"Tuan! Maafkan kami, tuan! Rekod CCTV pada hari semalam telah hilang tuan!"
Lapor Chanyeol kepada Ketua Suho. Tercungap-cungap dia dan Chen berlari dari bilik kawalan yang berada diaras 6 tadi. Sudahlah jauh, bila sampai sana, rekod dah hilang. Buat penat je.
Ketua Suho mengepal penumbuk. Nampaknya mereka ketinggalan setapak dibelakang. Tak sangka, si pembunuh lebih pantas daripada mereka.
"Teruskan cari bukti. Chanyeol saya nak kamu ketatkan lagi pengawalan di wad Cik Park. Jangan cuai!" Arah Ketua Suho. Chanyeol terus menjawab dan segera berlari ke wad Chorong.
Chen segera mengekori Ketua Suho ke suatu tempat. Balik balai agaknya. Manakala dari sudut lain, seorang perempuan tersenyum sinis sambil memusingkan pita rakaman CCTV ditangannya. Dia terus mematahkan pita tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah.
"Hello..Ya aku dah hapuskan bukti.. Jangan risau, diorang masih tak tahu apa-apa..Diorang memang lembap.."
×××
Baekhyun berjalan memasuki ruangan asing itu. Ini adalah kali pertama buatnya menjejakkan kaki ke tempat aneh sebegini. Tapi, nak buat macam mana lagi. Dah klien nak jumpa kat sini.
Pintu yang besar 10 kali ganda dari dirinya direnung. Baekhyun tersenyum sendirian. Pasti kliennya ini sangat kaya. Untung besar lah dia.
Tiba-tiba pintu tersebut terbuka dan beberapa orang lelaki berbadan besar keluar. Mereka terus memberikan laluan kepada Baekhyun supaya lelaki itu masuk ke dalam.
'Pergh..layanan macam sampah.. nasib aku tak mati sebab terkejut..' bebel Baekhyun dalam hati.
Kakinya terus melangkah ke dalam ruangan itu. Keadaan yang gelap gelita membuatkan dia pening. Rasa macam buta pun ada.
"Jadi, kaulah pengedar dadah terbesar di Korea tu?"
×××
Chorong yang baru tersedar dari tidurnya hanya mampu melihat sahaja Luhan yang sedang mengemaskan barangnya.
IV ditangan dicabut dan badannya terus dicempung oleh Luhan. Nak sahaja dia bersuara namun dia tidak mampu. Luhan membuka pintu wad dan cuba untuk beredar dari situ namun dia dihalang oleh Chanyeol.
"Kau nak bawak dia pergi mana Han? Nanti Ketua marahlah!" Kata Chanyeol sambil mendepakan tangannya.
Ianya sebagai langkah berjaga-jaga supaya Luhan tidak dapat lari dari situ.
"Aku kena bawa dia ke tempat yang selamat. Kalau ada orang datang serang macam mana?" Jawab Luhan, dengan muka yang serius.
"Kami akan jaga dia! Semua pegawai polis akan jaga setiap sudut wad ni! Jangan risaulah!" Kata Chanyeol lagi.
"Kalau pembunuh tu menyamar jadi doktor macam mana?!! Kau bukannya tak pernah tengok drama..Macam-macam helah diorang guna! Dah, aku akan bawa Chorong jauh dari sini.. Ini mesti ada kaitan dengan geng Baekhyun dan Kai!" Jerkah Luhan dan terus menolak Chanyeol.
Luhan berlari-lari sehingga sampai ke pintu keluar dan membawa Chorong ke tempat parkir kereta. Selepas meletakkan Chorong ditempat penumpang, Luhan terus memandu ke suatu tempat yang jauh dari hospital.
"Kau..Nak bawa aku pergi mana?" Tanya Chorong.
"Adalah.." jawab Luhan, perlahan. Matanya kini hanya fokus pada pemanduannya sahaja.
Chorong bingung. Apa yang berlaku sebenarnya? Bangun-bangun je dah ada kat wad lain. Lepastu kena dukung dengan mamat sewel ni. Lepastu kena halang dengan Chanyeol and sekarang mereka dalam perjalanan ke suatu tempat yang langsung dia tak tahu.
'Chanyeol dengan Luhan gaduh pasal aku ke? Astaga aku direbutkan dua lelaki ke?'
Perasannya Cik Park kita ni. Tak pasal-pasal pipinya terus merah. Chorong membuang pandangan ke jalan raya. Tak nak lah dia ingat apa yang difikirkan tadi.
'Ingat chorong!kau dingin! Hati kau macam batu! Bukan macam tisu!'
-bersambung
YOU ARE READING
(C)Good Luck || Luhan Chorong
ActionLuhan dan Chorong fanfic. Seorang polis dan seorang perisik. Cringe. Highest rank : #18 in Action (170412) #14 in Action (171205) Start ; 20/12/16 End ; 24/11/17