E I G H T

109 7 0
                                    

Di Sungai Han.

Suasana pagi di kawasan istirehat Sungai Han sangat tenang dan selesa untuk melakukan senaman pagi. Ramai remaja dan orang dewasa meluangkan masa pagi mereka pada cuti hujung minggu di Sungai Han, tidak lupa juga kepada Eli serta sahabatnya.

Setelah puas berjoging untuk beberapa pusingan, Eli mengambil tempat duduk dibawah pokok redup yang tiada sesiapa disitu. Setelah duduk disitu, Eli merehatkan badannya dengan memerhati keadaan sekeliling.

"Gembira betul keluarga tu." Gumam Eli ketika ternampak sebuah keluarga sedang bersuka ria bermain bersama anak² kecil mereka. Tak disedari, bibirnya tersenyum kelihat siuasi itu.

"YAH! LEE HAERI!"

Senyuman Eli terus mati apabila terdengar namanya disergah begitu. Eli menjeling tajam kearah gerangan suara tu.

"Awak ni Eli, kalau dapat joging memang tak tengok orang belakang dah ye." Adu Lily dalam keadaan termengah².

"Kalau macam tu lebih baik awak joging seorang, buat apa ajak kitorang." Sambung Deana pula sambil merukuk pegang lutut. Nafas mereka berdua kedengaran tidak teratur. Eli tergelak melihat gelagat dua sahabatnya.

"Yah! Dia boleh gelakkan kita pula." Geram Lily apabila nampak Eli ketawakan mereka.

"Mian, mian.." Ujar Eli sambil menahan gelaknya.

Lily mengambil tempat duduk di sebelah Eli manakala Deana mengambil tempat duduk di hadapan mereka berdua.

"Cuaca pagi ni cantik, kan." Ujar Eli ketika melihat ke langit.

Lily dan Deana turut memandang ke langit.

"Haah, cantik sangat. Sampai boleh terbakarkan kulit putih saya ni." Ujar Lily geram.

"Vitamin D, kan." Ujar Eli sambil sengih.

"Banyak la awak punya vitamin. Zaman sekarang, mana ada lagi vitamin D dari matahari. Hanya ada sinaran UV yang berbahaya adalah." Ujar Deana.

"Tak pe la. Boleh la perangkan kulit korang yang putih pucat tu. Sexy tau kulit perang sekarang ni." Ujar Eli sambil menahan gelak.

"Tengok tu, tengok tu.. Dia nak gelakkan kita lagi." Ujar Deana sambil menunding jari kearah Eli.

"Dia ni happy lain macam harini. Ada apa² berlaku ke blind date semalam?" Sakat Lily sambil terangkat-angkat kedua² belah keningnya.

Ketawa Eli segera terhenti.

"Hah! Tengok! Betul la tu." Tegas Lily teruja.

"Apa yang berlaku semalam Eli? Cerita la sikit? Korang pergi mana selepas tu?" Soal Deana teruja sambil menongkat dagunya.

"Ish, mana ada apa² berlaku pun. Kitorang hanya makan minum aje." Ujar Eli sambil berusaha melarikan anak matanya daripada bertembung dengan Lily dan Deana.

"Tipu." Ujar Lily.

"Awak jangan nak tipu dengan kitorang la, Eli. Kitorang kenal awak bukan sehari dua tau." Ujar Deana sambil cekak pinggang.

"Betul²." Lily mengangguk kepala laju.

"Suka hati korang la nak cakap ape pun." Eli mendepakan kedua² belah tangan keatas untuk merenggangkan otot lengannya.

"Hah! Korang nak tahu tak saya jumpa siapa kat rumah Kris?" Eli angkat keningnya beberapa kali.

"Siapa? Siapa?" Lily dan Deana memandang Eli dengan teruja.

"Saya jumpa..." Eli sengaja gantungkan ayatnya sambil tersenyum sinis.

"Siapa?? Cakap la cepat!!" Jerkah Lily dan Deana serentak.

(OG) Saranghae, Nae Sarang ||| E X O [H]Where stories live. Discover now