"Noona, esok birthday Taetae, noona nak bagi hadiah apa?" Tanya Taehyung, terkinja-kinja dia menarik baju sekolah Chorong. Chorong melutut dan memegang pipi adiknya itu.
"Birthday Tae? Omo, noona lupa. Nasib baik Tae ingatkan." Balas Chorong. Dia menggaru-garu kepalanya pula. Wajah bersalah ditunjuk. Taehyung mula mencebik. Dia menghentakkan kakinya keatas lantai berkali-kali.
"Noona jahat!! Birthday adik sendiri pun tak ingat.!" Marah Taehyung. Dia membelakangi Chorong.
"Tae..Noona betul-betul lupa.. Janganlah marah.." Pujuk Chorong lalu memegang bahu Taehyung. Taehyung yang berumur 8 tahun itu menepis tangan Chorong.
"Baik Taetae mati je macam ni..Noona lupa sebab noona dah tak sayang Taetae." Kata Taehyung secara tiba-tiba. Chorong terkejut mendengarkan kata-kata adiknya.
"Apa cakap macam tu. Dont worry. Nanti kita pergi makan dekat restoran Uncle Bob ehh? Noona belanja chicken chop. Taetae duduk rumah dengan Mama Papa ehh?" Arah Chorong. Dia memeluk adiknya dari belakang dengan sungguh erat. Entah kenapa dia terasa sebak.
"Rongie, its already 9 a.m." panggil mama Park. Chorong bangun dan meninggalkan Taehyung. Mamanya itu dipeluk dengan erat juga.
"Why? Kenapa peluk mama ni?" Tanya Mama Park. Pelik melihat anaknya sebegitu.
"Nothing. I just...Hm..Chorong gerak dulu ye? Sayang mama.." Balas Chorong dan terus menuju ke sekolah. Selang lima belas minit selepas itu, sekumpulan lelaki berpakaian hitam datang ke rumah mereka.
"Is this Mrs. Herlyn and Mr. Jongsuk Park house?" Tanya salah seorang daripada mereka dengan nada sinis. Mama Park terkejut dengan kehadiran mereka. Taehyung segera dilindungi dibelakang badannya. Papa Park mara ke hadapan.
"Kenapa korang datang sini? Urusan kita dah selesai. Aku bukan lagi spy di Academy apatah lagi isteri aku!" Marah Papa Park.
"Urusan kau belum selesai. Tuan syak kau dan isteri kau bersubahat dengan musuh kita..Lagipun korang berhenti sebelum tiba waktu pencen. Korang berdua tau semua rahsia Academy.. Korang berdua ada muslihat apa hah?" Lelaki berbadan tegap itu muncul dan menghalakan muncung pistol kearah dahi Papa Park.
"Sumpah kami tak tahu menahu pasal apa yang korang maksudkan. Aku dan isteri aku dah tak ada kaitan dengan semua ni lah!"
Bang! Satu tembakan mengena tepat didahi Papa Park sebaik picu pistol ditarik. Taehyung menjerit ketakutan. Mereka menarik Mama Park dan memisahkan anak beranak itu.
"Mama!!" Jerit Taehyung dengan tangisan yang tak putus-putus. Mama Park sedaya upaya melawan.
"Taehyung, bagitau noona kamu.. I love her.. Take care of your noona..arasseo??"
Ucap Mama Park sebelum dia dibawa pergi dari situ. Taehyung dipengsankan dan dibawa pergi dari situ juga.. Keadaan rumah sudah berselerak disebabkan pergelutan tadi. Darah Papa Park memercik ke seluruh bahagian rumah.
Selepas berjam berada disekolah, Chorong pulang dan mendapat kejutan. Kakinya kaku. Dia melihat papanya mati dengan mata kepalanya sendiri.
"Papa.." Chorong hampir jatuh dan disambut oleh seseorang. Lelaki berpakaian hitam itu membantu Chorong untuk berdiri tegak dan stabil.
"kalau kau ikut aku, nasib kau tak akan jadi sama macam mereka..musuh papa kau dah bunuh keluarga kau..mama dan adik kau dibawa lari..kalau kau kerja dengan Academy, kau akan dapat balas dendam dengan musuh papa kau.." Ucapnya. Chorong masih tak mampu berkata apa-apa.
"Kau akan dapat balas dendam Park Chorong kalau kau jadi spy untuk Academy. Kami akan pastikan kau mendapat keadilan." Sambung lelaki itu. Chorong bagaikan terpedaya. Dia mengangguk setuju dan dibawa pergi dari situ.
×××
"Hah! Mimpi tu datang balik." Ujar Chorong, lemah. Dia bangun dari pembaringan dan menuju ke dapur. Air mineral diteguk sekali gus.
Mimpi ngeri itu berulang lagi. Chorong menyandar pada peti sejuk, adegan itu masih segar diingatannya meskipun sudah berlalu dalam beberapa tahun dulu.
"Aish. Kusut fikiran aku dibuatnya. Kenapalah memori tu datang balik." Marah Chorong. Dia menghentak pintu peti sejuk dengan kuat.
Tinininini.. Konno kotto ina, de kitta ra ina..anna yume anna yume ~
"Hello" sapa Chorong sebaik sahaja panggilan diangkat.
"......."
Chorong mengerutkan dahinya. Dia mengetap bibirnya, geram.
"Sabarlah! Kau ingat senang nak curi maklumat rahsia negara diorang?!" Bentak Chorong.
"......."
"Okey! Okey! Jangan paksa atau aku berhenti kerja dengan kau! Ini ugutan!" Marah Chorong. Telefon bimbitnya itu dibaling ke dalam sinki.
Dia membuka air paip dan membilas tangannya tanpa menghiraukan telefonnya.
"Bising! Nak cepat buat sendiri lah!" Marah Chorong lagi lalu menyambung tidurnya. Telefonnya berdering buat kali kedua dan pemanggilnya orang yang sama.
×××
"Dia masih tak nak bergerak pantas tuan. Dia lengahkan masa sampaikan plan kita musnah!" Ujar lelaki X .
"Biarkan dulu. Dia tahu apa yang dia buat." Balas lelaki Y yang dipanggil tuan tadi. Lelaki X menghampiri tuannya.
"Patutke kita suruh--"
"Tak perlu. Jangan! Biar dia uruskan dulu! Aku dah bagitahu yang dia tahu apa yang dia buat. Jangan masuk campur!"
-bersambung
Kesian Taehyung ⊙﹏⊙
YOU ARE READING
(C)Good Luck || Luhan Chorong
AcciónLuhan dan Chorong fanfic. Seorang polis dan seorang perisik. Cringe. Highest rank : #18 in Action (170412) #14 in Action (171205) Start ; 20/12/16 End ; 24/11/17