F I V E

182 10 1
                                    

Di dalam bilik Sehun dan Suho.

"Macam mana hari pertama disekolah harini, Sehun?"

Sehun yang baru sahaja ingin mengeringkan rambutnya, memaling wajah kearah hyungnya, Minseok yang duduk diatas katilnya.

"Biasa aje, hyung." Jawab Sehun sambil senyum.

"Dah jumpa kawan?" Soal Xiumin lagi.

"Dah." Sehun sidai kain tuala di penyangkut kemudian memandang Minseok.

"Baguslah." Minseok senyum lega.

"Cuma.." Perlahan-lahan Sehum melangkah kaki kearah Minseok.

"Cuma apa Hunnie? Ada orang buli Hun ke? Siapa? Sekelas dengan Hun ke?" Bertalu-talu si hyung menyoal kepada Sehun dengan riak muka cuak.

"Aniya.." Sehun nak tergelak melihat wajah Minseok yang cuak setelah duduk bersebelahan..

"Habis tu? Cuma apa?" Soal Minseok lagi sambil angkat kening sebelah.

"Cuma Hun tak berpuas hati kat seorang yeoja ni." Dengus Sehun.

"Tak puas hati kenapa pula? Dia ada buat benda tak elok dengan Hun ke?" Soal Minseok lagi.

"Aniya!" Sehun sedikit terjerit apabila Minseok cakap begitu.

"Habis tu??" Minseok berkerut. 'Apa masalah lah dengan dongsaeng aku ni?'

"Hyung dengarlah dulu. Jangan nak memotong ayat Hun.." Ujar Sehun sedikit geram dengan hyungnya.

"Okay, okay. Arrasseo." Minseok sengih.

"Yeoja ni lain daripada yang lain. Dia selalu elak daripada kami berdua..." Jelas Sehun sambil kakinya menguis-nguis karpet dibawah.

"Jongin sekali?" Sampuk Minseok lagi.

"Hyung!!" Sehun renung Minseok tajam, apabila hyungnya menyampuk lagi.

"Ops, mianhaeyo.." Sekali lagi Minseok tersengih malu.

"Sekali lagi hyung menyampuk Hun cakap, Hun halau hyung dari bilik ni." Ujar Sehun dengan nada amaran sambil cekak pinggang.

Minseok tidak membalas, sebaliknya dia menekup mulutnya dengan kedua² belas tangan.

Sehun mendengus perlahan sambil menggeleng² melihat kelaku hyungnya itu. "Kat mana tadi?" Soal Sehun terhadap dirinya.

"Dekat yeoja lain daripada yang lain dan dia elak dari korang." Jawab Minseok bagi pihak Sehun.

"Oh, yeah. Gumawo hyung." Ujar Sehun. "Sepanjang harini yeoja tu asyik elak bertembung dan berbual dengan kami berdua. Kami berdua ingatkan dia tak mahu kawan dengan kami..." Sehun pandang Minseok sekali imbas, takut² hyungnya menyampuk lagi kemudian dia sambung. "...rupanya dia ada sejarah silam yang tak mahu bergaul dengan pelajar baru seperti kami."

"Ohhh...sejarah apa?" Tanya Minseok.

"Yang tu Hun tak tahu. Kawan² dia tak mahu cerita kan." Dihujung ayat kedengaran keluhan dari Sehun.

"Nanti dia okay lah tu. Mungkin dia segan sebab korang kan kacak, tinggi dan bergaya.." ujar Minseok sambil menepuk² bahu Sehun.

"Macam familiar ayat hyung tu." Kata Sehun sambil mensepetkan matanya.

"Hyung dengar kat tv." Ujar Minseok sambil sengih sehingga nampak gusi.

"Dah lah.. Hun nak tidur." Halau Sehun sambil menolak bahu Minseok. "Nanti Myeoni Hyung masuk, dia rampas pula selimut dari Hun."

"Selimut ni kan besar. Boleh kongsi kan." Ujar Minseok setelah bangun berdiri.

"Tak mahu. Selimut ni milik Hun seorang." Ujar Sehun sambil memeluk selimut kesayangannya.

(OG) Saranghae, Nae Sarang ||| E X O [H]Where stories live. Discover now