Malam itu, aku dan Voice Of Love yang lagi tiga orang ahlinya selain aku ni pun membuat cover lagu kumpulan Coldplay - Hymn Of The Weekend. Part Chris Martin tu aku ambik while Beyonce diambil oleh Lana. Fazrul dan Fendi pulak biasalah posisi masing-masing main gitar and dram. Dan semua ini dilakukan di studio kami. Malam ini ianya menjadi istimewa kerana hadirnya insan paling bermakna dalam hidup aku iaitu Dewa Rezza Muazzim.
Setiap dua minggu, Voice Of Love akan membuat cover lagu dan akan memasukkannya ke dalam YouTube dan meminta cadangan for next cover. And literally, setiap ahli VOL ada akaun YouTube sendiri dan dorang akan cut their own version and masukkan dalam akaun masing-masing. Selepas akaun persendirian aku, for sure Fazrul punya akaun paling banyak subscribers sebab dia ni paling hot and famous amos kekacakannya. Mamat ni ada kacukan sikit dengan Bugis so aku tak tahu kenapa orang pandang dia hot. Maybe dia tak hot macam Rezza kut. Rezza lagi...
Sepanjang kami menyanyi, Rezza duduk di satu sudut sambil melihat persembahan kami kepadanya itu. Walaupun penonton live kami hanya seorang tapi still, benda ni akan dirakam dan akan dipost ke YouTube dan sedutannya ke Instagram yang kini tidak lagi berwarna biru dan putih. Duh, black and white sumpah hambarlah sial! Icon bukan main lagi warna warni tapi then end up hambar. Nampak sangat benda yang cantik kat luar tak semestinya lawa di dalam jugak. Am I just something philosophy?! Hmm...
Mesti korang pelik kenapa Rezza still okey dengan aku even after those things we do. For that reasons, honestly aku langsung tak ada jawapan. Aku tak nak jadi fraud dengan back off for no reason since dia pun okey je kan. As dia pun act cool, aku pun act cool jelah. In fact, dia still datang rumah aku macam biasa setiap malam Sabtu. Pelik? Entahlah..
Macam malam ni, dia sendiri yang cakap nak ikut aku jamming even mulanya aku tak ada fikir langsung nak ajak dia ikut kitorang. Fendi bangsat tu dah mula pandang aku semacam masa nampak dia masuk studio. Tapi aku sempat warning makhluk bertiga ni yang aku tak nak dorang mula keluarkan something offended since aku lebih dari tahu yang dorang semestinya akan kalau aku tak warning awal.
"Wow, pertama kali saya tengok live performance macam ni dari kumpulan nyanyi paling top kat Malaysia ni. Rasa untung lak." Rezza menepuk tangan sebaik kami menyudahkan nyanyian kami semua. Kami semua hanya mampu tersenyum.
"Rezza boleh je datang lagi kalau nak." Fazrul yang masih tak tahu kisah aku dan Rezza hanya berkata begitu. Eloklah pun kalau dia tak tahu.
"Tengoklah kalau ada orang yang sudi bawak Rezza mai sini ya dak." Rezza memandang ke arah aku.
"I'm okay if you well behaved."
"Yeay, thanks! Tapi awat dulu abang takmau bawak Rezza mai sini kalau tak boleh Rezza join nyanyi sama?"
"Saja. No, just you never ask for it. How can without no reason, I bring you here. But maybe after this, I will. Enjoy your time?"
"Sangat!"
"Okay guys, anyway while all of you boys having conversations, I already edit the video. So, want to watch?" Lana menyampuk perbualan kami. Selepas itu, dia pun menunjukkan laptopnya kepada kami semua.
Video berdurasi lima minit something itu mula bermain. Pelbagai ekspresi wajah keluar daripada muka kami semua. Video yang sudah diedit itu kini sudah untuk dipost ke YouTube. Selepas selesai menonton, Lana pun mengepost video tersebut ke YouTube dan dalam masa sejam, video tersebut sudah mendapat hampir 1000 views. Hmm...
Ting tong!
Loceng studio kami berbunyi. Kami masing-masing saling berpandangan dengan satu sama lain. Siapa pula yang datang ke studio kami malam yang tak berapa nak buta ni?! Rasanya, studio kami ni sound proof kut which is orang luar tak boleh dengar kalau bising macam mana pun kitorang ni. So takkanlah kedai makan kat bawah tu nak kata kitorang bising kut. Literally, it can't be.
YOU ARE READING
The Piano
Teen FictionSelepas kematian Rayyan, Adam cuba menguatkan semangatnya semula. Kini selepas 8 tahun, dia berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris dan Muzik di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Dia juga kini mempunyai sebuah band sendiri iaitu Voice of Love...