berjalan menuju ke lokernya.Semua lelaki asyik memandangnya.Gayoon berjalan mendekatinya.

"Hai,Hyuna.Macam mana?Awak okey,ke?"tanya Gayoon.

"Gayoon,saya nampak pelik ke?Kenapa semua lelaki pandang saya?Ada comot ke dekat muka saya?" tanya Hyuna.

"Tak adalah,awak nampak biasa saja.Seksi dan cantik macam selalu."

"Ish,dia ni.Ada pula kata macam tu.Dah lah,saya nak pergi ke kafe dulu.Kita jumpa di bilik jurusan,okey," kata Hyuna lalu berlalu pergi.

Dalam perjalanan ke kafe,dia terlanggar seseorang menyebabkan Hyuna jatuh terduduk di atas lantai.

"Aduh,sakitnya pinggang aku," Hyuna mengaduh kesakitan.Dia menggosok pinggangnya yang sakit.

"Eh,kau rupanya.Kau letak Mata dekat mata?Lutut ke kaki?Jalan tu pandang depan bukannya berangan," kata seseorang.

Rupanya Hyuna terlanggar Hyunseung.

'Kenapalah aku kena selalu bertembung dengan dia.Menyakitkan hati betul lah.Dah lah,mulut tu macam laser.Tak ada insurans langsung,'bisik hati Hyuna.

Hyuna hanya terdiam.Dia malas bertengkar dengan Hyunseung.Mengingatkan peristiwa semalam membuatkan Hyuna rasa teramat marah.Tanpa berlengah,Hyuna cuba untuk berdiri namun tidak berjaya kerana pinggangnya teramat sakit.

'Macam mana aku nak bangun ni?'getus hati Hyuna.

Tiba-tiba sepasang tangan yang sasa mencempungnya.Hyuna merasa badannya melayan.

"Apa ni!Lepaskan saya lah.Saya boleh berjalan sendiri," marah Hyuna kepada Hyunseung.

"Lebih baik kau diam sebelum aku lempar kau dalam kolam ikan ni," marah Hyunseung kepada Hyuna.

Hyuna pun diam.Tidak sanggup dia kena lempar dalam kolam ikan.Hyunseung amat serius dengan kata-katanya.

Setibanya di bilik rehat,Hyunseung meletakkan Hyuna perlahan-lahan di atas katil.Kemudian dia mengambil 'first aid' yang berada di dalam almari.

"Baring," arah Hyunseung.

"Eh,awak nak buat apa ni?" tanya Hyuna.

"Aku kata baring,baring je lah.Banyak songeh betul lah kau ni."

Hyuna pun berbaring.Tiba-tiba Hyunseung menyelak baju Hyuna.

"Eh,awak nak buat apa ni?Kenapa awak selak baju saya ni?" tanya Hyuna sambil memegang erat bajunya daripada Hyunseung.

"Baik kau lepas baju kau tu.Kau ingat aku nak buat apa?Mesti kau ingat aku nak buat..."

Belum sempat Hyunseung menghabiskan kata-katanya, Hyuna pantas menekup mulut Hyunseung.

"Ei,awak ni.Mulut tak ada insurans betul lah.Cakap main lepas je," kata Hyuna.

Hyunseung terkejut dengan tindakan Hyuna yang menekup mulutnya.Hyuna baru perasan dengan tindakan refleksnya.Hyuna pun mengalihkan tangannya daripada mulut Hyunseung.

"Aku bukannya nak buat benda yang tidak elok pada kau.Aku cuma nak sapu minyak je pada pinggang kau," kata Hyunseung.

"Eh,tak apa.Saya boleh buat sendiri," kata Hyuna sambil cuba untuk mengambil botol minyak yang berada di tangan Hyunseung.

Tanpa disangka,Hyunseung menolak Hyuna supaya berbaring.Kedua-dua tangan Hyunseung menekan tangan Hyuna ke bantal.Muka Hyunseung berada begitu rapat dengan muka Hyuna sehinggakan mereka berdua boleh mendengar deruman nafas masing-masing.Pergerakan Hyuna terkunci.

Seduce The Sexy Bad GirlWhere stories live. Discover now