"Weh.." Chorong mencuit bahu Luhan yang sedari tadi ralit memandang kearah kota raya Beijing. Habis tertumpah kopi yang berada didalam genggaman Luhan. Nasiblah siapa yang tengah lalu kat bawah.
Luhan menolong Chorong untuk mendekati balkoni. Tumben, kenapa gadis ini tiba-tiba menegurnya. Uish, tumben kau😂
"Hai pelik ni. Kenapa tiba-tiba tegur?" Soal Luhan. Cawan yang berada ditangan kini diletakkan semula keatas piring yang berada diatas meja kecil disebelah sliding door.
"Aku..cuma nak kau berbaik dengan adik kau tu. Tak payah gaduh-gaduh." Pinta Chorong. Wajahnya tampak serius. Luhan tergelak kecil.
"Aku tak bergaduh dah dengan dia. Cuma dia yang masih tak nak maafkan aku. Kau risaukan aku ke?"
"Eh! Mana ada..Perasan.."
"Tanya je.."
Chorong mengeluh kecil. Hatinya meronta-ronta mahu memberitahu kebenarannya kepada Luhan. Dirasakan saat ini, hanya lelaki itu sahaja yang dapat membantunya.
"Luhan.." panggil Chorong lagi. Kali ini dia tekad.
"Apa?"
"Nak bagitahu satu rahsia penting boleh?"
"Rahsia apa?" Luhan mula merasakan yang Chorong hendak confess padanya. Ceh, perasan sungguh.
"Kut ye pun marilah kita duduk dulu.." pinta Chorong. Luhan terus memapah Chorong kearah ruang tamu. Baru selesa nak berbual.
"Kalau aku bagitahu ni, kau jangan marah dan bencikan aku eh?"
Luhan mengangguk. Kemudian mereka diam.
"Dah cakaplah.. apa yang penting sangat tu?" Soal Luhan. Chorong mengeluh lagi.
"Dah kau tak jawab soalan aku tadi.. takkan lah aku nak cerita terus.."
"Kau tak nampak ke aku dah ang---" Lidah Luhan kelu. Dia tersalah cakap. Sekarang dia rasa kesal.
"Memang tak nampak pun.." jawab Chorong, perlahan.
"Erm..Bagitahu lah.." Luhan ubah topik.
"Janji eh jangan marah?"
"Ye, tapi tengoklah dulu."
×××
Sementara Bomi masih berada ditempat kerjanya, Chorong menemani Irene yang sedang belajar membuat kuih bulan. Awalnya, dia excited nak menolong, alih-alih dia yang mengelamun banyak.
Hatinya tak tenang selagi tak mendengar respon daripada Luhan. Malam semalam, selepas dia memberitahu akan kebenaran tentang dirinya yang merupakan seorang perisik, terus dia tak dengar sepatah apa pun daripada Luhan. Tak mungkin Luhan tidur sewaktu mendengar penjelasan dia, sebabnya dia tak dengar pun bunyi dengkuran.
Pagi tadi, Bomi minta maaf dengan dia sebab mereka tak akan pergi melawat kubur omma dengan appa mereka. Sebab tu lah mereka berdua sedang mengisi masa lapang dengan benda berfaedah.
"Unnie, ada baiknya unnie pergi tidur siang je. Kuih ni biar saya yang habiskan." Arah Irene. Sakit pula hati dia apabila melihat Chorong mencucuk-cucuk doh untuk membuat kuih bulan tanpa henti. Masalahnya dia cucuk je, tak uli."Aniy, biar unnie siapkan dulu." Balas Chorong. Irene mengalihkan tangan Chorong daripada menyentuh doh.
"Tak ada. Pergi basuh tangan, lepastu tidur. Ini arahan!" Perintah Irene. Chorong akur.
Kebetulan, sewaktu Chorong hendak bangun, Luhan datang dan mendekati peti sejuk. Air lemon diambil tanpa menghiraukan dua gadis itu.
Selepas itu, dia beredar tanpa memandang kearah mereka. Tak ada selamat pagi atau sapaan apa-apa pun.
"Dah kenapa dia tu.."
×××
Luhan tak habis berfikir. Kepalanya kusut. Kata-kata Chorong semalam buatkan dia tergamam. Selama ini, dia sukakan seorang perisik? Perisik yang ingin hancurkan tanah air keduanya.
Sekarang, dia tak tahu samaada dia akan percayakan setiap kata-kata Chorong atau tidak. Perisik kot, pandai lah menipu. Kalau tidak, tak adanya mereka jadi 'perisik'. Entah-entah buta tu pun dia tipu.
Luhan tersenyum sinis.
"Tapi kenapa dia bagitahu aku? Ke dia nak aku sokong dia?" Luhan menjulingkan matanya keatas. Tanda menyampah.
"Patut ke aku halau dia? Tapi nanti orang kata aku buli OKU pulak." Luhan berkira-kira.
Dia tak nak keluarganya terjebak dalam masalah. Dibuatnya polis datang untuk menangkap Chorong, adik-beradiknya termasuk dia sekali akan dituduh bersubahat.
"Aku bagitahu semua ni, sebab aku percayakan kau.."
"Macam mana aku nak percaya kau dah, kau kan musuh aku.." omelnya sendiri.
Dia tekad, selepas Bomi pulang nanti, dia akan bagitahu semuanya. Dan mengarahkan Bomi untuk menghalau Chorong. Tak ada guna mereka 'simpan' dia. Membahayakan keadaan adalah.
-bersambung
YOU ARE READING
(C)Good Luck || Luhan Chorong
ActionLuhan dan Chorong fanfic. Seorang polis dan seorang perisik. Cringe. Highest rank : #18 in Action (170412) #14 in Action (171205) Start ; 20/12/16 End ; 24/11/17