F O U R

152 9 0
                                    

Tamat persekolahan.

"Saya balik dulu, ye." Pamit Eli sambil menggalas beg galasnya.

"Awak tak nak join kami lepak kat Lavender cafe ke?" Soal Lily yang berada disebelah Eli. Kami yang dimaksudkan olehnya adalah dirinya, Deana, Jongin dan Sehun.

"Ha'ah la, Eli. Awak dah lama tak lepak sekali dengan kami." Sampuk Deana semasa memusing badan ke tempat duduk belakang untuk memandang wajah Eli.

"Maaflah. Saya dah janji dengan eomma nak belikan barang sikit kat pasar." Jawab Eli sambil senyum dekat Deana.

"O..okay. Kalau kau dah cakap macam tu, takpe la." Keluh Deana perlahan.

Sehun yang berada dibelakang Eli hanya memandang gerak geri Eli secara senyap².

"Okaylah. Aku balik dulu." Setelah itu Eli pun beredar dari kelas.

Seketika kemudian, Jongin pun mengutarakan soalan kepada Deana dan Lily setelah kelibat Eli hilang dari pandangan.

"Eli hanya senyum dan cakap dengan awak berdua aje ke?"

"Tak juga." Jawab Lily sambil senyum senget. "Dia ada berbual dengan orang lain cuma dekat namja aje dia kurang sedikit." Sambung Lily lagi sambil mengetuk dagunya.

"Dia ada trauma dengan namja ke?" Soal Sehun sambil angkat kening.

"Hah? Trauma?" Tergelak Lily.

"Tak adalah." Jawab Deana sambil ketawa kecil. "Alaaa...nanti awak berdua akan tahu juga." Sambung Deana sambil senyum kearah Jongin dan Sehun silih ganti.

'Kenapa banyak rahsia sangat pasal Eli ni?' Desis hati Sehun dan Jongin ketika itu.

"Dahlah..kita sambung berbual dekat kafe nanti."

Lily sudah bersedia untuk beredar dari kelas itu bersama Deana. Jongin dan Sehun mengikut langkah dua orang gadis itu dari belakang.

*

Di dalam supermarket Gyeonggi.

"Daun bawang..dah. Kentang...dah. Kobis...dah. Cili...dah. Apa lagi aku kena beli?" Soal Eli sendirian sambil memeriksa bahan mentah dalam troli dihadapan sebelum memandang kearah senarai barang di skrin telefonnya.

"Ah, ayam tak beli lagi." Eli menepuk dahinya perlahan sebelum gadis itu segera menolak troli ke bahagian bahan basah.

Semasa Eli menolak trolinya dengan laju tanpa tak sengaja, dia terlanggar troli seseorang. Dan akibatnya, troli orang itu pun terbalik.

"Ahh!!"

Bbang! Pprang!

"Omo?!" Eli tergamam seketika. "Err..m..mianhe, mianhe. S..saya tak sengaja." Kelam-kabut Eli memohon maaf kepada mangsa pelanggarannya yang terduduk atas lantai.

"Kau ni buta ke huh?!" Jerkah orang itu sambil menjegil mata maut kearah Eli.

Eli terasa kecut perut melihat pandangan mata orang itu. 'Gulp!'

"Mana kau letak mata? Kau ingat pasar ni trek lumba ke nak tolak troli laju²." Bentak orang itu apabila berdri dihadapan Eli sambil mencekak pinggang.

"M..mianhaeyo. Saya betul² tak sengaja." Eli membongkok badannya beberapa kali kepada mangsa pelanggarannya. 'Habislah aku.'

"Tu kira nasib baik barang² aku tak pecah atau rosak, kalau tak aku nak kau ganti dua kali ganda daripada ni." Bentak orang itu lagi menuding jari kearah Eli beberapa kali.

Manusia disekeliling memandang pelik kearah mereka berdua. Mungkin salah seorang daripada mereka berfikir pergaduhan itu adalah pergaduhan antara suami isteri. MUNGKIN.

(OG) Saranghae, Nae Sarang ||| E X O [H]Where stories live. Discover now