Tahu tak apa yang membuatkan kau boleh berasa sedih pada pukul empat pagi? Ianya adalah apabila kau tiba-tiba teringatkan seseorang yang sudah pergi untuk selamanya. Kau tahu yang sebenarnya kau tak ada pilihan lain selain daripada lupakan dia ataupun berhenti daripada attached dengan dia tapi kau tak boleh buat macam tu. Betullah ada mulut yang pernah berkata bahawa cinta itu kejam. Nikmatnya sementara, seksanya berpanjangan. Tapi somehow, aku tak pernah merasakan pemergiannya daripada hidup aku itu satu penyeksaan. Ianya mengajar aku menjadi manusia yang lebih baik. Kadang-kadang melepaskan itu lebih kurang sakitnya daripada menggenggam.
Aku memegang gambar aku dan Rayyan yang diambil ketika kami sleepover di rumah aku. Gambar itu berupa Rayyan yang sedang ingin mencium pipi aku manakala aku melentokkan kepala. Terasa rindu sangat akan semua momen-momen itu. Masih terbayang bau badan Rayyan yang mampu mengalahkan minyak wangi Mont Blanc milik mama yang mencapai harga ribuan ringgit untuk beberapa ml itu.
"Sayang..."
Aku yang sedang mencium-cium badannya mendongakkan kepala.
"Kenapa sayang suka sangat kiss-kiss I ni?"
"Because you are so scented, sayang."
"But I still didn't take a bathe, sayang."
"It's okay, sayang. To me, you are always my very best. Anyway, you also love to kiss me, right? Can I know why?"
Dia tersenyum lalu membaringkan aku dan terus mencium muka aku serakus mungkin. Kemudian dia mencium bibir aku dan mula bermain dengan lidah aku. Tangannya menjalar ke belakang tengkuk aku membuatkan aku mengerang kenikmatan. Sampai putih biji mata aku menahan kesedapan.
"Sayang, I love you..." Ungkapnya penuh lembut dan sensual ke telinga aku. Aku pula naik ghairah mendengarnya. "Is that answering?"
"Not relevant. Punishment must be done."
"What is it?"
"Kiss me once again."
Dia mencium lagi aku. Selama lebih lima minit, aku rasa singgah ke syurga untuk sebentar. Semuanya berlalu dengan penuh romantis dan indah. Rayyan sememangnya idaman setiap manusia untuk menciumnya.
"Sebab sayang ni cute. Cute sangat. Selalu geram nak cium you. Ni mulut ni make sure untuk cium I je tau. Melainkan bila I dah tak ada nanti."
Aku menolaknya bangun. "Why you say like that?"
"Sayang, tak selamanya I akan ada untuk you. Sooner or later, I will go away. Far and far from your life. That moment nanti, I harap yang you akan dapat terima hakikat yang I akan tetap dan sentiasa cintakan you."
"Sayang, I don't like the way you behave now. What's wrong? Tell me! Are you sick or something?" Aku mulai merasa tubuh badannya untuk mengenalpasti apa yang tidak kena.
"No, sayang. I just pesan je. Trust me, you will. Cuma tulah, kalau I tak ada nanti, carilah replacement. Orang yang boleh sayangkan you macam mana I buat. I tak nak you sedih selalu. You never deserve sadness in your life. Ever!"
Aku kembali ke alam realiti. Air mata aku tumpah dan mengalir di pipi yang pernah digemari oleh Rayyan untuk menciumnya. Aku menyekanya dengan tapak tangan. Aku menatap lagi foto tersebut. Kemudian satu imej lain mula terbayang.
Wajah kacak Rayyan seolah berganti dengan wajah Rezza. Wajah innocent bad boy Rezza yang tersenyum memandang ke arahku. Wajah kacak kekampungan penuh kemelayuannya yang ingin sangat aku cium sepertimana Rayyan melakukannya padaku dahulu.
Telefonku berbunyi. Siapa pulak yang menelefon aku tengah nak Subuh ni. Suka bagi aku seram tak tentu fasal. Tapi keseraman itu hilang apabila melihat nombor telefon yang mendail itu adalah nombor Rezza. Diganti pulak dengan rasa risau.
YOU ARE READING
The Piano
Genç KurguSelepas kematian Rayyan, Adam cuba menguatkan semangatnya semula. Kini selepas 8 tahun, dia berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris dan Muzik di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Dia juga kini mempunyai sebuah band sendiri iaitu Voice of Love...