Translation
Dan Nyoroq: Dah BreakfastSesi persekolahan hampir bermula. Pada minggu terakhir cuti itu, semua guru diarahkan untuk ke sekolah untuk beberapa mesyuarat yang sesungguhnya membuatkan aku berasa menyesal menjadi cikgu dulu. Kalau nak diikutkan, benda yang simple pun pengetua ni nak mesyuaratkan. Tak tahu ke yang aku ni banyak lagi komitmen lain yang nak dilakukan selain daripada duduk kejung dalam bilik mesyuarat tu dan menghadap muka dia. Haih, redha sajalah Adam. Ni yang kau pilih sangat sampai bantah cakap kedua Mr. dan Mrs. Lancaster tu. Sekarang mendapatlah!!!
Di seberang meja sana, aku melihat seorang guru baru yang aku rasa familiar sangat rupanya. Tapi susah sangat untuk aku recall siapa dia tu. Tapi aku pasti yang aku memang kenal makhluk tu.
"Saya perkenalkan kepada kalian semua, guru baru dalam sekolah ini iaitu Cikgu Aiman Nurayyan. Rasanya ramai dah kenal dengan beliau sebab dia pernah menjadi guru ganti di sekolah ni dulu. Sila berdiri, Cikgu Aiman."
Guru baru tersebut berdiri. Terbeliak sekejap biji mata aku. Mustahillah mamat tu! Mamat yang pernah menakutkan aku lebih dari segalanya tu. Scarylah yal!
Dia memperkenalkan dirinya sambil matanya memandang ke arah aku. Dewi yang berada di sebelahku juga menyedari perkara yang sama. Dia kemudian menyiku lenganku.
"Ya, Dewi. I nampak apa yang you nampak."
"But I thought he just one of your fans."
"Eccentric one. I pun tak tahu apa yang dia nak obses sangat dekat dengan I."
Dewi ketawa kecil. Aku pun hairan dengan Aiman tu. Dia like try hard gila untuk mendapatkan perhatian daripada aku. Psiko!
"Untunglah famous!"
Aku menjeling kepada dia sambil menjongket kening. Dia ketawa lagi. Mujurlah pengetua tidak sedar yang dua orang gurunya ini tidak memberikan sepenuh perhatian kepada taklimatnya.
Notifications masuk ke dalam telefon apabila aku merasakannya ianya vibrate di dalam poketku. Aku mengeluarkannya dan mendapat mesej daripada insan yang tidak kukenali.
Like my new style?
Aku mengerutkan dahi. Seperti familiar sangat ayat yang aku terima kali ini. Kemudian aku mengangkat kepala. Di seberang meja sana, Aiman sedang memandang aku secara terus. Rasanya kalau matanya tu laser, habis tembus badan aku ni. Memang dalam dan tajam. Scary as fuck!
"Sayang, what is wrong with him?" Dewi berbisik kepadaku.
"I wish I know but I didn't."
"Psycho freak!"
Mesyuarat habis beberapa jam kemudian. Sejujurnya, punggungku sangat berasa lenguh tatkala berejam duduk dalam bilik tu tadi. Kerusi yang ada kusyen ternyata tidak membantu banyak dalam masalah punggungku yang dah kejung tu. Lenguh nak mampuih bak ang!
"Sayang, kita singgah kedai sat naa. Nak belikan makanan untuk Rezza sat."
"No needlah. He WhatsApp me tell me he cook already. So no needlah kut."
Dewi hanya bersetuju. Kami kemudiannya jalan beriringan menuju ke kereta. Ketika itulah, aku terdengar Aiman memanggil namaku.
"Hai, abang!" Ya, wajahnya masih ceria seperti hari-hari yang lain.
"Yeah, hi Aiman. What's good?"
"Nawh, saja nak borak dengan abang. Abang suka style rambut saya yang baru ni?"
Aku memandang rambutnya. Aku familiar sangat dengan style rambut yang macam dia buat ni. Style sangat dengan rambutnya si Rezza. Tak beza sikit pun.
YOU ARE READING
The Piano
Ficção AdolescenteSelepas kematian Rayyan, Adam cuba menguatkan semangatnya semula. Kini selepas 8 tahun, dia berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris dan Muzik di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Dia juga kini mempunyai sebuah band sendiri iaitu Voice of Love...