Maka, dengan sekali lafaz ucapan syahadah itu, sahlah aku memeluk Islam. Aku memilih untuk tidak mengubah nama aku memandangkan Adam adalah nama seorang nabi dalam Islam dan Aaron adalah nama Inggeris bagi nama Harun yang juga seorang nabi dalam agama Islam. Rasa bangga pula sebab walaupun aku bukan seorang Islam dari lahir, tapi aku masih mempunyai nama dua orang nabi dalam nama aku. Cuma, nama Lancaster tu aku tak ubah sebab walau apapun, aku masih seorang anak bongsu keluarga Lancaster.
"Muhammad Adam Aaron Lancaster bin Abdullah. Nice name." Begitulah antara pujian yang seringkali aku terima oleh orang sekeliling. Tapi don't worry, aku masih lagi Adam Aaron Lancaster yang korang kenal dulu.
Janganlah expect yang bila aku dah masuk Islam, aku akan terus berubah menjadi alim ulama whatsoever. Jauh sekali untuk mengeluarkan jenama pakaian mengikut syariah. Aku masih seorang Adam yang dulu.
Mungkin ada yang akan kata, sekiranya kita telah berhijrah, tunjukkan yang kita benar-benar sudah berubah. Bagi aku, kalau kau berhijrah dan kau nak ceritakan kisah penghijrahan, that's it yeah aku terima. But rasanya kau tak perlu nak gebang lebih macam kau seorang pendosa tegar dalam alam yang bersifat sementara ni. Beriya nak kata yang dahi kau melekat pada sejadah bagai. Silap hari bulan, orang akan perli korang dengan gelaran yang sesuai dengan cerita yang korang jaja kat media dulu. Or kalau betul ianya terjadi sekalipun, keep it to yourself.
Aku masuk Islam dalam bulan puasa. Bukan kerana aku ingin rasa seperti dilahirkan semula seperti seorang model tu tapi kerana sebelum itu, aku masih dihambat oleh pelbagai job nyanyian dan kerja-kerja sekolah. Hanya pada tarikh itu sahaja, aku dapat meluangkan seminggu untuk menyelesaikan segala urusan pertukaran agama.
You know, Malaysia antara negara yang cukup terkenal dengan birokrasinya. Semua benda yang senang akan disusahkan dengan pelbagai konflik yang remeh temeh sampaikan orang yang susah jadi lagi susah. I get it that it all for your record but can you just settle that particular fucking reason that do that thing on your own. Lepas tu mula menyalahkan yang orang awam tak percayakan pekerja kerajaan but it's the truth doh!
Aku tak cerita lagi yang pekerja kerajaan yang sangat suka mengular time office hour dengan masuk lambat lepas waktu lunch. Lepas tu bila pengguna ni buat report, mula tuding jari balik kat orang lain. Sedarlah sikit kesilapan sendiri.
Dahlah membebel! Baik aku dengar lagu Akai Unmei daripada Momoe Yamaguchi. Lagu yang kemudiannya disadur oleh penyanyi klasik tempatan bernama Rina Rahman yang kemudiannya ditukarkan kepada lagu bertajuk Aku Ingin Bahagia. But yeah, original is always the best of all time.
Ketika aku mendengar lagu tersebut, aku sedang sibuk mengemas rumah. Lagi seminggu, aku dan Dewi bakal dinikahkan yakni bersamaan dengan rumah terbuka keluarganya. Dah minggu ketiga AidilFitri baru nak buat rumah terbuka. Mungkin nak celebrate sekali dengan pernikahan kami agaknya.
Ting tong...
Loceng rumah berbunyi. Pantas aku mengintai dari lubang di pintu untuk melihat siapa dia tetamu mengejut itu. Berdiri di luar pintu adalah insan yang aku cintai dan rindui. Nak aku sebut ke siapa? Rasanya korang dah tahu kan.
"Assalamualaikum..." Dia mengucapkannya sebaik aku membuka pintu.
"Waalaikumussalam. Masuklah."
Dia melangkah masuk ke dalam rumah dan di tangannya terdapat beg berisi pakaian. Nak tidur sini ke budak ni?
"Thanks. Thank you so much, abang."
"Rezza, what's wrong?"
Air matanya mengalir di pipinya yang putih. Hilang semua imej bad boynya dibawa oleh air matanya itu. Dia seumpama Rezza yang lain aku lihat pada pagi itu.
YOU ARE READING
The Piano
Novela JuvenilSelepas kematian Rayyan, Adam cuba menguatkan semangatnya semula. Kini selepas 8 tahun, dia berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris dan Muzik di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Dia juga kini mempunyai sebuah band sendiri iaitu Voice of Love...