T H I R T E E N

126 6 8
                                    

Di EXO Mansion.

"Kami dah balik!" Serentak daripada Sehun dan Jongin ketika melangkah masuk ke dalam rumah.

"Selamat pulang, Sehun-ah, Kai." Sapa Minseok apabila nampak mereka berdua.

"Eh, hyung tak kerja harini?" Soal Jongin ketika duduk di sebelah Minseok di sofa. Ketika itu, Minseok tengah menonton televisyen, entah siaran tidak diketahui oleh Jongin.

"Kafe hyung tutup buat sementara waktu sebab ada benda kena upgrade." Jawab Minseok tanpa memandang Jongin.

"Upgrade lagi hyung?" Sampuk Sehun apabila duduk di sofa yang lain.

"Sekali sekala, apa salahnya." Minseok sengih ketika memandang Sehun.

"Sekali sekala la sangat. Dalam dua tiga bulan ni, hyung dah buat upgrade sebanyak lima kali tahu tak." Ujar Jongin dengan nada menjengkelkan.

"Hun tahu lah hyung ada banyak duit daripada keluarga hyung, tapi berpada la kalau nak upgrade tu. Nanti pelanggan lari macam mana?" Leter Sehun.

"Tu tektik perniagaan, wahai Oh Sehun.. Kim Jongin. Korang budak sekolah, apa tahu." Minseok menjawab dengan gaya berlagaknya sambil mengangkat kening sebelah.

Sehun menjeling menyampah manakala Jongin tergeleng melihat hyungnya itu.

"Eo? Korang dah balik?" Tegur seseorang dari tingkat atas.

Sehun dan Jongin segera memandang ke arah suara itu datang dari tangga rumah. Minseok tidak turut memandang kerana dia mengetahui siapakah gerangan suara yang sentiasa bising setiap malam.

"Baekhyun hyung rupanya.." Jongin kalih memandang ke hadapan semula. Begitu juga Sehun turut kalih menonton televisyen.

"Yah! Korang langsung tak tegur hyung pun?" Gerutu Baekhyun apabila diabaikan. Dia segera menuruni tangga menuju ke ruang tamu.

"Kai dah tegur kan tadi.." Ujar Jongin tanpa memandang ke arah Baekhyun di sebelah sofanya.

"Sehun pula? Kenapa tak tegur sekali?" Rajuk Baekhyun ketika duduk di sebelah Sehun yang langsung tidak memandangnya.

"Dah Jongin tegur hyung, Hun tak tegur lah." Ujar Sehun selamba.

Minseok yang turut berada disitu hanya membiarkan Baekhyun menyoal kepada dongsaeng-dongsaeng. Bukannya dia tidak tahu sikap kebudak-budakkan lelaki bernama Byun Baekhyun tu. Lelaki itu sentiasa cari gaduh dengan dongsaeng mahupun hyungnya.

"Yah!!" Sekali lagi Baekhyun menjerit kegeraman. Sehun yang berada di sebelahnya menutup telinga dengan kedua belah tangan.

"Apa bising² ni? Sampai kat dalam bilik aku boleh dengar." Sampuk Chanyeol ketika menuruni tangga.

"Dorang ni hah, tak nak layan aku." Cebik Baekhyun sambil memeluk tubuh.

"Pasal tu je kau nak menjerit?" Chanyeol mengerut keningnya. "Macam budak².."

Baekhyun berdecit menyampah kat Chanyeol yang duduk di sebelah Jongin. Kemudian dia turut menonton siaran yang ditayang di kaca televisyen. Entah cerita apa Minseok tengokkan pun tak tahu. Dari tadi asyik tunjuk 12 orang lelaki asyik gelak itu ini sambil berlari ke pantai. Apa yang kelakar sangat pun tak tahu.

(EXO SHOWTIME 엑소 - 소타임 - Eps 5&6)

"Eo? Hyung-ah," Jongin bersuara tiba-tiba. "Kai hampir terlupa nak beritahu dua bulan dari sekarang sekolah kami ada festival amal. Kalau hyung free pada haritu, datanglah ye."

"Dua bulan lagi festival amal tu, kau dah beritahu hyung?" Ujar Minseok dengan nada bertanya. Anak matanya sengaja dibesarkan memandang Jongin di sebelahnya.

(OG) Saranghae, Nae Sarang ||| E X O [H]Where stories live. Discover now