Luhan dan Chorong terus memandu ke suatu tempat diikuti oleh Chanyeol, Sehun dan Chen dibelakang mereka. Kereta Baekhyun diekori sejak tadi lagi.
Chorong memandang sekilas kearah Luhan."Gwaenchana. Adik kau akan okey." Kata Chorong, cuba untuk menenangkan Luhan.
Baekhyun berhenti dipersimpangan jalan dan terus keluar dari kereta. Dia membawa Irene ke suatu tempat. Oh! Depan kereta je.
Dia kelihatan seperti sedang menunggu seseorang. Tiba-tiba sebuah kereta Mercedes hitam meluncur laju ke depan mereka. Seorang lelaki bersut hitam dan berkaca mata keluar lalu menyapa mereka. Selepas beberapa minit berbual tentang sesuatu, Irene dibawa olehnya pergi dari situ.
"Han-hyung, nak ikut Baekhyun atau lelaki tadi?" Tanya Sehun melalui walkie-talkie. Luhan diam sejenak. Tangannya digenggam distereng.
"Biar aku dan Chorong ikut lelaki tu. Korang ikut Baekhyun!" Arah Luhan. Chorong langsung tidak memberi sebarang tindak balas meskipun dialah ketua yang sebenarnya.
"Luhan dia ikut kiri lah kenapa kau ikut kanan? Kau fikir ini jalan ke syurga neraka ke hape?" Soal Chorong. Mercedes hitam itu sudah hilang dari pandangannya. Luhan yang sedang memandu itu langsung tidak menjawab pertanyaan Chorong.
Akibat geram, Chorong memusingkan stereng tersebut sehingga mereka hilang kawalan. Luhan terkejut sehingga terpaksa brek secara mengejut dan mereka terlanggar tiang elektrik.
"Kyahh!! Kau...Haishh..Aku cuba ikut jalan pintas lah!" Jerit Luhan. Chorong yang sudah terhantuk didashboard langsung tidak dihiraukan keadaanya.
"Jadi..KALAU ORANG TANYA TU JAWABLAH!! JANGAN SAMPAI AKU NAIK ANGIN!" balas Chorong, geram. Dahinya yang benjol itu menyebabkan dia mengalami sakit kepala yang amat.
"Semasa memandu tak boleh bercakap! Nanti konsentrasi aku terganggu ada faham?!"
"Siapa ketua sekarang ni?! Aku kan?!!"
"Siapa yang tengah memandu sekarang ni!!?? Aku kan?!!"
Flasback..
"Adik saya diterima jadi model diSyarikat Beauty BBH tu." Kata Luhan, menjawab soalan Ketua Suho. Kertas kerja diserahkan kepada Luhan oleh Chen.
"kalau kita betul-betul ikut plan tu, insyaallah esok jugak kita boleh tangkap Baekhyun.. Dan sekali gus Kai.." Ucap Ketua Suho. Sekali lagi misainya itu digentel.. Geli pula Chorong melihat misai dan jambang lelaki berumur 29 tahun itu.
" baikk." Jawab mereka semua serentak.
"Bos, kalau kita ditangkap macam mana? Kalau irene tu jadi tebusan macam mana? Takutlah." Chanyeol bersuara.
Wajahnya memang jelas menunjukkan yang dia sedang risau.
"Kau polis atau penjenayah?dah sama macam penjenayah aku tengok.." Marah Chen pula.
"Park Chanyeol, aku lantik kamu jadi penolong sebab aku nak kamu memberi semangat pada aku. Aku nampak muka kamu ni sama macam penceramah.. Tolonglah jangan bagi mood aku down." Bebel Ketua Suho ..
Chanyeol tunduk. Tanya salah, tak tanya salah.. Huh!! Ini rupanya sebab dia dilantik menjadi penolong. Ingatkan sebab dia dah mahir!! Tak guna hancur harapannya selama ini untuk jadi ketua.
"Nanti saya akan contact adik saya tu untuk tanya jadual dia.. Bos jangan risau.. Saya berjanji akan dapatkan Baekhyun kali ini."
Ujar Luhan namun sewaktu menyebut perkataan 'berjanji' sengaja diperlahankan suaranya.
End flashback..
"Encik Kai nak bawa saya kemana? Encik Baekhyun tu nak pergi mana pulak?" Tanya Irene. Pelik pula dia apabila disuruh untuk menaiki kereta bersama Pengurus syarikat lawan iaitu syarikat Kai Jjong.
Kai cuma membalas dengan senyuman. Keretanya itu meluncur laju dari jalan besar ke jalan kampung.
Kilang kecil yang terbiar ditepi sungai segera dimasuki oleh mereka. Keadaan disitu gelap dan sunyi. Beberapa orang lelaki bersut hitam datang mendekati mereka.
Tingkap kereta dibuka. Salah seorang mula menunduk dan memandang Kai.
"Tuan, kami dah sedia." Katanya. Kai segera mengangguk. Lelaki itu terus memberi isyarat kepada anak buahnya yang lain dan beredar ke dalam kilang. Lelaki itu tadi mendekati pintu kereta disebelah Irene dan mula membukanya.
Irene berdebar-debar.Dalam hatinya, dia tak putus-putus berdoa agar dia tidak diapa-apakan oleh konco-konco Kai.
"Encik Jongin.. Kita kat mana ni?"
×××
"BERHENTI LAH WOI!!"
Suara jantan memenuhi ladang jagung itu. Chorong melempar kasutnya ke dalam timbunan jagung disebelah kirinya.
Ditepi jalan itu, dia menjerit kearah kenderaan yang lalu lalang disitu. Namun, tiada siapa pun yang sanggup berhenti dan menumpangkan mereka.
Luhan yang sedang berbaring diatas bumbung kereta dengan relaks dijeling. Kasutnya yang sebelah lagi dibaling tepat-tepat ke muka Luhan.
"Hoii!! Tolonglah aku kat sini!! Suka suki kau je berehat atas tu.." Marah Chorong. Geram pula bila dia yang asyik memekik mendapatkan pertolongan.
"Haih.. Sudah-sudah lah tu. Duduk je dalam kereta ni. Nanti-nanti Sehun datanglah tu dengan skuad dia untuk cari kita." Balas Luhan dengan tenangnya.
"Wei! Kita tengah kejar penjenayah lah!! Kau gila ke apa?? Buatnya dia rogol adik kau!! Buatnya dia bunuh adik kau??!! Dia jual organ adik kau!! Dia potong 14 badan adik kau??!! Tak ke naya??"
Chorong mula berfikiran negatif.
"Kai tak akan buat macam tu. Aku tahu dia miang tapi tak adalah sampai tahap macam tu sekali."
"Macam mana kau tahu? Macam kenal rapat je."
"Fikiran lelaki sama..Take a note ehh?"
"Dasar lelaki semua sama je!"
"Tak sama eh. Jaga sikit mulut kau tu."
"Tadi kata sama."
"Mana ada.."
Mata Chorong dijulingkan keatas. Menyampah pulak dia.
"Mana kau tahu itu Kai?"
"Teka je."
"Urgh!!"
-bersambung
YOU ARE READING
(C)Good Luck || Luhan Chorong
AcciónLuhan dan Chorong fanfic. Seorang polis dan seorang perisik. Cringe. Highest rank : #18 in Action (170412) #14 in Action (171205) Start ; 20/12/16 End ; 24/11/17