Bab 29

2.1K 115 8
                                    

Selepas Dewi disahkan mengandung, makin mengada-ngada bakal mama tu. Hampir setiap masa nak berkepit dan merengek dengan aku. Tapi aku tahu yang dia buat semua tu sememangnya untuk meraih perhatian daripada aku. Well, siapa tak rasa beruntung dapat kahwin dengan Adam Aaron Lancaster, the sweetest man on Earth. Okey, aku tipu! Tapi sweetest man in Malaysia tu make sense. Well, it's The Lancaster katakan!

Hari itu, Dewi tidak hadir ke sekolah kerana ada check-up yang dia perlu pergi. Sejak dah jadi mak buyung ni, dia semakin sibuk ke klinik. Ada sahaja pemeriksaan yang dia kena lalui. Like really?! Ariana tu aku tengok relaks je. Siap boleh keluar movie baru lagi tengah pregnant pun. Dahsyat kan kakak aku seorang tu! Ariana Allison Lancaster memang tak pernah kenal erti penat dalam bidang lakonan yang sangat dicintainya.

Di sekolah, aku agak kejung juga. Kelas yang sepatutnya Rezza masuk iaitu kelas 4 Jaya adalah kelas yang aku in-charge. Well, aku jadi guru kelas tahun ni. Hebat tak? Well, nama pun Adam Aaron Lancaster! Tapi tulah, semuanya tak sama tanpa Rezza duduk di dalam kelas itu.

"Sir, kenapa muka macam stres je? Takkan Cikgu Dewi takde teman dah sunyi kut?" Salah seorang anak muridku mengusik aku dengan leluconnya yang agak hambar.

"Of course I missed her! She is my wife, okay! If you all can miss your partner, why shouldn't I?"

Semua terdiam. Tau pun korang nak sentap dengan ayat madah berbisa seorang Adam Aaron Lancaster. Tapi kemudian aku ketawa juga dengan mereka. Aku bukanlah seorang yang serius sahaja dalam kelas. Bosan doh!

Di dalam bilik guru, tiada sekejap insan yang aku boleh harapkan untuk bancuh Nescafe di pantri dan bawakan kepada aku. Dewi, I need you here! I am so fucking lazy to go to pantry just to make a Nescafe...

Ketika itu, aku gunakan free time untuk membelek gambar-gambar yang ada di atas meja Dewi. Paling besar, for sure gambar perkahwinan kami berdua tahun lepas. Serius, aku nampak sangat kacak dalam gambar tu. Aku memakai tuksedo hitam dan kemeja putih manakala Dewi memakai gaun kembang ala Cinderella berwarna pink. Very the Gwen Stefani punya wedding dress punya style. Rezza pula sebagai pengapit aku memakai tuksedo putih dan juga kemeja yang berwarna putih. Rambut dia yang ada iras bad boy tu sumpah menawan gila.

"Your brother in law looks like River Phoenix, Adam!" Itu antara pujian paling genuine aku dapat daripada saudara-mara. Nak tahu macam mana rupa River Phoenix, tengok kat gambar atas sana.

Aku melihat pula gambar polaroid Dewi dan adiknya. Dewi hanya mempunyai dua beradik sahaja iaitu dia dan Rezza. Walaupun jarak umur mereka sejauh 12 tahun, namun itu tak sedikipun memisahkan mahupun merenggangkan mereka berdua. In fact, dorang nampak sangat sweet. Dewi sangat mengutamakan adiknya dalam apa-apa jua keadaan. Rezza is so damn lucky!

Malah di atas mejanya itu terdapat gambar Rezza yang disusun cantik daripada bayi sampailah dia berumur 15 tahun. Elok sahaja disusunnya. Dewi sangat penyayang orangnya. Gambar aku pun sebesar-besar alam diletaknya di atas meja itu.

Buk! Sebuah mug berisi kopi dan sepiring penuh biskut marie berada di atas meja aku. Terkejut juga aku dibuatnya. Aku memandang insan yang meletakkannya. Okey, sejujurnya aku tak sebegitu teruja apabila melihat siapa yang menyerahkan kepadaku biskut dan Nescafe tersebut. Dia kemudiannya mengambil tempat di kerusi Dewi.

"Abang Adam..."

"What do you want, Aiman? You know we are in school so I can punch you to dead, right?" 

"Calm down, I didn't mean to start a fight okay."

"Then what?!"

"Okay, first of all, I want to say sorry for every chaos that I did. I knew I was delusional about everything. Can we meet outside after school? I have to spill all out to you." Kemudian dia berlalu pergi dengan air mata yang mengalir. Kan aku dah kata dia ni freak.

The PianoTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang