'What is he talking about?'jerit Hyuna dalam hati.
"Aku nak kau," kata Hyunseung di telinga Hyuna.
"Huh,apa dia?" tanya Hyuna sekali lagi.
"Aku gurau je lah.Kenapa?Kau cintakan aku ke?" tanya Hyunseung.
Entah kenapa Hyunseung sangat berharap yang Hyuna akan jawab ya.
"Cintakan awak?Saya?Tak mungkinlah.Lagipun awak kan dah ada teman wanita.Saya tak suka ganggu teman lelaki orang lain.Cuma menambahkan musuh saya saja," kata Hyuna.
Hyuna cuba berlagak selamba.Dia tidak mahu Hyunseung tahu yang sebenarnya dia telah pun jatuh cinta terhadap Hyunseung.
"Baguslah kalau kau tahu.Kau pun tahu kan yang Sunmi tu teman mesra aku.Tak akan lah aku akan tinggalkan dia semata-mata untuk kau."
Hyuna rasa hatinya bagai ditusuk sembilu.
"Says tahulah.Cepatlah bagitahu kenapa awak mahu jumpa saya.Saya ada banyak lagi kerja yang perlu dilakukan," kata Hyuna.
"Aku nak kumpulan kau sertai pertandingan yang akan diadakan nanti."
"Apa?Maksud awak pertandingan antara universiti tu?"
"Ya lah.Pertandingan mana lagi yang ada."
"Tapi kenapa pula awak mahu saya dan kawan-kawan saya sertai pertandingan itu.Awak pun tahukan yang kami ni bukannya ada bakat dalam menari dan menyanyi.So,please excuse me.I have job to do," kata Hyuna.
Hyuna pun berjalan ke arah pintu untuk keluar dari situ.Belum sempat Hyuna memulas tombol pintu,Hyunseung pun bersuara.
"Apa?Tak ada bakat dalam menari dan menyanyi?So funny.Kau lupa siapa aku.Kau berad di agensi yang sama dengan aku,Hyuna ahli 4 minute."
Hyuna terus memandang Hyunseung.
"Apa maksud awak?"
"Kau sebenarnya ahli kumpulan 4minute.Begitu juga dengan kawan-kawan kau.Aku tahu semua pasal kau dan kawan-kawan kau.Jadi tiada sebab untuk kau tidak mahu sertai pertandingan itu."
"Huh,kalau sekalipun saya ni ahli kumpulan 4 minute,awak ingat saya akan sertai pertandingan itu. Maaflah,tapi saya tidak berminat."
"Kau akan sertai.Aku akan bocorkan maklumat pasal diri kau dan kawan-kawan kau.Aku pasti kau kenal siapa aku kan.Aku selalu serius dengan kata-kata aku."
"Ahh,kenapa awak buat semua ni?Apa kata awak ajak Sunmi yang sertai pertandingan itu.Dia lagi berbakat daripada kami."
"Sebab tulah aku suruh kau sertai pertandingan itu. Aku tak mahu Sunmi sertai pertandingan itu.Lagipun,aku mahu tengok sehebat mana ahli 4 minute yang digilai ramai itu," Hyunseung senyum sinis.
"Saya benci awak.Awak memang kejam.Nampaknya saya salah dalam menilai awak."
Hyuna terus keluar lalu menghempas pintu bilik itu.Hyuna berlari ke tandas yang berdekatan.Hyuna menghamburkan tangisannya.
"Nampaknya aku telah jatuh cinta dengan orang yang salah.Kenapa cinta aku ini begitu menyakitkan.Teramat sakit.Aku tahu,aku tidak mampu untuk membenci Hyunseung.Aku tak mampu untuk benci dia," tangis Hyuna.
******************************
Dum...pintu bilik itu dihempas."Kenapa aku kata begitu kepada Hyuna?Pasti Hyuna amat marah kepada aku.Ahh,kenapalah aku sebut nama Sunmi.Apa yang aku dah buat ni?"
Hyunseung meramas kasar rambutnya.
"Maafkan aku,Hyuna.Aku tidak berniat pun untuk sakitkan hati kau.Sebenarnya aku sangat sayangkan kau.Cuma aku tidak berani untuk meluahkan sayang aku kepada kau.Maafkan aku,Hyuna. Maafkan aku," kata Hyunseung.
YOU ARE READING
Seduce The Sexy Bad Girl
Romance"Sepanjang aku hidup dalam dunia ni,belum pernah aku jumpa perempuan macam itu.Belum pernah ada perempuan yang pernah tolak aku.Ini kali pertama.Membuat aku tercabar pula,"-Hyunseung "Ada aku kisah kau ni siapa.Kau anak presiden sekalipun,bagi aku k...