N I N E

105 1 0
                                    

Di Choco Cafe.

Ting!

"Selamat datang ke Choco Cafe." Sambut penyambut tetamu kepada pasangan yang baru masuk ke dalam kafe.

Keadaan di dalam Choco Cafe kelam kabut kerana pelanggan tidak putus² datang untuk menikmati hidangan lazat di restoran itu. Sehingga tukang masak di dapur tidak menang tangan menyediakan hidangan untuk pelanggan.

"Dua spaghetti dan sup tiram untuk meja B5." Ujar pelayan ketika letak pesanan di hadapan kaunter dapur.

"On my way." Ujar Kyungsoo tanpa melihat wajah pelayan itu. Tangannya lincah memotong sayur²an di atas papan. Sesekali dia menyanyi perlahan ketika melakukan kerjanya.

"Gokjoo, awak dah siapkan sos spaghetti?" Soal Kyungsoo ketika melihat gadis bertubuh montel di sebelahnya.

"Ne, chef." Jawab Gokjoo sebelum hulurkan satu periuk kecil kepada Kyungsoo berisi sos spaghetti.

Kyungsoo lakukan kerjanya dengan pantas tanpa melakukan sebarang kesilapan. Perhiasan di atas pinggan juga dia uruskan walaupun itu bukan bahagiannya.

"Dua spaghetti dan sup tiram sudah siap!" Ujar Kyungsoo sedikit lantang. Tak lama kemudian pelayan sebentar tadi muncul kembali.

"Pasti kan awak tuang sos ini perlahan² di hadapan mereka." Pesan Kyungsoo kepada pelayan itu sebelum dia hantar pesanan itu di meja.

"Rasanya itu pelanggan terakhir untuk hari ni." Ujar Kyuhyun di sebelah Kyungsoo yang sudah duduk di bangku hadapan kaunter dapur.

"Memang yang terakhir pun." Ujar Kyungsoo ketika lap peluh di dahi menggunakan lengan bajunya.

"Sekejap lagi housemate kau datang ambil kau ke?" Soal Kyuhyun apabila duduk di bangku sebelah Kyungsoo.

"Tak, harini aku balik sendiri." Jawab Kyungsoo sebelum bangun berdiri untuk bersiap pulang.

"Jalan kaki?" Soal Kyuhyun sedikit kepastian.

Kyungsoo tidak menjawabnya sebaliknya dia berlalu pergi dari situ menuju ke lokernya.

*

Eli's POV.

"Kenapa la harini juga kau datang 'period'? Dah la 'pad' aku dah habis." Sepanjang perjalanan ke kedai runcit, aku tak henti² merungut. Well, perempuan dalam bendera merah memang berangin sentiasa la.

"Dah la tu, eomma boleh pula suruh beli barang dapur lagi alang² aku nak pergi kedai. Barang dapur haritu dah habis ke? Bukan kat rumah hanya kami berdua aje ke? Eomma bagi sedekah kat jiran ke apa?" Mulut aku tak henti membebel selagi tidak sampai ke kedai runcit.

Ketika tiba di persimpangan jalan, aku berhenti sekejap untuk tunggu lampu melintas bertukar warna hijau. Pada saat itu, bibir aku berkunci apabila disekelilingnya ada manusia yang turut menunggu disitu.

Sambil menunggu, aku menonton televisyen besar di seberang jalan. Televisyen itu sedang menayangkan satu musik video seorang idol K-pop.

"Wahh... Handsomenya Luhan oppa. Dan lah suara sedap muka handsome pula tu." Ujar aku ketika terliur menonton video itu.

"Tapi tak silap aku Luhan oppa orang China. Jadi dia sepatutnya C-pop la kan." Ujar aku lagi sambil mengetuk dagu.

"Pelik la pula bunyi C-pop. Dah macam lolipop pula." Aku mengekeh ketawa perlahan.

(OG) Saranghae, Nae Sarang ||| E X O [H]Where stories live. Discover now