Beberapa bulan sudah berlalu. Semalam, keputusan PT3 Rezza sudah diumumkan. 3A dan yang lain semuanya cukup makan sahaja. Tapi yang membuatkan aku gembira adalah Rezza berjaya mendapatkan A dalam Bahasa Inggeris. Jesus... Eh, Subhanallah, Me iz proud!!! Mana tak bangganya kau!? Aku cikgunya kut. Dan alhamdulillah, kakaknya juga turut berbangga dengan keputusan yang diperolehnya itu. Bagi aku, asalkan Dewi sudah berbangga dengan keputusan adiknya, itu sudah cukup memadai bagiku. Aku mahu dia mempunyai secebis perasaan bangga dengan adik kesayangannya itu.
At the first place, aku agak tak bersetuju dengan keputusan Dewi yang satu ni. Tapi setelah dipujuk berulangkali, aku lemah juga. Keputusannya adalah dengan mengajak Rezza tinggal dengan kami semua. Aku tak bersetuju kerana itu sememangnya akan menyeksa perasaan kami berdua dan secara tak langsung, akan membuatkan Rezza lebih renggang dengan aku. Rezza? Dia bersetuju tetapi aku tahu, batinnya menderita.
Kenapa aku cakap macam tu? Dia tidak lagi seceria Rezza yang aku pernah kenal dulu. Rezza yang kini adalah Rezza yang lebih banyak mendiamkan diri dan Rezza yang banyak menyembunyikan diri di dalam bilik. Cuma satu je benda yang menguji keimanan bila tinggal serumah dengan Rezza ni. Dia sangat suka memakai singlet sahaja dan boxer di dalam rumah pada bila-bila masa.
"Panas kut. Berlengas rasa kalau pakai baju panjang." Itulah jawapannya apabila kadang-kadang kakaknya mengajukan soalan begitu kepadanya.
Walaupun Dewi tua dua tahun daripadaku, dia sangat menghormati aku sebagai suaminya. Tidak pernah sekali dia meletakkan standardnya lebih tinggi daripada aku dalam rumahtangga kami. Senang kata, dia tahu levelnya sebagai seorang isteri. Korang faham apa yang aku maksudkan kan?
Pagi itu, aku sedang menonton televisyen ketika aku melihat Rezza sedang menyikat rambut dan meratakan pomade di kepalanya. Bau minyak wanginya semerbak semacam. Let me guess, perfume dia tu at least mesti Donna Karan New York. Menerobos lubang hidung aku dengan lebih cepat daripada angin.
"Adik, hang nak pi mana pagi-pagi ni?" Dewi bertanya ketika dia bertemu adiknya di ruang tamunya itu.
"Keluaq sat. Jumpa kawan."
"Kawan yang hat mana? Tak habaq akak awai pun?"
"Ni cheq dah habaq ni. Keluaq sat ja kut. Petang cheq balik."
"Kepala hotaq hang sekejap kalau petang baru nak balik?! Hang pi mana?! Tengok wayang?! Perabih duit akak ja tau!"
"Dewi, let him be. He needs space for his own self."
"You ni suka sangat bela si Rezza tu. Apa nak jadi dengan dia nanti siapa nak ambik tau?! Lepas tu dok nyusah orang ja tau."
"Kalau cheq buat baik pun, akak bukan nampak. Dah, cheq pi dulu!" Dia terus keluar daripada rumah meninggalkan aku dan kakaknya.
Dewi mengambil tempat di sebelahku dan mula mengeluarkan kertas kerjanya untuk sesi persekolahan akan datang. Aku pula sibuk mengarang lagu yang akan dimasukkan ke dalam album Voice Of Love yang akan datang.
"Sayang, no need to be so hardworking, okay."
"I have to sebab kerja you pun I jugak yang kena settlekan. So, that's why I kena buat semua benda ni secepat mungkin. Am I right, Mr. Lancaster?"
"Yes, indeed. Right, Mrs. Lancaster."
Dia bersandar di bahu aku sebelum phone aku yang dicharge di sebelah TV berbunyi dan aku mencapainya. Panggilan tersebut adalah daripada Lana dan aku menjawabnya.
"Yes, Miss Sta Maria. What can I help you with?"
"Adam, I got to see you now. Can we meet? Just two of us?"

ANDA SEDANG MEMBACA
The Piano
Teen FictionSelepas kematian Rayyan, Adam cuba menguatkan semangatnya semula. Kini selepas 8 tahun, dia berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris dan Muzik di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Dia juga kini mempunyai sebuah band sendiri iaitu Voice of Love...