Selepas mandi pada petang itu, aku menonton drama di TV. Drama tipikal yang menayangkan seorang gadis lulusan luar negara yang dipaksa berkahwin dengan seorang anak jutawan terkenal Malaysia. Kononnya itu adalah jodoh yang paling sesuai dengan anaknya. For no reason kut anak dia tu dikahwinkan dengan mamat tu. Lepas tu adalah pulak girlfriend mamat tu yang kononnya akan bersumpah mati untuk berkahwin dengan mamat tu. Then adalah pulak kakak ipar perempuan tu like benci gila nak mati kat perempuan tu. Endingnya bahagia selama-lamanya ala-ala Cinderella gittew! The question here is, does fairytale really exists?
Aku pernah percayakan fairytale. Sebelum aku kenal Rayyan, aku percaya bahawa setiap hidup kita ni akan ada pengakhiran yang menakjubkan. Aku selalu percaya yang one day, aku akan dapat apa yang aku inginkan. Tapi macam aku cakap, life is all about you get what you need and not what you want. Kalau semua cerita ada kisah sedih, maka tidak akan ada penghuni neraka nanti. Mark my words!
Semasa aku kenal dan bercinta dengan Rayyan, sememangnya aku sangat percayakan kisah cinta seperti dalam novel. Selepas hampir dua tahun aku menyukainya dalam diam, akhirnya dia memberi balasan yang positif. Aku rasa sangat bersyukur dan beruntung ketika itu. Beberapa bulan itu seumpama memberikanku kegembiraan tak berhujung. Seumur hidupku terasa lengkap ketika itu. Rasa cinta penuh ikhlasku akhirnya dapat diberikan sepenuhnya kepada Rayyan.
Semuanya berubah setelah dia meninggal. Setelah aku meletakkan separuh nyawaku kepadanya, dia pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Selama-lamanya. Takkan kembali walau apa jua cara sekalipun. Menangislah air mata darah sekalipun, insan bernama Rayyan Nuraiman takkan pernah kembali semula dalam hidup aku. Walau bagaimanapun, bagi aku, dia tetap hidup.
Dia hidup dalam satu ruang dalam kepala aku yang dinamakan kenangan. Dia sentiasa hidup dan sentiasa memberikan aku semangat untuk terus hidup. Dia pernah menghiasi hari-hari aku dan membuatkan hidup aku bermakna. Aku juga pasti dia tak mahu melihat aku terus bersedih begini.
Rayyan, I love you. I will always love you as long as I live.
Handphoneku berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Pantas aku menjawab panggilan daripada Lana itu.
"Hello, Miss Sta Maria..."
"Fuck you, Miss Sta Maria! Hey, would you like to hang out? Fendi is not around her. He with Fazrul are going to their kampung. So can you teman me tonight?"
"Go where?" Dengan si sundal ni, confirm aku akan cakap BI broken punya.
"Mamak or anywherelah. Food truck seems nice jugak."
"Which food truck?"
"Titiwangsa. I pick you."
"Give me 10 minutes."
"Sabarlah jantan! Aku pun tengah layan Projek Memikat Laki ni."
"Why we watch the same damn show at the same time?"
"I don't know. My brother watch it. Forget it! I jumped now."
Aku yang sememangnya hanya memakai tank top berwarna kelabu ni terus menyarung kardigan biru gelap aku dan menggantikan boxer dengan seluar jeans. Rambut disikat sekemas mungkin sebelum aku memakai rantai di leher. Band boy katakan!!!
Selepas itu, aku mencium Summer dan menutup televisyen. Aku keluar daripada rumah dan surprisingly, lif berhenti sebaik sahaja aku menekan butang untuk ke bawah. Biasanya aku terpaksa menunggu untuk beberapa ketika untuk lif sampai ke bawah. So, aku pun tak sampai dua minit dah sampai bawah.
Aku menunggu Lana di lobi sambil scroll Instagram. Aku merupakan artis Malaysia yang daripada kumpulan pertama memiliki jumlah pengikut sebanyak lima juta di Instagram. Aku artis yang ada kumpulan sendiri kut so that's quite an achievements.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Piano
Teen FictionSelepas kematian Rayyan, Adam cuba menguatkan semangatnya semula. Kini selepas 8 tahun, dia berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris dan Muzik di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Dia juga kini mempunyai sebuah band sendiri iaitu Voice of Love...