English Music Fair pun berlangsung di sebuah sekolah menengah yang jaraknya beberapa kilometer daripada sekolah kami. Pendaftaran kami bermula jam lapan pagi maka pukul lima pagi lagi kami sudah bersiap di sekolah. Rezza malam tadi di rumah aku tapi harap maklum bahawa kami tidak tidur sebilik. Lain bilik dan ya, aku masih tak dapat melihat dia shirtless. Malam tadi pun dia hanya memakai tank top basketball tu dan itupun sudah cukup untuk membuatkan aku tidak lena. Good job, Dewa Rezza!!! Thank you so so so much!!!
Di sekolah pagi itu, aku memakaikannya t-shirt berwarna hitam dan jaket kulit yang turut berwarna hitam. Memang sengaja aku nak bagi dia ala-ala Men In Black hari ni. Tambah mendebarkan kerana ibunya iaitu Datin Norjana dan bapanya, Encik Dewa Ridzuan. Okay, I know you guys want to ask me something. Chill your tits, please. I will explain.
Menurut seperti yang diceritakan Rezza malam tadi, mak dan bapaknya bercerai kerana maknya yang mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya iaitu seorang wakil rakyat di Ipoh iaitu Dato' Sulaiman. So, perang bersilih perang, akhirnya bapak dia pun menggunakan kuasa veto seorang suami dalam Islam iaitu menceraikan isterinya. Dalam Islam ada satu istilah dinamakan dayus jadi disebabkan bapaknya tidak mahu menjadi seorang yang dayus, bapaknya pun menceraikan maknya. Hmm...
Macam kenal sangat kan dengan cerita family siapa?
Tak apalah. This is not his story anymore. In fact, this might sounds cliche but I'm moving on from keep remembering Rayyan. Kau tahu, selama lapan tahun, hidup aku suram dan kelam tanpa adanya Rayyan di sisi aku. Ya, melupakan cinta pertama kau adalah sesuatu yang hampir mustahil. First love is something memorable because it teach you a lot about what love is.
Rayyan. He teach me a lot about what is love. How much and how many times you would sacrifice for your loved ones. Aku akui, masa bersama sangat singkat. Hanya beberapa bulan sahaja. Tapi beberapa bulan itu cukup bagi aku mengenali apa yang dinamakan erti cinta yang sebenar. Aku sudah rasa cukup bertuah menjadi miliknya untuk beberapa bulan itu.
I maybe moving on but I will never stop loving you, Rayyan Nuraiman. Forever and for always, you will always in my heart. I love you. And I swear that 'I love you' will always be our 'always'.
"Abang..." Rezza melayangkan tangannya di depan aku ketika aku sedang terberangan di depan cermin semasa sedang menyikat rambutku sendiri. Aku mengelip-ngelipkan mata sambil dia tertawa kecil di hadapan aku. Ketika itu, hanya kami berdua sahaja di dalam studio itu. "Yang lain semua dah tunggu kat luaq. Abang nak tunggu sampai bila ni? Ni dah pukui tujuh setengah dah ni. Depa dah tunggu lama tu."
"Sorry, sorry. Okay, let's go!"
Di dalam bas, aku mulanya ingin duduk di sebelah Rezza dan dia pun agak menyenangi dengan permintaan aku itu. Niatku adalah untuk memberi beberapa tips-tips terakhir sebelum pertandingan dan dapatlah juga untuk melihat mukanya dari jarak yang dekat.
"Rezza, can I sit next to Mr. Lancaster? We want to discuss about few issues." Aiman datang dari seat belakang dan meminta Rezza untuk beredar.
Masa tu, mood aku dah mula ruined sedikit. Aiman ni selalu sangat menaikkan darah aku yang sememangnya selama ni aku control. But it will be really obvious kalau aku insist Rezza untuk duduk sebelah aku so aku just biarkan jelah dia duduk kat seat belakang dengan budak-budak lain. Benci, benci, benci!
"So, what do you want to talk about, Aiman?"
Sebenarnya, dia bukanlah nak tanya apa-apapun sebaliknya banyak memfokuskan kepada urusan aku dan Voice Of Love. Pasal konsertlah, liriklah, nama kumpulanlah, bla bla bla. Cukup membuatkan seorang Adam Aaron Lancaster untuk berasa bosan. Tapi nanti kalau aku tunjuk yang aku meluat ibni menyampah, nanti dia kata aku ni tak mesra peminat pulak. Tapi memang selama ni pun aku dikenali dengan sikap yang jarang menegur peminat. Nature aku sememangnya pendiam. Belum lagi sebelum aku menjadi guru. Lagilah pendiam. Kalau road tour tu ku duduk dalam van je. Introvert right?
YOU ARE READING
The Piano
Teen FictionSelepas kematian Rayyan, Adam cuba menguatkan semangatnya semula. Kini selepas 8 tahun, dia berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris dan Muzik di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Dia juga kini mempunyai sebuah band sendiri iaitu Voice of Love...