Bab 14

4K 101 3
                                    

"Apa dia?" tanya Hyuna.

"Awak pergi berjumpa Hyunseung," kata Gayoon.

"Apa!Awak mahu saya berjumpa dengan Hyunseung," Hyuna terkejut mendengar kata-kata Gayoon.

"Dengarlah dulu apa yang saya nak katakan ni.Awak pergi berjumpa dengan Hyunseung. Awak tatap mata dia dalam-dalam.Awak akan tahu sama ada awak cintalan dia atau tidak," jelas Gayoon.

Hyuna terdiam seketika.

"Terima kasih,Gayoon.Saya pergi dulu."

Sebaik sahaja Hyuna berkata begitu,dia terus berlari keluar dari bilik latihan.

"Yay,awak nak pergi mana Hyuna?" tanya Gayoon.

Namun Hyuna telah pun meninggalkannya.

'Sudah sampai masanya Hyuna serahkan hatinya kepada seseorang.Harap-harap hati Hyuna yang beku itu akan cair dengan kuasa cinta.Fighting,Hyuna,'bisik hati Gayoon.

******************************
Hyunseung berjalan menuju ke bilik latihan.Junhyung telah pun hilang entah ke mana.

'Tadi ajak aku ke sini.Tapi sekarang ni dia Pula yang hilang.Hampeh betul lah,'bisik hati Hyunseung.

Tiba-tiba Hyunseung berasa senak di dadanya.Rupa-rupanya seseorang telah melanggarnya.

"Ah,maafkan saya.Saya tak sengaja.Saya betul-betul minta maaf," kata perempuan itu.

Hyunseung terkejut melihat orang yang melanggarnya.

"Hyuna!Apa yang kau buat dekat sini?" tanya Hyunseung.

"Errr...saya....saya...."

Namun kata-kata Hyuna terhenti apabila mata mereka berdua bertaut.Hyuna merenungnya lama.Jantung Hyunseung berdegup kencang.Naluri lelakinya goyah dengan renungan lembut dan menggoda Hyuna.Hyunseung bagaikan hilang kata-kata.

"Er...tak apalah.Saya pergi dulu.Ada hal yang perlu diselesaikan," kata Hyuna lalu dia cuba untuk berjalan pergi.

Tanpa Hyunseung sedari,tangannya menarik kembali Hyuna supaya bertentang dengannya.Hyunseung memegang kedua-dua belah pipi Hyuna lalu merapatkan wajah mereka berdua.Bibirnya bercantum dengan bibir Hyuna.
Bulat mata Hyuna dengan tindakanHyunseung itu.Namun Hyuna membiarkan perbuatan Hyunseung itu.Bahkan dia rasa selesa begitu.Lama mereka dalam keadaan begitu.

"Ehem," deham seseorang.

Mereka pun menghentikan tindakan mereka itu lalu berpaling kepada empunya suara yang mengganggu mereka.

Hyuna mengelap bibirnya dengan belakang tapak tangannya.

"Err...saya pergi dulu," kata Hyuna lalu berlari meninggalkan Hyunseung.

"Phewit,amacam.Hotnya kau orang berdua.Dah sampai tahap tu rupanya," kata Junhyung.

"Ish,kau ni.Kacau betul lah," marah Hyunseung.

"Jadi,macam mana.Kau sudah dapat pastikan perasan kau sebenar kepada Hyuna?" tanya Junhyung.

"Sekarang ni aku semakin yakin yang aku memang jatuh cinta dengan Hyuna.Bahkan aku rasa perasan itu semakin kuat.Sekarang ni aku betul-betul mahukan dia,Junhyung.Aku mahukan Hyuna," luah Hyunseung.

"Be patient, Hyunseung. When the times come,I sure you will get it," kata Junhyung.

Mereka pun berjalan pergi.

"Sekejap,baru aku teringat.Kenapa Hyuna berada di sini?" tanya Hyunseung.

"Entahlah,aku pun tak tahu.Only one way to find out," kata Junhyung.

Seduce The Sexy Bad GirlWhere stories live. Discover now