"Kau ni bang, macam pondan. Kena tumbuk sikit dah mengada. Cubalah jadi gentle sikit." bebel Irene, adik kepada Luhan. Pek ais ditekan kuat ke pipi abang sulungnya yang lemah mengalahkan wanita itu.
Luhan mengerutkan wajahnya apabila ditonyoh sebegitu oleh adik kandung sendiri. Menyesal dia tinggal dengan adik dia. Kenapalah tak tinggal di kuarters yang disediakan untuk polis.
"Janganlah kasar! Minah tu punya kuat sama macam badang. Macam manalah oppa nak lawan?" jawab Luhan.
"Menjawab!" Marah Irene. Seraya itu dia menyerahkan pek ais itu kepada Luhan. Nama pun lelaki, jadi pandai-pandailah rawat diri sendiri. Dia duduk bersila diatas katil abangnya itu. Badannya menghadap Luhan.
"Abang. Adik dapat tawaran jadi model High Kick dekat Gangnam. Boleh tak--"
"Kau nak buat apa jadi model dik? Kau fikir badan kau tu seksi sangat ke?Abang tengok badan kau serupa bentuk badan lidi je. Lurus. Bukan macam kerengga," balas Luhan tanpa sempat Irene menghabiskan ayatnya. Irene mencebik.
Inilah masalah abang kandungnya. Bila dia dapat kerja, Luhan halang. Bila dia tak ada kerja, Luhan marah. Apa yang abang dia nak ni?
"Habistu nak adik terperap dalam rumah dan jadi jeruk? Tolonglah.." suaranya dimanjakan sedikit. Dia sedaya upaya memujuk si abang.
"Aniyo! Xi Irene dengar cakap oppa! Nak ke jadi macam perempuan kat luar sana?! Kena tipu dan kena jual lepastu jadi mangsa perdagangan manusia lepastu dihantar ke Malaysia dan jadi bangladesh kat sana?!! Nak sangat ke?"
Luhan marah. Pertama kali dia menengking adiknya itu. Irene tersentak. Xi Luhan dah melampau. Irene pantas bangun lalu mengambil buku-buku yang berada diatas meja dan membalingnya kearah Luhan.
"Luhan tak guna!" Jerit Irene lalu meja belajar Luhan diangkat dan dihempas ke lantai.
"Xi Irene! Kenapa kau degil sangat hah?!" Luhan menampar Irene dan tak sengaja tertolak adiknya sehingga kepala adiknya terkena bucu meja. Luhan terpana seketika.
Irene kini terlantar diatas lantai dengan kepala yang berdarah. Luhan cemas.
×××
"Han, kau hampir bunuh reputasi kerja kau tahu tak? Nasib baik Irene tak mati. Kalau bos dapat tahu, matilah kau kena gantung." Ujar Sehun kepada Luhan yang sedang kusut. Luhan merenung Sehun yang langsung tidak memberi kata-kata semangat kepadanya.
"Sial kau bukan nak bagi sokongan tapi makin serabutkan aku. Menyesal aku panggil kau. Baik aku call Chanyeol kalau aku tahu kau akan cakap macam ni," balas Luhan. Sehun tersenyum sumbing. Benar, dia salah kerana membuatkan mood rakannya itu semakin down..
Tapi Luhan tetap salah kerana telah berlaku kasar pada Irene.
"Tenanglah. Adik kau cuma pengsan je. Lagipun dia akan sembuh dalam dua tiga hari. Tapi apa masalah kau sampai tolak dia macam tu?" soal Sehun.
"Aku marah dia sebab dia nak jadi model." Jawab Luhan. Mulut Sehun membentuk 'O'. Kemudian Sehun menepuk belakang Luhan.
"Baguslah. Jangan bagi adik kau jadi model. Nanti dia ada peluang jumpa penyangak nombor satu negara, model Kim Kai yang tahap gatalnya tu lebih dari ulat bulu. Mungkin dia pun ada peluang jumpa Byun Baekhyun, pengedar dadah nombor satu Korea yang memiliki sebuah syarikat modelling terkenal." Ujar Sehun. Luhan baru tersedar akan sesuatu.
"Betul cakap kau Hun-"
"Kan? Haha. Nanti orang ramai akan dapat tengok potongan badan dia yang seksi tu. Fuh. Wow. Ish, tak boleh! Nanti aku jealous. Hanya aku je yang boleh tengok. Ala, kau tahulah aku suka adik kau---" bebel Sehun.
"Kau apahal nak cakap pasal badan adik aku? Badan dia tu macam lidi je. Tak payah berangan! Aku cakap pasal benda lain lah. Kalau adik aku jadi model, peluang kita untuk dekat dengan Kai dan Baekhyun banyak! Dengan itu, kita boleh tangkap diorang secepat mungkin,"
Sehun menjentik dahi Luhan dengan kuat. Tak guna punya abang. Ada ke patut dia nak buat adik sendiri jadi umpan? Tak ke sial tu?
"Kau jangan melebih Xi Luhan. Tu adik kau kot. Kalau dia cedera macam mana?" Balas Sehun. Luhan memuncungkan bibirnya.
"Ala, aku just cakap okey? Aku takkan buat macam tu. Aku sayang adik aku." Ujar Luhan. Haa, siapa nak jadi adik Luhan, sila pm saya. Masih ada kekosongan.
"Esok datang awal Han, bos kata member baru tu akan datang esok.. Jadi, baik kau datang awal kalau tak nak kena marah." Kata Sehun. Dia cepat-cepat bangun dan membetulkan jaketnya.
"Kau tu yang kena datang awal.Dah lah pemalas."
"Ala takpe. Aku menginap kat balai so aku akan sentiasa tepat pada masanya." Balas Sehun dan terus beredar dari hospital.
"Bagus punya polis.. Dah macam gelandangan takde rumah sendiri." Sindir Luhan.
Sehun tersengih namun dia tidak membalas. Dia melambai-lambai ceria kearah Luhan.
"Kirim salam Irene ya!!"
"Salam ditolak!!"
bersambung
Re-Editing❤
YOU ARE READING
(C)Good Luck || Luhan Chorong
AksiyonLuhan dan Chorong fanfic. Seorang polis dan seorang perisik. Cringe. Highest rank : #18 in Action (170412) #14 in Action (171205) Start ; 20/12/16 End ; 24/11/17