Bab 4

2.9K 146 24
                                    

Aku menyarung t-shirt polos kuning dan seluar jeans. Rambutku aku sikat ke tepi ala Kpop sikit campur dengan pomade pulak. Minyak wangi DKNY disembur ke belakang telinga dan pergelangan tangan. Wanginya cukup untuk membuatkan Summer menjauhkan diri daripada aku seketika. Summer cukup tak suka kalau aku pakai minyak wangi DKNY itu. Entah apa bau bagi seekor anjing itu agaknya.

Aku kemudian mendukungnya dan melagakan hidung dengan anjing itu. Dia menjilat sedikit mukaku sebelum aku menyumbatnya ke dalam travelling bagnya. Good things about adopt a chihuahua is kau boleh sumbat dia dalam beg. Nak tahu macam mana rupa chihuahua ni, kau pergi google sendiri. Yang pasti, ianya so motherfucking kawaii!!!

Aku menutup lampu bilik dan mengambil kunci kereta di atas almari TV. Malam itu, aku akan pulang ke rumah keluargaku di Putrajaya kerana esok akan berlangsung perkahwinan kakak aku, Ariana Allison Lancaster. Tak sangka, pada usia 30 tahun, baru kakak aku tergerak hatinya untuk berkahwin. Dan aku sebagai adiknya akan menjadi best man untuk suaminya esok iaitu pelakon Australia, Edward Spages yang kononnya mempunyai rupa seiras Humphrey Bogart. Ye ye o je. Aku pun sampaikan terlupa yang kakak aku ni nak kahwin esok. Goddammit! What is happens with you actually, Adam Aaron Lancaster?!

Ketika tangan aku baru hendak memegang tombol pintu, loceng berbunyi. Aku membuka pintu dan melihat Rezza dengan sling bag di bahunya.

"Hi, Rezza. What are you doing here?"

"Sir lupa ke? Kan hari ni saya ada kelas tambahan dengan sir? Jumaat malam Sabtu, 8-10 malam."

"Yeah, I forget. Lucky you faster. Come in." Mujur dia datang cepat sikit.

"Sir siap handsome bagai ni nak pi mana? Jumpa marka?"

"Marka? What is it?"

"Oh, you dunno eh? Marka is what we call girlfriend in Kedah."

Aku tertawa. Good lessons for me tonight. Okay so marka adalah girlfriend ya tuan puan. "I'm single."

"Tipulah. Rupa elok macam sir ni takkan takde girlpren kut?"

"I'm serious. Okay, you sit there first. I prepared for you a drink and some refreshments. What you would like to have? Coffee or tea?"

Dia kelihatan serba salah. Mungkin kerana status agamaku yang Kristian ini, dia takut untuk mengambil sebarang makanan di dalam rumahku ini. Aku tersenyum melihat gelagatnya yang comel itu.

"Don't worry, Rezza. Other than my dog, everything in my house is halal. See, even my dog wear a shoes so his footprints will not left on the floor."

Summer hanya memandang kepada Rezza. Rezza membalas ayatku itu dengan tersenyum. Senyuman yang memang sebijik macam arwah Rayyan. Jesus Christ, stop it!

Aku kemudian membawa sebotol besar Coke dan membawanya ke meja makan kerana di situlah sesi P&P aku akan bermula kepada Rezza. Dia sudah mula membuka buku latihan kosong dan sebuah buku nota grammar di sebelahnya.

"So, shall we started?"

"Yes!" Dia menjawab penuh keyakinan.

"Let's do it. Okay, first of all I would like to ask you which part you weakest at? Grammar or essay or anything?"

"Actually sir, I think I lemah in penggunaan ayat kut. Tu cikgu saya tang Kedah dulu selalu kata lagu tu."

"Lagu?"

"I mean macam tu."

"That means you don't have wide vocabulary, isn't it?"

"Hah, vokep tulah yang cikgu saya dok habaq dulu."

The PianoTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang