Pagi Ahad itu, sehari selepas Rezza keluar daripada wad, Dewi mengajak aku berjumpa di Killer Gourmet Burgers, Taman Tun Dr. Ismail. Apabila aku bertanya atas urusan apa, dia berkata ianya bukanlah sesuatu yang berkenaan dengan sekolah. Sejujurnya, hati aku mula dijentik oleh rasa ketakutan kerana aku mula merasakan yang dia sudah mengetahui dirty little secret antara aku dan adik kesayangannya itu. Seboleh-boleh aku cuba untuk mengelak daripada berfikiran begitu. Gila kau! Memang mampus aku kalau Dewi boleh tahu semua ni.
Sepanjang memandu ke sana, hati aku asyik berdebar. Untuk kali pertamanya, aku berharap agar Rezza tiada di situ juga. Hal ini adalah sekiranya Rezza turut berada di situ, ianya sememangnya akan menguatkan lagi teori bahawa Dewi sudah sedia maklum mengenai kisah aku dan Rezza. Tapi daripada nada suara Dewi tadi, aku tak rasa yang dia sedang marah. Suara dia tenang sahaja. Well, aku pernah tengok dia mengamuk dan siapa takkan mengamuk kalau adik lelaki dia ada skandal dengan lelaki jugak?! Hmm, ada. Ariana and Ambrose Lancaster.
Aku tiba di situ dan Dewi sudah pun sampai sebelum aku. Dia memakai t-shirt putih bersarung kardigan hitam serta tergantung cermin mata hitam di atas ubun-ubunnya. I never knew this woman could be this hot. Yeah, ini kali pertama aku cair dengan perempuan.
"Hi, Dewi..."
"Oh, yeah hi. So, you dah makan?"
"Not yet. Jom order."
Kami berdua menuju ke kaunter memesan dan mula memesan makanan seperti yang diinginkan perut dan tekak masing-masing. Ketika aku baru hendak mengeluarkan dompet, Dewi menahan tanganku.
"My treats, shall we?"
Aku sekadar bersetuju. Siapa yang tak suka kena belanja, ya dok? Dan ya, dia tak marah. Sebab orang yang tengah marah mana nak belanja orang lain makan. Make sense jugak statement aku kali ni.
Kami duduk semula di tempat kami selepas memesan makanan. Tapi sekarang aku mula rasa awkward sebab inilah kali pertama aku bertemu Dewi di luar tanpa adanya Rezza bersama. Haah, mana budak tu?
"Where's Rezza?"
"Oh, dia tak berapa nak sihat lagi. Sekarang tengah rest kat rumah. But don't worry, he's fine. I faham Adam yang you betul-betul dah anggap Rezza tu macam adik you sendiri kan."
"Yeah, we shared lot of things. Rezza like I say before, is a nice guy. You should put your trust in him, Dewi."
"Adam, all of my life, I never met anyone who can stand with Rezza. And I pun tak pernah jumpa orang yang Rezza boleh clique especially cikgu dia sendiri. Seriously, I really admire the way you approach adik I tu."
Aku hanya mampu tersenyum. Kemudian wajahnya mula beriak serius. Riak yang aku sendiri tak reti nak baca apa yang tersirat di sebaliknya.
"Adam, you tahu I ni janda kan?"
"Yes. Rezza told me but not the whole story."
"Okay, let me tell you something cliche about my life. I meet this guy who named Kamal at the end of my diploma life. Dalam satu semester je kut lagi nak habis then I meet him. We dated for few months before we get married masa I praktikal. First two years, kami memang tak ada anak. I thought it should be okay. Masa I degree, I had few miscarriages which then lead to his tempered. Lepas I grad, his true colours mula keluar."
"What do you mean by true colours?"
"Like dia selalu pukul I. Keep blaming me for everything. You tahu Rezza hampir kena buang sekolah masa form one kerana dia?"
Aku menggeleng. Really?! Apa kaitan budak umur 13 tahun dengan kisah pelamin anganku musnah dorang?
"I dengan Rezza sama sekolah. One day tu, ex husband I datang and start mengamuk kat sekolah. Rezza apparently lalu kat area tu. Dia datang kat Rezza and try to bother him. Rezza annoyed and marah terus tumbuk dia. Langsung Rezza kena tuduh mencederakan orang luar."
YOU ARE READING
The Piano
Teen FictionSelepas kematian Rayyan, Adam cuba menguatkan semangatnya semula. Kini selepas 8 tahun, dia berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris dan Muzik di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Dia juga kini mempunyai sebuah band sendiri iaitu Voice of Love...