"Bangun! Sehun! Bangun! Kamu dah lewat nak pergi sekolah!" Jerit si tua sambil memukul manusia yang terbaring atas katil.
"5 minit, hyung. 5 minit aje." Ujar Sehun sambil mengangkat tapak tangan ke udara.
"Takde-takde 5 minit. Kamu kena bangun sekarang juga!" Sekali lagi si tua memukul badan Sehun menggunakan bantal peluk.
"Apa bising² ni Suho? Awal² pagi dah memekak." Teguran dari seorang lelaki di hadapan pintu bilik.
"Mana tidak memekak, Umin. Kau cuba tengok adik kau ni. Dari tadi tak bangun² lagi. Naik berbuih mulut aku panggil dia." Adu Junmyeon kepada si hyungnya, Minseok.
"Laa..dia tak bangun lagi ke? Ingatkan dah bangun tadi." Minseok menghampiri katil dimana Sehun sedang membuai mimpi. "Hunnie, bangun sayang. Dah lewat dah ni.. nanti kamu kena tahan dekat sekolah pula." Ujar Minseok dengan lembut.
"Lembutnya kau panggil dia, Umin." Junmyeon terasa nak termuntah apabila mendengar Minseok menggerakkan Sehun seperti kanak² kecil.
"Alaa..hyung. Hun masih mengantuk lagi ni." Renget Sehun ketika memeluk lengan sado milik Minseok.
Minseok ketawa kecil apabila melihat gelagat manja adik bongsunya itu.
"Eeee...meluat pula aku tengok perangai manja budak ni." Gerutu Junmyeon melihat drama sawit dihadapan matanya. "Kau pandai² gerakkan budak ni, aku nak turun ke bawah. Nak tolong si Lay masak." Seraya itu Junmyeon terus beredar dari bilik itu.
*
"Hyung!"
"Oh kamjagia!" Melatah si hyung itu apabila terdengar sergahan manusia dibelakangnya.
"Yah! Baekie! Terkejut hyung. Jangan buat macam tu la." Marah si hyung apabila memandang kearah manusia yang sudah ketawakannya.
"Hehehe..Lay hyung masak apa tu?" Soal Baekhyun ketika menghampiri si hyung.
"Hyung masak nasi goreng kimchi timun aje." Jawab Lay sebelum menyambung kerjanya.
"Kimchi timun? Hyung dapat mana kimchi timun?" Soal Baekhyun sebelum tangannya curi² mengambil timun didalam mangkuk bersebelahan dengan dapur.
"Eomma hyung yang bagi." Sampuk Junmyeon yang baru muncul di dapur.
"Bila masa eomma hyung bagi?" Soal Baekhyun selepas habis kunyah timun didalam mulutnya. Nasib baik si Lay tidak perasan kegiatan jahatnya.
"Malam tadi." Jawab Junmyeon ketika menghampiri kaunter dapur.
"Ouw.." Baekhyun mengangguk kepala kerana malam tadi dia pulang kerja agak lewat sikit. Mungkin eomma Jumyeon datang semasa dia tiada di rumah.
"Kau masak apa lagi, Lay?" Soal Junmyeon selepas duduk di bangku dihadapan kaunter dapur.
"Aku hanya masak nasi goreng kimchi timun dan sandwich sahaja." Jawab Lay tanpa memandang kearah Junmyeon.
"Bekal makanan untuk bebudak dua orang tu kau dah sedia ke belum?" soal Junmyeon kepada Baekhyun ketika dia sekali lagi hendak mencuri timun dari Lay.
"Eoh? Bekal makanan?" Baekhyun mengulangi lagi. "Ouw..bekal makanan. Dah dah. Aku dah siapkan. Semuanya aku letak dekat meja depan." Ujar Baekhyun sambil sengih.
"Budak berdua tu dah bangun tidur ke belum?" Soal Lay ketika meletakkan semangkuk besar berisi nasi goreng kimchi timun.
"Aku rasa si Jongin tu dah bangun. Cuma yang tinggal si bongsu tu aje." Ujar Junmyeon.
"Siapa kata Hun tak bangun lagi?"
Baekhyun, Junmyeon dan Lay memandang kearah suara itu.
"Dah bangun rupanya. Ingatkan tak nak bangun dah. Baru hyung terfikir nak simbah air." Ujar Baekhyun sambil mengunyah kimchi timun sekali lagi.
YOU ARE READING
(OG) Saranghae, Nae Sarang ||| E X O [H]
FanfictionKekecewaan. Kesedihan. Kesetiaan. Ketiga-tiga perkataan ni telah mengubah pendirian seorang gadis bernama, Lee Haeri atau dikenali sebagai 'Eli'. Kekecewaan apabila Eli tidak mampu berikan sepenuh perasaan kepada Si Dia sebelum pergi. Kesedihan ap...