"Selamat tinggal, sayang."
Kelopak mata terbuka secara mengejut seperti terkena percikan air. "Aku bermimpi lagi?"
Keluhan berat dilepaskan melalui rongga hidung. Ketika sedang merenggangkan otot badan, pandangan mata aku memandang sekeliling kawasan dan kini baru aku tersedar bahawa aku sekarang berada di kawasan lapang di bawah pokok besar dibelakang sekolah. Berseorangan.
Di sisi aku pula terdapat bekal makanan tengahari yang tidak terusik dan disebelahnya terdapat sebuah buku nota berkulit biru iaitu 'jurnal' peribadi aku.
Aku mengambil diari itu dan diletak di atas riba. Jari jemari aku ligat menulis beberapa perkataan diatas kertas pudar jurnal itu.
| Mimpi yang sama kembali sekali lagi sejak 5 bulan berlalu. Mimpi yang membuatkan aku berasa rindu sangat terhadapnya. |
"Ring!!!" Waktu rehat sudah tamat.
Aku segera bangun dari situ bersama barang-barang aku.
Ketika perjalanan pulang ke kelas, aku langsung tidak memandang sekeliling koridor walaupun aku sedar ramai yang memerhati aku dengan pandangan yang amat aku benci. Pandangan simpati.
*
7 bulan yang lalu, terdapat seorang jejaka idaman wanita di Joongwon High School telah meluahkan perasaannya terhadap aku di hadapan ramai pelajar.
Ketika itu, aku sedang makan tengahari bersama rakan sekelas. Entah datang dari mana, tiba-tiba ada tiga kumtum bunga ros putih muncul di hadapan wajah aku.
Aku memandang kearah si pemberi bunga itu dengan wajah berkerut kehairanan.
"Sudikah awak menjadi kekasih hidup saya selamanya, wahai Haeri?"
Aku terus melopong sambil mengerlip mata beberapa kali apabila dengar kata-kata tak diduga oleh jejaka dihadapannya .
"Wuuu.... Hanbin oppa melamar awaklah, Eli." Usik rakan aku bernama, Deana sambil menyiku lengan aku disebelah.
"Ish, janganlah!" Aku memarahi Deana secara berbisik sambil menolak tubuh Deana supaya berhenti aktivitinya.
Semasa Hanbin melamar aku, telinga aku terdengar bisikan halus. Bisikan negatif.
"Maaf? Tapi.. saya tidak kenal awak." Ujar aku secara lemah lembut. Takut kata-kata aku menyinggung perasaan jejaka itu.
"Tapi saya sudah jatuh cinta terhadap awak sejak pandang pertama kita, dua minggu lepas." Ujar Hanbin bernada merayu.
Eh? Dua minggu lepas? Bukankah waktu itu aku baru sahaja berpindah ke sekolah ini?
"Terima sajalah, Hanbin oppa tu." Ujar Deana sambil angkat-angkat kening.
"Awak patut bersyukur Hanbin oppa melamar awak. Hanbin oppa ni, pelajar lelaki terkacak di sekolah ini tahu tak." Sokong seorang lagi rakan sekelas aku bernama Lily yang berada di hadapan aku.
"Ish, tak naklah saya." Aku segera menolak ajakkan Deana dan Lily dalam separuh bisik.
YOU ARE READING
(OG) Saranghae, Nae Sarang ||| E X O [H]
FanfictionKekecewaan. Kesedihan. Kesetiaan. Ketiga-tiga perkataan ni telah mengubah pendirian seorang gadis bernama, Lee Haeri atau dikenali sebagai 'Eli'. Kekecewaan apabila Eli tidak mampu berikan sepenuh perasaan kepada Si Dia sebelum pergi. Kesedihan ap...