016

244 43 6
                                    

"Ee.. Rumah siapa yang berselerak macam kandang babi ni?"

Tanya Chorong sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah Luhan. Rumah flat itu sudah lama tidak dibersihkan oleh Luhan, jadi memang wajarlah kotor macam tu. Irene? Haha, sejak bila dia rajin mengemas. Membebel rajin lah.

Luhan menyepetkan anak matanya dan menjentik dahi Chorong. Mulut puaka sungguh Cik Park ni.  "Ini rumah aku dengan Irene. Kau jangan nak banyak soal ehh? Aku halau baru padan muka." Marah Luhan.

Dia pun sensitif juga kalau ada yang mengata pasal rumah dia. Apa? Ingat dia lelaki, dia tak sayang rumah dia? Lelaki ni kalau dia dah mula sayang pada sesuatu, dia memang akan hargainya lebih daripada yang perempuan buat. Kau tengoklah cara lelaki layan motor dengan kereta diorang. Lebih daripada layan kekasih. Kuangjo.. 😂

Bilik Irene yang berdekatan dengan dapur didekati, lantas tombol pintunya dibuka. Segala habuk yang berada didalam membuatkan Luhan sukar untuk bernafas.

"Perghh adik aku ni!! Gila ke apa?? Macam mana dia boleh duduk dalam bilik macam ni!" Luhan merungut.

Lengan bajunya segera dilipat dan dia mula bekerja. Hampir dia lupa akan Chorong yang sedang berdiri tegak diruang tamu kerana tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

Dekat sejam juga dia berdiri tanpa berbuat apa-apa.

"Er..Luhan?" Panggil Chorong, kekok. Luhan yang sedang tertonggeng-tonggeng kerana sedang menyapu, tersentak.

Terkejut barangkali kerana dipanggil. Dalam fikirannya, dia mula teragak-agak untuk berpaling. Suara perempuan mana pula yang tegur ni? Bukan ke adik dia sekarang ni ada dekat hospital? Ehh!! Irene kat hospital lah!! 

"Astaga adik aku!! Ehh?? Chorong kau buat apa kat sini? Ehh aku yang bawa kau ke sini kan? Hehe sorry.. Wei maaflah tapi aku tertinggal adik aku kat hospital!! Habislah aku kena marah.."

Dengan kalutnya Luhan mula memakai semula jaketnya. Tiba-tiba telefonnya berdering. Pemanggilnya pula adalah Oh Sehun.

"Lu, adik kau cakap Kai datang ambil dia. Jadi, kau jangan risaulah pasal dia.."

Ujar Sehun dengan nada yang kurang ceria.

"Kai? Wei bodoh tu Kai lah?! Kejar lah!!" Marah Luhan. Sehun pula seperti baru tersedar yang Kai adalah musuh mereka. Sepantas kilat lelaki itu menamatkan panggilan dan mula mengejar Kai dan Irene.

Luhan mencarut perlahan dan matanya beralih kearah Chorong. Chorong kelihatan pucat dan hampir rebah. Segera dia dekati gadis itu.

"Kau okey? Kau baring lah dulu dekat sofa ni.." ujar Luhan dan membantu Chorong untuk duduk.

Ubat yang diambil tadi disuap ke mulut Chorong. Dia membantu Chorong untuk berehat sementara bilik Irene dikemas.
Dalam beberapa minit sahaja, Chorong sudah tertidur. Mungkin dos ubat tadi terlalu kuat.

"Kenapa kau berpeluh kuat sangat ni?"

Omel Luhan lalu mengelap peluh Chorong dengan tisu. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Chorong. Sepertinya gadis itu sedang menahan sakit. Dada Chorong juga berombak-ombak.

Dia mendekatkan telinganya ke dada Chorong. Seperti yang dia agak, degupan jantung Chorong tidak normal. Lalu badan Chorong dibaringkan.

"Mana mungkin dia ada sakit jantung.."

×××

"Teruskan seksa dia.. Jangan berhenti.." arah Taehyuk kepada MinAh. Serba salah pula gadis itu untuk menuruti kata-kata bosnya.

Memanglah dia yang bagitau membunuh tu tak salah. Tapi itu cuma untuk menenangkan lelaki itu sahaja. Dia tak serius pun pasal tu!

"Tapi tuan..Cik Park--"

"Aku tak nak dengar apa-apa dari kau! Buat je kerja kau!!" Jerit Taehyuk, stress.

Dia hampir gila disebabkan memori buruk itu. Padahal boleh saja dia menipu Nurse Min, dan memberitahu bahawa dia adalah kenalan Chorong.

Membunuh, langsung tiada dalam kamus hidupnya. Badannya kini terketar-ketar. Dia tak mampu lagi untuk berdiam diri. Setiap masa dia harus berjalan, tak kira lah berpusing ke menari ke, yang penting dia bergerak.

Wajahnya yang pucat dengan anak mata yang merah dan urat-urat yang menimbul didahi jelas menunjukkan yang dia betul-betul stress. MinAh mengabaikan sahaja Taehyuk dan meneruskan pengawalannya keatas jantung Chorong.

Takut juga dia apabila disuruh mengedalikan jantung orang. Dia bukannya bijak sangat dalam bab sebegini. Dibuatnya dia tertekan butang musnahkan diri, mati anak dara orang. Dia pulak yang stress sama macam Taehyuk.

"Bo-bos. Boleh tak saya berehat sekejap? Saya pun nak tidur." Pinta MinAh. Taehyuk menggeleng. Dia tak kan benarkan sesiapa pun berehat selagi stressnya tidak hilang.


"Tak boleh!!"

"Jangan sampai kau mangsa seterusnya selepas Park Chorong!" Sambung Taehyuk lagi.

"Kim Taehyuk!" Satu suara garau menerjah ditelinga MinAh dan Taehyuk. Nampaknya, bos besar sudah mari~

-bersambung

(C)Good Luck || Luhan ChorongWhere stories live. Discover now