Bab 2

3.2K 163 14
                                    

Dengan eyebag sekilo di bawah kelopak mata, aku gigih juga untuk bangun tidur pada pagi itu. Selepas mandi dan mengenakan kemeja berwarna hijau tua dan seluar slack, aku memberi Summer makan sebelum menyediakan breakfast untuk diriku sendiri. Aku hanya membuat roti bakar mentega, dua ketul sosej (hmm, sesuatu sangat), telur hancur dan kacang panggang.  Aku ni memang jarang sangat nak makan benda berat pagi-pagi buta ni. Jadi sarapan yang ringkas inipun dah mencukupi sebenarnya.

Selepas memberikan beberapa kucupan kepada anjing chihuahua aku itu, aku pun mengambil beg dan mula keluar daripada rumah. Seperti biasa, aku perlu menunggu beberapa ketika sebelum lif sampai. Peak hours macam ni, memang tak boleh nak expectlah lif sampai on the dot kau nak turun. Kena tunggu sikitlah seminit dua.

Ketika lif terbuka pun, sudah terdapat beberapa orang yang sememangnya sudah sedia menunggu di dalamnya. Memandangkan aku fikir yang aku tak mahu lewat, aku masuk sahajalah. Dekat dua minit jugaklah nak sampai bawah sebab hampir setiap tingkat ada sahaja yang ingin menaiki lif. Kejung duduk dalam lif ni lama-lama weyh.

Selepas sampai sahaja di tingkat bawah, aku terus berjalan menuju ke Volkswagen Polo milik aku yang diparkir di basement. Masuk di dalam kereta, aku terus memasang CD lagu. Sumpah aku sangat annoyed dengan radio zaman sekarang ni. Celoteh DJ lebih banyak daripada lagu. Kalau lawaknya sampai punchline takpelah jugak. Ini lawak dahlah hambar, main isu sensitif pulak tu. Eeii, benci!

Lagu pertama dalam playlist CD tersebut adalah Can't Take My Eyes Off You daripada Frankie Vallie and The 4 Seasons. Classic and catchy! Setiap liriknya memang mampu membawa ingatanku kembali semula kepada Rayyan Nuraiman. A boy who too good to be true which make me can't take my eyes off him. God, I missed him!

Bukan aku tak cuba move on, tapi dia first love aku. Ada beberapa benda dalam dunia ni yang kau susah untuk lupakan dan antaranya adalah first love. Disebabkan tulah ada kes suami isteri yang kembali bercinta dengan kekasih lama mereka sebab itulah mereka sukar melupakannya. All these talkings just makes me remembered Rayyan more. And sampai hari ni pun, aku akan tetap cakap "Good night, Rayyan!" setiap kali sebelum tidur. Aku masih tak boleh terima pemergian dia. Dia mati atas riba aku kut.

Setibanya di sekolah, aku terus berjalan ke pejabat dan mengepunch card. Ketika aku tiba di meja aku di bilik guru, aku perasan yang meja di sebelahku yang selama ini kosong sudah mempunyai pemilik. Buktinya apabila banyak buku dan beberapa potret gambar disusun di situ. Dan aku tahu cikgu ini adalah wanita kerana banyak susunan bermotifkan bunga. Dan aku tak faham apa motif letak bunga hidup yang bercirikan hidroponik?! Nak bagi kes denggi bertambah ke apa?

"Hi, Mr. Lancaster!" Seseorang menegur aku dari belakang. Okey, aku terpegun dengan kecantikannya. Paris Hilton? Maybe. Jessica Simpson? Not literally. Lauren Bacall? Yes, definitely! "I Cikgu Dewi. Dewi Rini Mariana. Baru pindah. Your next table neighbour."

"Oh, hi. I Adam Aaron Lancaster. Kat sekolah, just call me Mr. Lancaster or Adam to make it casual. So what subject are you teaching, Miss Dewi?"

"There's a correction there. I ain't a Miss anymore. I teach Bahasa Melayu actually but thanks God I can speak English well too."

"Then sorry for your mistitled."

"It's okay, Mr. Lancaster."

Selepas perhimpunan, aku kembali semula ke bilik guru dan mula menanda buku latihan pelajar kelas aku. Itupun ada beberapa orang pelajar yang masih tidak menghantar buku latihan. Memang nak kenalah dengan aku dalam kelas nanti.

"Mr. Lancaster, sorry for interrupting you but I would like to introduce you to your new student." GPK HEM, Puan Khatijah datang ke mejaku sambil di belakangnya berdiri seorang budak lelaki. "Rezza, ini cikgu kelas kamu, Mr. Adam Aaron Lancaster."

The PianoWhere stories live. Discover now