Bab 14

3.1K 133 11
                                    

Seminggu tu aku cuti sebab keadaan mama yang tidak sihat sehinggakan terpaksa ditahan di hospital. Ariana berada di Amerika manakala Ambrose pula berada di Australia menemani papa mengetuai persembahan orkestra di Sydney Opera House. Maka hanya aku sahajalah harapan untuk menjaga mama di hospital. Pada usia yang sudah 56 tahun, maka normallah untuk wanita seperti mama aku itu untuk mendapat pelbagai jenis penyakit. But somehow, jangan dicabar dia menyanyi. Suaranya masih lagi boom boom kebaboom dan rupa parasnya masih seperti Grace Kelly.

"Adam, why you take a leave for so long time? I'm okay, honey."

"No, you're not. It's okay, mama. You're always my priority."

Mama tersenyum di atas katilnya. Kemudian dia menggosok kepala aku yang sedang menyiapkan lirik baru yang rentaknya sudah disiapkan oleh Lana dan Fendi. Hanya dia sahajalah insan yang boleh memahami aku selain sesiapapun.

"Adam Aaron, I know you are a good son. My one of the most precious assets. I always want to see you happy."

"I knew that, mama. But don't say that I had to go home unless you got other companion. Okay with it?"

"You don't worry about it, Adam. Remember Aunty Amber? Apparently she is coming back from Canada and already arrived. Maybe tonight she will come here. Oh yeah, your cousin, Rafael also here already."

"Rafael Perseus Hemmingway?"

"Wow, I never thought you still remember him. It's been 10 years you don't met each other, am I right?"

Takkan aku lupa sepupu aku yang seorang tu. Serius doh! Okey, dia memang handsome tapi perangai dia tu level bawah sikit daripada Lucifer. Benci doh!

"Yeah, looking forward to see him." Pandai tak aku menipu?

Mama hanya membalas penipuanku itu dengan senyuman penuh ikhlas di wajahnya. Penuh dengan ciri seorang ibu yang baik. Dia seperti modern version of Anna Nicole. Ada terbias keikhlasannya menjaga aku sehingga berusia 24 tahun.

Semasa mula-mula aku menyuarakan kehendak aku ingin menjadi guru, teruk aku dikecam oleh keluarga sendiri. Semuanya menyuruh aku agar terus menjadi penyanyi memandangkan suaraku yang dianggap Suara Emas. Tapi niatku lain. Impianku besar.

Aku sedih melihat industri seni kita masakini. Semuanya lebih kepada melihat muzik dan bukannya mendengar muzik. Muzik yang sepatutnya menjadi sesuatu yang indah didengar menjadi sesuatu yang membingitkan. Keindahan dalam seni itu hilang apabila muzik bukan lagi sesuatu yang dijadikan 'sweet escape' sebaliknya 'ear destroyer'. I hate music nowadays.

To be summarised, aku prefer dengar Noorkumalasari dengan Hetty Koes Endang rather than NanaSheme dan Eleena Harris. Aku rela dengar Feminin dengan Elite daripada DeFam. Not to condemn but it's a truth. Music nowadays sucks!

Selepas habis berborak dengan mama pada petang itu, aku meminta izin untuk pulang ke rumah. Malam itu, aku ada kelas tuisyen biasa dengan Rezza. Aku sudah berjanji dengannya lagipun. Second reason is aku tak sambung nak menghadap muka Rafael yang akan tiba petang itu. Menyampah aku!

"Adam, you are a good son. Don't let pastlife put you down."

Aku tahu akan maksud pesanan mama tu. Dia sangat faham akan perasaan aku mengenai kematian Rayyan. The most dreadful moment in my life. The moment where I didn't believe God even exists for a few months. The moment which I thought my turn to die is just a stone's throw away.

Dalam perjalanan pulang, aku langsung tak membuka radio. Aku hanya ingin memfokuskan pandangan aku pada perjalanan tanpa diganggu oleh apa-apa. Atau kata lain, aku ingin membayangkan momen-momen bahagia dengan Rezza yang aku rasa sampai bila-bila takkan akan berlaku.

The PianoTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang