Ppon! Ppon! Ppon!
"Siapa punya hon kereta berbunyi tak henti-henti ni? Menganggu ketenteraman orang betul.." Ngomel Puan Lee ketika menjenguk kepala disebalik langsir tingkap ruang tamu.
""Tak reti bersabar langsung dorang ni. Asyik kelam-kabut aje. Dah lah tu, suka ajak minit-minit akhir.""
Puan Lee segera menoleh memandang suara bebelan yang kedengaran datang dari tangga tingkat atas.
Terlihat anak perempuannya menuruni tangga dengan mulut terkumat-kumiy menyumpah seranah dengan penampilan kasual.
"Aegi nak pergi mana dengan pakai baju lawa-lawa ni?" Soal Puan Lee sambil memerhati pernampilan Eli dari hujung rambut hingga hujung kaki.
"Eoh?" Terperanjat Eli. "Eom..ma tak tidur lagi?" Soal Eli sedikit terkejut melihat kelibat Puan Lee berdiri terpacak di ruang tamu yang agak gelap yang hanya ditemani oleh lampu meja kopi.
"Macam mana eomma nak tidur kalau dari tadi kereta kat luar asyik bunyikan hon aje." Gerutu Puan Lee sambil menjuih bibir.
"Oh, yang tu kereta Deana. Dia tu saja lah eomma, tak reti nak bersabar." Ujar Eli kepada Puan Lee kemudian melangkah kaki ke almari kasut berdekatan dengan pintu rumah.
"Aegi nak keluar mana malam-malam ni?" Soal Puan Lee sambil berkerut dahi ketika melihat anak perempuannya ligat mencari kasut yang sesuai dengan penampilannya.
"Eli keluar dengan Deana dan Lily sekejap, memandangkan esok Eli takde kelas." Jawab Eli semasa memakai kasut yang baru dijumpainya.
"Oh.." Puan Lee mengangguk kepala. "..Jangan balik lewat ye." Sambung Puan Lee nada ceria.
"Nae eomma.." setelah mencium kedua-dua belah pipi Puan Lee, Eli pun melangkah keluar dari rumah menuju ke arah kereta Hyundai milik Deana.
Eli mengambil tempat duduk belakang memandangkan Lily duduk di tempat duduk sebelah pemandu.
"Apasal lambat? Lenguh tahu tak saya tekan hon dari tadi!" Bentak Deana ketika memusing badan ke belakang untuk memandang wajah Eli.
"Siapa suruh ajak keluar minit-minit akhir? Padan muka." Ujar Eli dengan nada menjengkelkan sambil menjelir lidah.
Baru sahaja Deana mahu membidas, ada suara lain menyampuk.
"Dah dah.. kita dah lambat ni. Nanti terbatal pula blind date kita tu." Sampuk Lily tanpa melihat wajah rakan-rakannya.
Setelah mendengar kata-kata Lily itu, tanpa membuang masa Deana pun memulakan pemanduannya.
"Saya tak nak turut serta dengan aktiviti-aktiviti blind date korang." Ujar Eli berkeras secara tiba-tiba.
"Habis tu kenapa ikut?" Soal Deana ketika memandang Eli melalui cermin pantulan di hadapan.
"Dah awak ajak saya secara mengejut, sampaikan saya tak sempat nak menolak. Awak dah letak telefon." Jawab Eli dengan perasaan sebal.
"Mana lah saya tahu awak nak tolak. Saya ingatkan awak dah setuju semasa awak sembang dengan Lily sebelum tu." Ujar Deana ketika kembali memberi perhatian terhadap pemanduannya.
"Banyak lah awak punya ingat." Jegil mata Eli ke arah Deana yang melihatnya sekilas di cermin pantulan di hadapan.
"Tak perlu nak bertengkak lah. Blind date aje pun, bukan blind dead." Ujar Lily tenang.
Deana dan Eli mendengus perlahan.
"Oh, terlupa pula saya nak beritahu awak, Eli." Sambung Lily ketika memaling wajahnya ke arah Eli.
![](https://img.wattpad.com/cover/71624521-288-k622293.jpg)
YOU ARE READING
(OG) Saranghae, Nae Sarang ||| E X O [H]
FanfictionKekecewaan. Kesedihan. Kesetiaan. Ketiga-tiga perkataan ni telah mengubah pendirian seorang gadis bernama, Lee Haeri atau dikenali sebagai 'Eli'. Kekecewaan apabila Eli tidak mampu berikan sepenuh perasaan kepada Si Dia sebelum pergi. Kesedihan ap...