E L E V E N

104 3 3
                                    

Di Eli's House.

Di ruang tamu utama, Eli meluangkan masa lapangnya dengan menonton televisyen bersama Eomma. Rancangan yang sedang ditayangkan di kaca televisyen adalah rancangan kegemarannya dan Eomma, The Return Of Superman. Rancangan itu mengisahkan seorang bapa menjaga anak² mereka ketika isteri mereka keluar berehat sepanjang tempoh 48 jam. Sepanjang tempoh itu, pelbagai karenah si ayah yang dapat ditontonkan ketika menjaga anak mereka.

"Eli,"

Eli yang sedang ralit menonton televisyen hanya membalas dengan berdehem kepada Eommanya tanpa mengalih pandangan dari televisyen.

"Eli.." Sekali lagi Puan Lee memanggil anak perempuannya tetapi pada kali ini dia sengaja menekankan nada suaranya.

Eli segera mengalih pandangan dari televisyen kepada wajah Eomma di sebelahnya. "Waeyo, eomma?"

"Awak tak ada kawan untuk diajak keluar ke? Awak asyik melepak di rumah aje." Ujar Puan Lee dengan nada lembut. Eli terus merengus perlahan apabila eommanya menyoal hal tersebut.

"Malaslah, buang masa."

"Daripada keluar melepak dengan kawan, lebih baik Eli melepak dengan eomma. Tak buang duit dan masa pun." Ujar Eli kemudian memeluk lengan Puan Lee dengan manja. Puan Lee pula mengelus rambut halus yang berada di dahi anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.

"Eomma bukan apa, Eli. Eomma tak nak Eli kurang bersosial dengan orang sekeliling. Zaman sekarang kita kena bersosial dengan orang sekeliling untuk berjaya." Jelas Puan Lee dengan lemah lembut sambil memggosok rambut Eli.

"Eli tahu eomma."

"Eli cuma malas aje." Eli membalas dengan sengihan sehingga menampakkan satu gigi taring terletak cantik.

Puan Lee cuit hujung hidung anak perempuannya, dan Eli tergelak apabila eommanya lakukan perkara itu. Dia tahu, apabila eommanya buat sedemikian kepadanya menunjukkan eommanya sedang berada dalam keadaan gembira.

'Eli hanya mahu menemani eomma selagi eomma masih hidup.'

"Eoh? Terlupa pula eomma nak tanya." Puan Lee menjarakkan kedudukannya dari Eli untuk melihat wajah anak perempuannya.

"Macam mana dengan blind date Eli hari tu?"

Eli yang sebentar tadi sedang tersenyum terus termati senyum apabila eommanya menyoal perkara itu. Dari manakah Puan Lee tahu hal blind date yang dirancang oleh Deana dan Lily? Setahunya dia tidak pernah menyebut hal blind date di hadapan eommanya.

"Daripada mana eomma tahu.."

"Eo, hari tu eomma terserempak dengan eomma Lily kat Golden Spa. Eomma Lily cakap anaknya bawa Eli ikut sekali pergi blind date dengan kawan Eli seorang lagi."

"Eoh, keurokuna.." Eli tergaru² dahi yang tidak gatal. 'Adudududu... Aku baru tak nak eomma tahu pasal hal ni. Aku pasti eomma akan menyokong hal ni.'

"Jadi macam mana? Eli berkenan tak?" Soal Puan Lee teruja sambil menggenggam kedua² tangan Eli.

Eli terasa tidak selesa untuk berbual hal itu. Bukan sebab tidak suka sertai blind date tetapi dirinya masih belum sedia untuk seseorang menetap di hati selepas Hanbin.

"Eli?"

"Err..eomma.. Eli masuk bilik dulu ye. Tetiba rasa mengantuk pula." Ujar Eli sambil tersengih kemudian bangun dari sofa.

"Tapi.. Eomma nak tahu.."

Eli segera mencium kedua belah pipi Puan Lee. "Jaljayo, eomma." Kemudiannya, Eli terus meninggalkan eommanya bersendirian di ruang tamu dengan keadaan terpinga.

(OG) Saranghae, Nae Sarang ||| E X O [H]Where stories live. Discover now