Bab 7

2.6K 138 2
                                    

Sabtuday is coming!!!

Aku bangun pada pukul tujuh dan mandi. Selepas mandi, aku mengenakan tank top berwarna hitam dan seluar tracksuit. Headphone USB aku ambil dan ku sarungkan ke kepala. Aku memberi Summer makan dan seterusnya keluar daripada rumah. Sempat aku bertegur dengan jiran dan orang dari tingkat lain yang aku terserempak di dalam lif. Ada yang balas, ada yang buat muka tebek padahal dia tu takdelah hot mana. Aku sengaja gunakan istilah hot sebab ianya lebih universal dan boleh digunakan pada pelbagai jantina. So, selamat kan?

Aku mula melakukan beberapa regangan sebaik sahaja aku tiba di trek jogging apartmenku itu. Semasa aku melakukannya, adalah beberapa orang perempuan pelbagai lapisan usia yang turut memandang ke arahku. Tapi maaflah ya cik puan sekalian, saya sangat susah untuk suka pada kaum berlawanan jenis saya ni. Tapi kalau cik puan semua sanggup undergo sex reassignment surgery, we can think about it. Nawh, I'm joking. Aku taklah sesangap dan segay itu. Aku juga lelaki yang menginginkan belaian kasih seorang wanita. Pergh! Ayat novel suamiku doh!

Aku mula berlari anak untuk beberapa meter di kawasan trek yang disediakan. Disebabkan berlari anak, aku pun memilih lagu-lagu Mariah Carey sebagai penambah semangat. Lagunya pula Without You, so memang slow sahajalah aku berjalan or berlari anak itu. Tapi entah kenapa, lagu tu sentiasa memang membangkitkan kenangan aku dan Rayyan.

One thing I like about exercise is, aku takkan rasa sedih walaupun background music aku time tu adalah lagu yang sedih. Exercise releases endorphine and endorphine makes you happy. Happy is good! Am I right?! When you happy, nothing can cross the line between your emotions. Hmm, maybe so!

Habis satu trek dengan berlari anak, aku mula melajukan langkah. Ketika itu, lagunya adalah A Public Affair daripada Jessica Simpsons. It's a pop song so aku pun just follow the flow and chill myself. Ketika ini, sudah ramai penduduk lain sudah menyertai aku berjogging. Biasalah, manusia hanya akan melakukan sesuatu perkara itu hanya apabila orang lain sudah melakukannya. Dan apabila seseorang itu melakukan perkara yang di luar norma, mulalah kita nak judge.

Aku bagi contoh macam ni je. Dulu, sebelum kopi hipster ala Starbucks wannabe tu muncul, ada tak yang nak buat?! Masa mula-mula buat dulu pun, orang akan kata kononnya mahallah, tak marketlah, menirulah. But sekarang, dalam lingkungan 100 meter pun kau boleh jumpa kedai yang menjual kopi hipster tersebut. Semuanya hanya kerana hanya beberapa orang yang mulakan. Alasannya, hendak menaikkan semangat berniaga.

Tapi dekat Malaysia ni, benda-benda macam tu semuanya tak ubah macam kita panggil one hit wonder dalam dunia hiburan. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab benda macam tu lately akan hanyut jugak dimamah zaman. Gangnam Style, Gwiyomi and Dubsmash. Smule tu tunggu time je lagi. Patah tumbuh hilang berganti.

Selepas selesai berjogging, aku menapak ke bistro di bawah apartmen aku. Aku memesan satu set roti bakar dan teh tarik. Very the Brit style cara aku breakfast. Sedap, ringkas dan menyihatkan tubuh badan.

Selepas breakfast, aku naik ke rumahku semula. Aku mengemas sedikit rumah yang telah disepahkan oleh Rezza malam tadi. Bukan apa, dia lepas solat Jumaat terus datang rumah aku. Kitorang siap boleh buat pillow fight lagi dengan beanie bag yang ada kat ruang tamu tu. So the moment dia balik rumah semalam, rumah aku dah kelihatan persis kapal karam. Thanks, dearest!

Sedang aku sibuk mengemas rumah itulah, loceng rumah aku dibunyikan oleh seseorang. Aku berjalan ke pintu dan mengintai dari lubang yang ada di pintu tersebut. Berdiri di luar seorang perempuan yang aku tak ingin dan tak pernah nak jumpa. Nama dia dulu pun kalau boleh aku tak nak dengar dan sebut. Tapi dah dia tekan berpuluh kali, aku bukaklah jugak pintu.

"Adam..."

"Get your fucking ass out of my house, bitch!!!"

"Adam, I know we could talk about it." Dia masuk ke dalam rumah aku dan pantas mengunci pintu.

The PianoWhere stories live. Discover now