Bab 31

2.5K 83 14
                                    

Hyunseung berjalan menuju ke pejabatnya.Beberapa orang pekerja yang berada di situ tunduk hormat kepadanya.Setibanya di meja setiausahanya,dia dipanggil.

"Tuan pengarah,tuan perlu memeriksa persiapan kumpulan-kumpulan yang akan melakukan debut dan comeback.Mereka menunggu tuan di studio utama.Ini adalah senarai kumpulan-kumpulan yang akan debut dan comeback minggu depan."

Hyunseung mengambil fail itu lalu beredar dari situ.Dia masuk ke pejabatnya untuk mengambil telefonnya.Dia kemudiannya berjalan ke studio utama.Tiba di satu selekoh,seseorang telah melanggarnya.Fail dan kertas yang dibawa oleh perempuan itu berselerak di atas lantai.

Perempuan itu mengutip kertas-kertas dan fail secepat mungkin.Hyunseung turut membantunya mengutip kertas-kertas itu.

"Maafkan saya,tuan pengarah."

Hyunseung hanya tersenyum.Semasa Hyunseung mengutip kertas,sehelai kertas menarik perhatiannya.Hyunseung mengambil kertas itu lalu membacanya.

"Awak ambil kertas ini dari mana?"

"Pengarah Min Woo suruh saya buang semua kertas ini."

Hyunseung terdiam seketika.Dia meneliti kertas itu sekali lagi.

"Saya mahu kertas ini.Awak boleh buang kertas yang lain."

Perempuan itu tunduk hormat lalu beredar.

'Personal medical treatment? Kenapa appa ada surat seperti ini?Appa sakit ke?Tak mungkinlah.'

Telefon bimbit Hyunseung berdering menandakan mesej masuk.

Hyunseung,kau dekat mana?Mereka sedang menunggu kamu.Cepat datang ke sini.
                                      -Junhyung-

Kertas itu dilipat lalu disimpan dalam kocek seluar.Hyunseung pun bergegas ke studio utama.

******************************
Pintu studio ditolak dari luar.

"Maaf sebab lambat," kata Hyunseung.

"It's okay,bro.Aku ingatkan kau dah lupa tadi," kata Junhyung.

"Aku tidak lupalah.Dah,jom kita mulakan latihan."

Mereka semua pun mengambil posisi masing-masing.Latihan pun dimulakan.

Selepas seketika,tibalah giliran ahli kumpulan baru.

"Oleh sebab kamu semua akan debut minggu depan,saya mahu kamu semua berlatih dengan memakai kasut tumit tinggi supaya kamu biasa dengannya.Sekarang saya mahu kamu semua pergi tukar kasut kamu itu dengan kasut tumit tinggi," arah Hyunseung.

Mereka semua pun mengikut arahan Hyunseung. Mereka pun mula berlatih dengan memakai kasut tumit tinggi.

Disebabkan mereka masih tidak biasa dengannya,salah seorang ahli daripada kumpulan itu tersadung lalu jatuh.

Hyunseung segera mendapatkan ahli kumpulan itu.

"Kaki kamu bengkak.Kita perlu bawa dia ke hospital.Junhyung,tolong papah dia ke kereta aku."

Junhyung pun memapah perempuan itu.Ahli-ahli kumpulan yang lain juga turut serta.

Mereka pun menuju ke hospital.

******************************
Hyunseung duduk di sisi katil sementara doktor memeriksa perempuan itu.

"Macam mana,doktor?" tanya Hyunseung.

"Keadaanya baik saja.Kaki dia hanya terseliuh.Dia perlu rehat yang secukupnya agar cepat sembuh.Says sarankan agar encik kurangkan aktivitinya."

"Baiklah,doktor.Terima kasih atas nasihat itu.Saya akan cuba kurangkan aktiviti dia."

Seduce The Sexy Bad GirlWhere stories live. Discover now