Seluruh pejabat Academy huru-hara sejak jam lima pagi tadi. Taehyuk yang baru sahaja bangun daripada tidur terpinga-pinga melihat keadaan itu. Beberapa kali juga dia dilanggar oleh pekerjanya sendiri. Nak maki tapi mereka nampak betul-betul sibuk.
Sambil menguap, dia menuju kearah bilik kawalan. Dari tadi para pekerja keluar masuk dari situ tanpa henti. Dihampiri Jaehyuk yang sedang memerhati skrin besar. Kadang dia turut sama memberi arahan dengan tegasnya
"Appa..Kenapa ni?" Tanya Taehyuk. Sekali lagi dia menguap. Masih tak sedar dengan kekecohan yang sedang berlaku
Jaehyuk memukul kepala Taehyuk sehingga dia terpelanting ke dinding. Membara api kemarahan dalam dirinya sebaik sahaja Taehyuk membuka mulut
"Kau tanya apa yang sedang berlaku? Kau buta ke yang kita sedang dalam masalah sekarang ni?!" Marah Tuan Jaehyuk. Dia kembali memandang pekerjanya membuat kerja. Semuanya tak senang duduk.
Taehyuk mengelap darah yang keluar ditepi bibirnya. Tamparan tadi bukan setakat kena kepala, siap kena pipi dia sekali. Salah seorang pekerja yang sedang bergegas ke pintu keluar dia tarik.
"Kenapa ni?" Tanya Taehyuk. Pekerja tadi cuba lepaskan genggaman namun tidak berjaya. Kekuatan sebagai seorang perempuan tak setanding kekuatan orang lelaki. Dia mengalah.
"Pihak Amerika nakkan maklumat tentang Korea Selatan dalam minggu ni juga. Kalau jumaat ni mereka tak dapat, mereka nak serang kita. Kalau kita tak dapat maklumat tu, pulau ni akan musnah. Sepenuhnya."
Taehyuk terkedu. Lengan pekerja itu dia lepaskan. Tuan Jaehyuk dipandang. Rupanya mereka sedang membina sistem baharu untuk melindungi Academy.
"Appa.." panggil Taehyuk. Namun panggilannya tak dijawab. Jaehyuk tak mahu melayannya langsung.
"Cari Park Chorong sekarang juga! Aku yakin, dia ada maklumat tu! Dia tak boleh lari dari kita!" Arah Tuan Jaehyuk. Dia tak boleh biarkan Academy musnah. Academy, yang dia bina selama bertahun-tahun dulu dengan penat lelahnya, dia tak boleh biarkan sahaja.
"Appa!" Panggil Taehyuk sekali lagi.
"Apa?!" Marah Jaehyuk. Dia sudahlah stres, ditambah pula dengan Taehyuk. Baik tak usah ada anak.
"Biar Tae..yang cari dia..." sambung Taehyuk. Jaehyuk jongketkan keningnya. Dia memandang Taehyuk dengan pandangan yang sukar dipercayai.
"Kamu serius? Kamu tahu ke dimana keberadaan dia?" Soal Jaehyuk. Taehyuk mengangguk, serius.
Jaehyuk menghampiri dan memeluk Taehyuk. Dipeluk badan anak lelakinya itu dengan erat. Belakang badannya ditepuk beberapa kali.
"Macam inilah anak appa." Kata Jaehyuk. Dengan nada seolah-olah berbangga.
Taehyuk senyum kecil. Dia agak terkilan sebenarnya.
'Appa..betul-betul sayangkan benda bodoh ni daripada anak sendiri?'
×××
Beg bajunya diletak ke dalam bilik khas. Taehyuk menyarungkan baju sejuknya dan cermin mata hitam. Jaehyuk langsung tak turun daripada bilik kawalan untuk memberi kata semangat kepadanya yang bakal bertolak ke tanah besar untuk memulakan misi mencari Chorong. Taehyuk senyum kecil.
