T H R E E

175 12 1
                                    

Waktu Rehat.

"Ramainya manusia kat kafe." Gumam Sehun sambil mengipas kemejanya kerana panas.

"Nasib baik kita bawa bekal, kalau tak kita kebuluranlah kita nanti." Ujar Jongin.

"Betul²." Sehun mengiyakan kata² Jongin sebentar tadi. "Sekarang kita nak jadi tugu negara ke apa kat sini? Dari tadi asyik berdiri aje."

"Kau cuba tengok tempat duduk kat sini? Kau ada nampak tempat kosong tak?" Ujar Jongin nada menjengkelkan.

"Kita boleh tumpang duduk di meja mereka sekali." Ujar Sehun sambil menjeling kearah lain.

"Kalau kau berani, pergilah minta." Giliran Jongin pula menjeling kearah lain.

Sehun mendengus perlahan sebelum memerhati seluruh kawasan kafe itu sehingga dia ternampak seseorang yang dikenali.

"Jom kita pergi duduk sekali dengan mereka tu." Ujar Sehun sambil memuncung bibir kearah tempat yang dimaksudkan.

"Kat mana?" Soal Jongin sambil menjengketkan kakinya untuk melihat arah yang dimaksudkan Sehun.

"Kau ikut je aku." Sehun pun melangkah kaki ke tempat yang dimaksudkan. Jongin mengikut langkah Sehun perlahan².

Sekali lagi, ramai mata yang memerhati mereka berdua. Tetapi kebanyakkannya kaum wanita la. Well, mereka berdua kan good-looking.

"Maaf.. tempat duduk ni ada orang tak?" Soal Sehun kepada pelajar perempuan berambut beralun paras dada.

"Takde. Awak berdua boleh duduk." Jawab si kawan pelajar itu, bernama Deana melalui nametag dipakainya.

'Aku tanya dekat perempuan ni, bukan dekat kau.' Desis hati Sehun sebelum menjeling kearah pelajar perempuan itu.

"Kamsahamida.." Ujar Jongin sambil senyum. "Maaflah kalau kami berdua mengganggu kamu semua." Sambung Jongin lagi semasa duduk disebelah gadis yang ditegur oleh Sehun. Manakala, Sehun pula duduk disebelah kanan pelajar perempuan itu.

"Kwenchana, kita kan rakan sekelas." Ujar pelajar perempuan yang duduk dihadapan Jongin, bernama Lily.

"Tapi saya nak tanya sesuatu boleh tak?"

Jongin dan Sehun memandang serentak kearah Deana yang menanyakan soalan itu.

"Awak berdua ni..." Deana memandang sekeliling sebelum sambung ayatnya. "..adik-beradik ke?" Soal Deana sambil memandang wajah dua lelaki dihadapannya.

"Aniyo." Jawab Jongin sambil senyum. Sehun pula hanya senyum sahaja.

'Aku ingatkan dia nak tanya kami ni gay apa tadi.' Detik hati Sehun.

"Habis tu?" Soal serentak dari Deana dan Lily.

"Kami berdua ni.."

"Saya nak masuk ke kelas dulu."

Semua orang di meja itu memandang kearah Eli yang beredar dari situ.

"Dia tu kenapa? Senyap aje dari tadi." Kata Sehun sambil berkerut kepada dua gadis dihadapannya.

"Eli memang macam tu." Jawab Lily sambil senyum pahit.

"Eli? Nama dia ke?" Soal Sehum pelik kerana tak pernah dengar nama seperti itu.

"Tu nama panggilan dia. Nama sebenarnya, Heari Lee. Jadi untuk disingkatkan, kami semua panggil dia 'Eli'." Jelas Lily.

Sehun mengangguk kepala tanda mengerti.

"Dia ada masalah keluarga ke?" Soal Jongin tiba².

"Aniyo." Jawab Deana sambil menggeleng kepala.

(OG) Saranghae, Nae Sarang ||| E X O [H]Where stories live. Discover now