Luhan mengakses kesemua data-data yang diperlukan oleh bahagian forensik dengan segera. Entah kenapa dia pula yang menjadi mangsa paksaan untuk melakukan kerja itu .Tangannya ligat menekan papan kekunci komputer.Brukk. Perutnya berbunyi dengan irama That Good Good, meminta untuk diisi. Dia menggosok perutnya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh mamanya sewaktu mengandungkan adiknya, Irene.
"Sabarlah anak papa. Nanti kita makan ya? Makan dimsum. Aihh sedapnya."
Luhan segera menyiapkan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh rakan sekerjanya, Oh Sehun si pemalas. Nama sahaja polis tapi tahap pemalasnya itu serupa langit dan bumi.
Tok! Tok! Pintu diketuk bertalu-talu. Tersembul keluar wajah Inspektor Taeyeon yang sedang menatang air herba cina buatannya. Luhan mengerutkan wajahnya.
'Makcik ni dah datang dah.. Dia tak faham ke herba tu tak sedap?' Rungut Luhan dalam hati.
Inspektor Taeyeon diberi nama. Boleh dianggap sebagai watak Yaya dalam boboiboy versi kedua. Perangainya serupa cuma hobinya lain. Seorang buat biskut pasir, seorang lagi buat air perisa pasir.
"Encik Luhan..Hai? Untuk naikkan semangat jantan awak tu, minumlah herba saya ni. Confirm! Awak akan sihat dan boleh kejar penjahat sejauh 50 kilometer." Ujar Inspektor Taeyeon lalu menghulurkan segelas besar cawan kepada Luhan.
Dia meneguk air liur yang sudah lama bertakung. Perit rasanya untuk ditelan.
"Apa kata kalau awak saja yang minum? Saya ada banyak lagi kerja ni." Balas Luhan. Wajah Taeyeon terus berubah.
"Air ni tak sedap ke?" Soalnya. Luhan mengangguk perlahan. PAP! Meja dihentak dengan kuat. Mata Taeyeon membulat.
"Mwohae?!!Air herba ni tak sedap awak kata?!!" Jeritnya sehingga kakitangan yang berada disitu memandang kearah mereka dengan wajah ketakutan. Mereka memberi isyarat kepada Luhan agar menuruti sahaja perintah Taeyeon.
Bahkan, sampai ada yang melutut dibelakang Taeyeon. Mereka tak mahu mood Taeyeon berubah dan menyebabkan seisi balai menerima tempiasnya.
Luhan meneguk semula air liurnya. Matanya dipejamkan.
'matilah aku..'
×××
"Haddeh!!Sakit sia dia pukul aku." Luhan mengadu kepada rakan sekerjanya Park Chanyeol. Chanyeol yang hanya berpangkat sebagai seorang pembantu ketua pasukan Gred A ketawa kecil melihat Luhan yang sedang merengek kesakitan akibat dipukul Taeyeon.
"Kau macam tak kenal perangai minah tu. Yang kau cakap air dia tu tak sedap kenapa?" balas Chanyeol. Bukannya nak tolong redakan kesakitan tapi menambah keperitan untuk Luhan.
"Dia tanya aku jawab lah. Boleh tak jangan soal aku banyak-banyak sebab pipi aku ni dah lebam. Sakit kalau bercakap."
Luhan membuang plastik ramyun keatas lantai. Ramyun yang baru siap dipanaskan itu dimakan dengan laju tanpa menghiraukan rasa sakit apabila mengunyah.
"Aku dengar, kita akan dapat rakan sekerja yang baru. Dia datang dari Amerika." Celoteh Chanyeol sambil memakan jjajangmyeon. Habis mulutnya comot. Luhan menenyeh mulut Chanyeol menggunakan tisu dengan kasar.
"Kau fikir kalau kau makan comot macam tu, ada orang nak tolong lapkan dengan bibir? Besar-besar pun tak matang lagi." bebel Luhan.
"Gomawo tolong bagi tisu walaupun tak ikhlas. Tapi kau tak nak tahu ke siapa perempuan tu?" Chanyeol merenung Luhan. Dia menggeleng. Chopstick diketuk ke kepala Chanyeol.
"Tapi tu perempuan kot..?"
"Tak mahu dan tak nak tahu! Makan jelah! Aku lapar ni kau faham tak?! Sakit pipi aku..huaa.."
-bersambung
Re-Editing❤
YOU ARE READING
(C)Good Luck || Luhan Chorong
ActionLuhan dan Chorong fanfic. Seorang polis dan seorang perisik. Cringe. Highest rank : #18 in Action (170412) #14 in Action (171205) Start ; 20/12/16 End ; 24/11/17