"Tuan, kita bakal bertolak sekarang." Kata MinAh. Bot mewah itu bergerak perlahan-lahan dan semakin laju apabila sampai ditengah-tengah laut.
Namun Taehyuk tetap teguh berdiri. Beberapa kali mereka terlompat disebabkan arus tetapi Taehyuk bagaikan sudah digam disitu.
"Park Chorong..Im coming.." kata Taehyuk.
Selepas beberapa jam berlayar, mereka sampai dipelabuhan dan menuju kearah sebuah kereta limo hitam. Itu adalah kereta persendirian milik Tuan Jaehyuk. Ianya akan membawa dia ke lapangan terbang untuk ke China.
"Tunggu sajalah. Aku ingin banggakan appa. Kau tak boleh lari Park Chorong."
×××
Chorong mengemas katilnya yang berselerak dan berhabuk itu. Lama juga dia tinggalkan rumah lamanya itu. Nasib baik dia tak ada asma. Katilnya ditepuk bagi membuang habuk.
Cadarnya pula sudah dimasukkan ke dalam mesin basuh. Selepas itu, Chorong mencapai robot pembersih yang dihadiahkan oleh Mark tempoh hari. Butang on dibuka dan ia mula menjalankan kerjanya.
Bercakap pasal Mark, katanya lelaki itu akan berkahwin dengan seorang wanita diatas kapal pelayaran hujung bulan nanti. Chorong dijemput tapi dia masih belum membuat keputusan samaada dia mahu datang atau tidak.
Chorong menghampiri pula dapur. Pinggan-pinggan mangkuk berserta cawan semuanya dia bersihkan. Tak mahulah dia guna barang kotor. Tak elok untuk badan.
Tok! Tok! Pintu rumahnya diketuk. Chorong segera meninggalkan kerjanya itu dan menghampiri pintu.
"Ya? Boleh saya bantu?" Soal Chorong.
"Boleh. Ini saya, Jiyong. Rocker sambilan." Jawabnya. Chorong mengangguk. Dia kenal dengan budak ni. Nampak macam penagih dadah tapi bukan.
"Ada apa?"
"Saya sangka kakak dah tak balik sini. Ingatkan ada pencuri tadi, itu yang saya datang." Jawab Jiyong. Chorong hanya tersenyum kecil. Siapa sajalah yang nak datang mencuri. Rumah pun nampak macam pondok. Yang usang lagikan hampir roboh.
"Haritu kan kakak, Mark tu ada datang. Banyak kali juga. Dia kata, dia ingatkan kakak dah balik sini, rupanya belum. Kecewa juga dia. Selalu juga dia datang bersihkan rumah ni tapi beberapa hari lepas, dia dah tak datang. Tak tahulah kenapa." Sambung Jiyong lagi
"Betulke? Terima kasih sebab bagitahu Jiyong." Kata Chorong lalu menunduk 30 darjah. "Saya balik dululah. Itu je nak bagitahu. Daijiahao kakak."
"Eum.." Chorong menutup pintu rumahnya dan kembali ke biliknya. Punggungnya dihenyak diatas katil.
Dia meraba-raba meja yang berada disekitar untuk mencari telefon rumah. Selepas itu, nombor Mark dia dail dan menunggu respon dalam beberapa saat
Harap maaf, nombor yang anda dail..
"Mark.."
Hatinya sebak. Sudahlah Luhan tak mahu percayakan dia, sekarang Mark pula yang menghilang. Satu persatu orang yang dia sayang hilang dari hidupnya.
Ibu, ayah, Taehyung, Luhan.. dan sekarang ni, Mark?
"Kenapa hidup aku sangat malang?"
-bersambung
Terima kasihlah kalau ada yang masih baca. Blind akan diupdate lepas cerita ni habis
YOU ARE READING
(C)Good Luck || Luhan Chorong
ActionLuhan dan Chorong fanfic. Seorang polis dan seorang perisik. Cringe. Highest rank : #18 in Action (170412) #14 in Action (171205) Start ; 20/12/16 End ; 24/11/17