Di Kedai Buku C.L.E.V.E.R.
"Wow!! Banyaknya komik!!"
"Nak beli yang ni! Eh, tak. Beli yang tu! Ani, ani.. Yang tu takde diskaun."
"Wow!!"
Eli menjadi teruja seperti kera mendapat bunga apabila lihat puluhan komik tersusun di rak².
Sebelum itu ketika melangkah masuk ke dalam kedai buku, langkah kaki Eli terus laju menuju ke ruang komik di belakang kedai.
Dalam hatinya rasa geram kat tuan punya kedai, kenapa letak ruang syurganya disudut paling belakang sekali. Memenatkan kakinya sahaja. Dah la, dia baru sahaja berlari mengejar masa. Takut² kedai itu tutup.
"Yang mana satu nak pilih? Horror? Romance? Comedy? Fantasy? Action? Adventure?...."
Eli jadi rambang mata hendak memilih komik yang menarik. Apabila pegang komik itu, mata nampak komik lain. Ambil pula komik lain. Begitulah seterusnya. Tangannya hampir penuh memegang komik yang menarik perhatiannya.
Selepas hampir setengah berambang mata memilih komik, akhirnya Eli memilih untuk beli tiga buah komik iaitu Romance, Horror dan Comedy (Lawak Kampus) komik.
Daripada belasan Eli pegang komik sebentar tadi, akhirnya dia membuat keputusan untuk beli tiga buah komik sahaja. Dia tidak menyangka terlalu banyak komik yang menarik di kedai buku.
"Hihihi~ Next month, aku nak beli lagi." Monolog Eli tersengih setelah selesai membayar komik² itu di kaunter pembayaran.
Ketika berjalan keluar dari kedai buku, lamgkah Eli terhenti apabila dia teringat sesuatu. "Tadi eomma suruh aku singgah restoran kawan dia, kan??"
"Eomma ada cakap tak kat mana restoran tu tadi?" Eli mengetuk dagunya menggunakan jari telunjuk.
Flashback
"Eomma!! Eli nak keluar sekejap!"
"Eo! Alang² awak nak keluar, tolong singgah kat restoran kawan eomma. Ambil barang dekat dia."
"Nae!!"
End Flashback
"Eomma ni.." Eli merengus perlahan kemudian mengeluarkan telefonnya dari seluar denim. Jari-jemarinya mendail pantas pada skrin telefon.
Tut! Tut! Tut!
| Yeobosaeyo?|
|Eomma..|
|Eo? Eli-ah, awak dah ambil barang kawan eomma tu ke?|
|Ambil apanya.. Alamat restoran kawan eomma pon Eli tak tahu..|
|Eh? Eomma tak beritahu ke tadi?|
|Tak, eomma..|
|Hehehe.. Mianhae, Eli-ah. Takpe² sekejap lagi eomma text awak alamat restoran kawan eomma tu. |
YOU ARE READING
(OG) Saranghae, Nae Sarang ||| E X O [H]
Fiksi PenggemarKekecewaan. Kesedihan. Kesetiaan. Ketiga-tiga perkataan ni telah mengubah pendirian seorang gadis bernama, Lee Haeri atau dikenali sebagai 'Eli'. Kekecewaan apabila Eli tidak mampu berikan sepenuh perasaan kepada Si Dia sebelum pergi. Kesedihan ap...