T E N

102 2 0
                                    

Di BY Club Night.

"Hey, Yeol."

Chanyeol memandang kearah si pemanggil. "Hm?"

"Kau tak ada buat lagu baru ke kali ni? Asyik ulang main lagu yang sama sepanjang bulan ni. Aku takut pelanggan club ni bosan dengan lagu² kau tu." Bebel si dia.

"Tak ada inspirasi la, Henry." Jawab Chanyeol ketika memperbetulkan tune gitarnya.

"Kau keluar lah jalan² kat Sungai Han, mesti jumpa inspirasi kau tu." Cadang Henry sambil menepuk bahu kanan Chanyeol.

"Malas lah. Lagi pun sekarang musim panas, nanti terbakar pula kulit aku." Ujar Chanyeol sambil tunjuk lengannya yang putih melepak itu.

"Kau ni lelaki sejati atau pondan?" Ujar Henry sambil buat muka derp.

"Berak sebarang berak, cakap sebarang cakap. Jaga sikit. Aku lelaki sejati la." Chanyeol menuding jari tepat kearah Henry.

"Banyak la kau punya berak." Henry tepis jari Chanyeol dari pandanganya.

"Biarlah, itu pepatah aku." Chanyeol sambung dengan kerjanya sebentar tadi.

"Apa² aje la.." Henry memandang seluruh night clubnya. "Baek lambat lagi ke nak sampai? Dah pukul berapa ni?" Henry memandang kearah jam pada tangan kanannya.

"Molla." Chanyeol menjongket bahunya. "Aku keluar rumah sebelum dia. Jadi aku tak tahu apa dia buat kat rumah." Sambung Chanyeol.

"Kau main aje la dulu. Nanti dia dah sampai dia turut serta." Arah Henry.

"Ne." Akur Chanyeol.

Chanyeol segera perbetulkan posisi duduknya apabila Henry pergi dari situ meninggalkan Chanyeol berseorangan di atas pentas kecil. Sebelum memetik gitar, dia memandang seluruh tempat itu untuk mengumpul tenaga.

'All of me..'

*

"Andwae, andwae, andwae..." Baekhyun melangkah kaki besar dengan kaki pendeknya dalam kelajuan tinggi.

"Macam mana la aku boleh terlajak tidur? Adudududu.." Selincah kaki Baekhyun melangkah, lincah lagi bibirnya membebel.

Gelagat Baekhyun menangkap banyak perhatian orang sekeliling di sepanjang jalan. Ada yang menyangka Baekhyun, orang kurang siuman yang lari tak tentu hala dengan bibir terkumit². Dan ada juga orang kata berbisik Baekhyun tidak ubah seperti suami sedang kejar ke hospital menanti si isteri beranak. Dan pelbagai lagi andaian orang sekeliling terhadap Baekhyun ketika memandang kearah Baekhyun.

"Tak boleh jadi ni, aku kena naik teksi kalau tidak alien tu pecat aku." Baekhyun menukar laluan ke kaki jalan.

"Teksi!!! Teksi!!!" Teriak Baekhyun seperti orang gila. Sekali lagi orang sekeliling berbisik memandangnya.

"Yah!! Teksi!!!! Berhenti lah!!!!"

*

Beep!

Beep!

Beep!

"Haish! Orang nak mandi pun tak senang yeoja ni." Bebel Lily ketika keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala kecil.

"Wae?!!" Jerkah Lily ketika menjawab panggilan telefonnya tanpa melihat nama panggilan.

(Yah!!! Na Lily!!! Eodiseo?!) Teriak orang disana.

"Kat rumah lagi lah, pabo!" Jawab Lily kasar. Sebelah tangan memegang telefon di telinga manakala sebelah lagi menyikat rambut pendeknya.

(Kat rumah lagi?? Bila awak nak keluar?? Orang dah sampai club ni.) Ujar Deana nada tinggi.

(OG) Saranghae, Nae Sarang ||| E X O [H]Where stories live. Discover now