6 bulan selepas kematian Rayyan...
Aku duduk di ruangan menunggu. Ini merupakan temujanjiku yang keenam dengan Doktor Izzat. Aku sendiri tak tahu bilalah semua sesi kaunseling ni akan berakhir. Yang pasti, ianya takkan mengubah hatta apa-apa sekalipun. Takkan ada apa yang mampu membuatkan aku melupakan insan yang pernah hadir dalam hidup aku bernama Rayyan Nuraiman. Semuanya takkan sama lagi.
"Adam, are you okay?" Mama menepuk bahuku.
"I wish I can say yes."
"Adam, I know how hurt you feel but past is past. Rayyan is now a history. You can't keep torturing yourself like this."
"But I love him so much."
"I know, Adam. I can see it. He waited for you there, Adam. Just wait for it."
"Hope so."
Dua minit kemudian, namaku dipanggil oleh seorang jururawat bernama Farah. Aku memberi senyuman kepadanya sebelum masuk ke dalam bilik Dr. Shahrin. Ketika aku masuk, doktor psikologi tersebut sedang duduk tersenyum memandang ke arahku. Aku tahu ianya fake tapi manisnya itu ada.
"Duduk, Adam."
"Thanks."
"So, are you prefer to speak in English or Bahasa?"
"My language, please."
Dia tersenyum sebelum mula membelek failnya semula. Senyuman masih tidak lekang di wajahnya. Fizikalnya agak tembam sedikit. Rambutnya hampir tiada di atas kepalanya. Orangnya tidak terlalu tinggi. 170 mungkin.
"So how you doing, Adam?"
"Dying. Deep inside."
"Ever dreamt of him again?"
"After last appointment, twice."
Doktor tersebut mencatat dalam bukunya. Entah apa yang dicatatnya, aku langsung tak tahu atau lebih tepat malas nak ambik tahu. Rasanya tak berkenaan pun dengan aku walau sememangnya mesti berkenaan. Dah terang-terang pesakit dia sekarang aku.
"Any other new crush?"
Angguk.
"Who? You don't make it as method for you to forget Rayyan?"
"You can fall crush everyday but only fall in love once."
Doktor itu terdiam sekejap. Memang itu pun yang aku nak. Nak aku lupakan Rayyan?! Memang taklah. Dia lelaki pertama dan yang terakhir datang dalam hidup aku. Memang tak aku akan cari lain.
"You got the point there but the truth is Rayyan is not lived anymore. He's died, Adam. There's nothing more you can expect."
"Then what you want me to do then?"
"Move on! Trust me Adam. Your life would be much happier if you let everything out of your head. Free your mind. SPM this year, right?"
"Yes..."
"Then? Move on, Adam."
Itulah sesi kaunseling paling menyakitkan hati pernah aku hadiri. Sedikit pun tidak membantu apa-apa. Aku sendiri tidak faham kenapa mama beriya sangat nak aku pergi sesi kaunseling. Yang pasti, sekarang aku sudah kembali bersekolah dan aku menduduki SPM dan bukan IGCSE seperti dirancang.
Di sekolah, tiada lagi punca semangat aku. AD dan Syahid pun semakin tidak ceria. Aku kembali seperti aku yang dahulu. Seorang yang senyap dan tidak banyak bicara. Bercakap pun hanya apabila ada perkara yang penting sahaja.
Zahira? Dia sedang sarat enam bulan dan berada di pusat pemulihan akhlak wanita. Aku sendiri tidak tahu mengapa sedangkan bukannya dia mengandung anak luar nikah. Tapi pembunuhan dia terhadap Rayyan terus ditutup dan tidak ada sesiapa yang membuat dakwaan. Aku pun memaafkannya sebab kalau nak diikutkan pun, itu bukannya salah dia walaupun sebenarnya dia nak membunuh aku. Dan ada yang kata dia sebenarnya dah separuh gila. Mungkinlah...
Rose? Seminggu selepas kematian Rayyan, dia menghilangkan diri. Seorang pun tidak tahu di mana berada. Semua cara untuk menghubungi dia suspended. So tiada siapapun yang tahu di mana dia berada. Sebulan lepas tu, kecoh dijumpai mayat seorang wanita dalam keadaan bogel di tepi belukar di Teluk Intan, Perak. Apabila disiasat, itu rupanya adalah mayat Rosemaria Karmila. Dia menjadi mangsa rogol dan bunuh dan suspeknya sehingga kini tidak diketahui. Anaknya itu kini dijaga oleh Zahira memandangkan dua-dua anak Rayyan. Aku ingat nanti aku naklah seorang.
Lily? Kami masih berkawan sehingga sekarang. Seperti aku, dia juga bersedih atas kematian Rayyan. Tapi dia lebih cepat move on berbanding aku. Sekarang, for no reason, aku dengar dia couple dengan Cikgu Zahin iaitu cikgu baru yang ajar Fizik kat sekolah kami ni. Kelakar, aku tau tu.
Pulang sahaja ke rumah, aku terus masuk ke dalam bilik. Potret wajah Rayyan masih tergantung elok di dalam bilik aku berserta dengan arca hari jadinya dulu. Setiap hari, itulah perkara pertama dan terakhir yang akan aku tengok sebelum masuk tidur.
"Rayyan, why you do this to me? Why you be so mean by leaving me alone without me? You know I can't live without you? You know your name always on my lips at all time? It's like I think about you every minute. Every single minute in my life, all I think is still you. Why you do this to me? Why you don't just at least bring me with you? I can't faced this anymore. I swear Rayyan, I swear."
Hidup aku cukup terluka dengan ketiadaan Rayyan di sisi aku. Tapi aku percaya bahawa selepas hujan, pasti pelangi akan muncul. Inilah kisahku sebagai seorang Adam Aaron Lancaster...
Jangan lupa baca...
YOU ARE READING
The Piano
Teen FictionSelepas kematian Rayyan, Adam cuba menguatkan semangatnya semula. Kini selepas 8 tahun, dia berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris dan Muzik di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Dia juga kini mempunyai sebuah band sendiri iaitu Voice of Love...