Park Chorong POVAku berada disuatu ruangan putih. Ianya sungguh luas namun menyesakkan. Samaada ia sebenarnya sempit atau warnanya menyebabkan ia kelihatan luas? Aku tak tahu.
Larian aku mulakan. Meskipun cerah, aku tetap takut. Takut sekiranya inilah pengakhiran hidupku. Semakin lama, terasa seperti aku sedang berlari ditempat yang sama.
Tak ada guna aku berlari. Penghujung jalan memang tak ada. Tiba-tiba sahaja keadaan sekelilingku berubah gelap. Tolonglah jangan ada monster datang serang aku. Sedingin-dingin aku, hati aku tetap lembut.
"Buta..kau buta..hahaha..tak lama lagi kau akan buta..kau tak dapat lakukan apa-apa lagi..kau pasti buta!! Buta!!"
Jeritan manusia-manusia durjana mula kedengaran. Sungguh membingitkan telinga. Aku menekup telinga dengan kuat.
"Butaa..Wanita butaa." Ejeknya.
"Stop lah!!!!"
"Chorong!!" Luhan menampar pipi Chorong dengan kuat. Dari tadi lagi gadis itu meracau-racau. Tengah dapat nightmare yang menyeramkan sangat kot?
"Aku tak buta!!" Dia terbangun dari tidurnya. Peluh mengalir didahi tanpa henti. Chorong cemas. Persekitarannya terus dipandang. Matanya juga diperiksa.
"Kau kenapa?" Tanya Luhan.
"Syukurlah. Mata aku masih ada. Aku tak buta."
Dia meraup wajahnya lembut. Luhan yang masih bingung tetap setia memerhati. Chorong terpandang wajah Luhan yang sedang dalam kebingungan.
"Ahhh!! Aku kat neraka ke?!!" Chorong menjerit histeria.
Terus mulutnya ditekup oleh Luhan. Lagi marah lelaki itu adalah.
"Neraka kepala bapak kau?! Muka angel macam aku ni layak dalam syurga je!"
Chorong memandang sekelilingnya. Terus dia melepaskan nafas lega sekali lagi.
"Aku hidup lagi.." katanya, perlahan.
×××
"Ya tuan. Dia berada dalam wad 110 berdekatan tangga keluar. Mudah kerja kita kali ini tuan." Kata Mingyu kepada Kai melalui walkie-talkie. Kai menjawab sekaligus terus berlari menuju ke wad Chorong.
Baekhyun mengekori dari belakang. Kalau misi mereka berjaya, dia bakal mendapat habuan yang lumayan! Tapi terpaksa dikongsi dengan Kai. Alah! Takpe, kasi 10% je. Hohoho.
Satu cecair yang berasid dan berada didalam botol kaca berwarna kuning digenggam erat. Ini bagaikan nyawanya sekarang. Baekhyun memasukkannya ke dalam poket jaketnya. Risau kalau ia terjatuh.
"Ops! Berhenti!" Kai menghalang Baekhyun dari mara. Dia mula menjenguk-jenguk disebalik dinding dari tepi tangga dengan berhati-hati.
"Ada ramai anggota polis tengah berjaga. Kita kena alihkan perhatian mereka." Kata Kai. Baekhyun mengangguk faham. Matanya melilau mencari sesuatu.
"Kai, kau pecahkan dan tekan suis kecemasan tu. Bila semua dah kosongkan bangunan, kita pergi dekat Chorong." Arah Baekhyun.
Kai tidak menjawab sebaliknya menyiku perut nutella Baekhyun dengan kuat."Bodoh kau! Nanti mestilah diorang bawa si corong tu keluar jugak! Pikir lah sikit pakai otak. Ni tak, fikir pakai perut berotot. Huh! Macam ni lah, Mingyu! Kau pergi buat kecoh! Now! " bebel kai.
Mingyu terkejut mendengar akan namanya yang secara tiba-tiba disebut. Jari telunjuk ditunjukkan kearah dadanya.
"Saya?"
"Ye kau! Berapa orang sangatlah Mingyu yang jadi pembantu aku ni?!"
Mingyu menggaru kepalanya yang berkutu. Tersengih-sengih dia sebentar.
"Tapi saya takut."
"Harap kaki je panjang..Kau nak aku pecat ke Gyu?" Ugut Kai. Mingyu menggeleng pantas. Wajahnya dicomelkan.
"Okey okey. Saya mengalah." Mingyu mula keluar dari tempat bersembunyian. Seorang jururawat yang sedang dalam perjalanan ke ruangan wad yang tidak diketahui segera Mingyu dekati. Dia dengan secara sengaja melanggar troli alat-alat perawatan yang baru sahaja ditukar.
"Aduh!!!!! Sakitttt!! Tolong!!"
Pegawai polis yang sedang bertugas segera mendekati Mingyu. Kai dan Baekhyun pula meneruskan rancangan mereka.
'Say hi to me Park Chorong'
-bersambung
YOU ARE READING
(C)Good Luck || Luhan Chorong
ActieLuhan dan Chorong fanfic. Seorang polis dan seorang perisik. Cringe. Highest rank : #18 in Action (170412) #14 in Action (171205) Start ; 20/12/16 End ; 24/11/17