034

158 28 9
                                    

"Aku tak percaya, Luhan. Chorong tak mungkin buat macam tu. Dia baik--" ulas Bomi. Sejujurnya, dia agak terkejut mendengar keterangan Luhan tadi sampaikan tangannya hampir menampar pipi Luhan. Mujurlah dia tak melebih.

Luhan tetap tak berputus asa. Dia tetap mahu Chorong keluar dari rumah ini. Selain tentang kepercayaannya kepada Chorong yang telah pudar, dia tak mahu Bomi mahupun Irene terjebak sama. Kalau apa-apa berlaku, biarlah dia seorang je yang kena.

"Noona! Jangan percaya sangat dengan rupa baik dia. Han minta sangat, noona suruhlah dia keluar dan jauhi kita semua. Han tak nak keluarga kita kena masalah." Luah Luhan.

Bomi mengangguk kecil. Dia dalam dua sekarang ni. Samaada nak percayakan darah dagingnya sendiri atau percayakan gadis yang baru sahaja dia kenal.

Luhan terus mengambil sejambak bunga ros yang baru sahaja dibeli sewaktu dalam perjalanan ke sini tadi. Dia memandang kearah Irene dan Chorong yang sedang melawat kubur ibu dan bapanya..

"Lepas ni, Han nak noona jumpa dia. Dan make sure, ini kali terakhir dia jejakkan kaki ke kubur ma dengan pa." Arah Luhan. Bunga tadi dia genggam dan dia menuju kearah kubur ibu bapanya

"Irene, tinggalkan kami sekejap." Pinta Luhan. Irene mengangguk faham dan beredar. Sesekali dia pandang kearah Luhan dan Chorong. Wajah Luhan nampak tegang.

"Tenunglah lama-lama. Sebab ini kali terakhir kau akan datang sini." Kata Luhan dan kini sedang mencangkung sambil membuang rumput-rumput kecil disekitar kubur ibunya. Chorong terpinga-pinga tidak faham.

"Maksud kau?"

"Dahlah tu. Kau pandai jugak berlakon ya? Tak sangka selama ni kau perisik rupanya. Aku tak sepatutnya percayakan seseorang yang asal-usulnya dari negara inggeris. Semua licik. Aku tertanya-tanya, kenapa kau bagitahu aku tentang rahsia terbesar kau ni? Kau nak aku berpihak pada kau ke sekiranya kau tertangkap? Nak kumpul 'orang' lah kiranya ni?" Sindir Luhan.

Selepas mengusap batu nisan ibunya, dia berdiri menghadap Chorong. Diteliti badan Chorong dari atas sehingga bawah.

"Kau buta ni pun pura-pura jugak kan?" Tanya Luhan lagi. Soalan paling kejam pernah dituju kepada Chorong.

"Aku tak pura-pura Luhan.." balas Chorong. Ketawa sinis mulai kedengaran dari Luhan.

"Dah tak payah lah pura-pura. Kau cuma akan susahkan diri sendiri je. Aku minta kau berundur dari misi kau. Dan jangan datang sini dah. Aku tak mahu berurusan dengan pengkhianat negara." Sambung Luhan.

"Luhan! Bagitahu aku, apa aku perlu buat untuk kembalikan kepercayaan kau pada aku?" Pinta Chorong. Nampak seperti dia terdesak.

"Haa.." Luhan mengeluh. Dia berfikir sebentar.

"Jauhi keluarga aku. Dan aku akan kembali percayakan kau."

×××

"Tuan Taehyuk, yakin ke nak perhatikan Chorong lagi?" Tanya MinAh. Dia dah bosan sebenarnya. Lagipun Chorong bukannya boleh buat apa-apa dah. Dia buta.

"Kau jangan lupa MinAh. Selagi cip tu ada dalam badan dia, kita kena perhatikan dia. Benda tu bahaya. Dan selagi dia bergelar perisik, selagi tu dia dibawah jagaan aku." Jawab Taehyuk. Gerak-geri Chorong tak pernah terlepas dari pandangan dia.

'Apalah yang kau buat dekat kubur tu' detik hati Taehyuk. Sejak kemarin lagi dia perhati, kisah hidup Chorong ini serupa drama pukul 7.

Interesting.

Taehyuk tiba-tiba menjadi hiba sewaktu melihat Luhan meninggalkan Chorong sendirian dihadapan kubur seseorang yang dia tak ketahui itu. Tangan dua lagi gadis ditarik kasar oleh Luhan dan dibawa pergi.

Air mata Taehyuk cuba untuk tahan daripada gugur. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa nak menangis. Hormon tengah berubah kot.

"MinAh, terus berhatikan dia. Aku ada kerja nak diuruskan sekejap." Kata Taehyuk lalu lari dari situ. Itu pun untuk mengelakkan mereka ternampak dia yang hampir menangis.

'Noona..'


×××


Chorong tak habis fikir, Luhan kata dia akan percayakan dia kalau dia jujur. Dulu, memanglah dia jahat. Dia pun memang nak hancurkan Korea Selatan, kerana disebabkan merekalah ibu bapanya meninggal. Kata Jaehyuk, perisik dari Korea Selatan yang bunuh Jongsuk dan Evelyn.

Tapi setelah berada di Korea dan bertemu manusia-manusia sebaik Luhan dan rakan-rakan dibalai, hatinya berubah lembut. Tambah lagi kebaikan Bomi dan Irene.

Rasa tak sanggup pula nak mulakan peperangan antara Amerika dan Korea.

"Mungkin, aku tak patut biar dendam menguasai diri.."

-bersambung


(C)Good Luck || Luhan ChorongWhere stories live. Discover now