Bagasi diseret ke pintu keluar Lapangan Terbang Beijing, China. Pasport ditangan, Luhan simpan kembali ke dalam beg galasnya. Telefon dibuka untuk memastikan sekiranya dia mendapat mesej penting daripada sesiapa.
Alamat yang tertera dibelakang telefonnya dia pandang. Gugup rasanya untuk bertemu kembali dengan Bomi setelah beberapa tahun tak berjumpa. Macam mana agaknya rupa kakak sulungnya itu.
"Encik? Nak sewa teksi?" Tanya seorang pemandu teksi. Luhan mengangguk dan terus masuk ke dalam perut teksi. Alamat diberikan kepadanya. Nasib baik Seungcheol bijak dalam mengesan kedudukan seseorang, dapat juga dia tahu di mana kakaknya tinggal sekarang.
Lebih kurang sejam perjalanan, Luhan tertidur. Beberapa jam dalam pesawat buatkan dia tak selesa dan tak dapat tidur. Sudah tu, badannya lenguh-lenguh.
"Sehun kata, dia ada surprise untuk kau bila kau datang China nanti.." kata Chanyeol yang sudah siap mengemas kini data penting yang bakal digunakan oleh Ketua Suho.
Luhan pandang Chanyeol. Surprise apa pulak budak tu nak bagi?
"Surprise apa?" Tanya Luhan. Chanyeol jongketkan bahu tanda tidak tahu.
"Dah nama pun surprise.Kejutan..tak kan nak bagitahu..kau agak jelah, benda mahal apalah sangat yang dia boleh bagi. Tahun lepas, kau punya birthday pun dia bagi gelas kecik yang buat hiasan tu je.. beli pun kat pasar malam," balas Chanyeol.
Luhan angguk setuju. Sehun tu bukan kaya mana pun. Baju pun kadang beli dekat bundle. Baju mahal yang sehun ada cumalah dari jenama Louis Vouilton dan hanya ada sepasang sahaja. Itupun Sehun guna duit yang dia kumpul sejak sekolah menengah, baru cukup.
"Macam-macam lah kau Sehun."
Luhan terjaga dari tidurnya. Dia memandang sekeliling. Mereka masih berada dijalan raya. Nampaknya jalan jammed.
"Maaf encik. Jalan jammed. Dah 15 minit kita tersekat dekat sini. Encik sambunglah dulu tidur, lambat lagi ni," kata pemandu teksi kepada Luhan. Luhan iyakan sahaja. Dia pandang semula ke luar tingkap.
Setiap sisi jalan raya ada enam jalan. Kiranya ada dua belas semuanya. Itupun masih jammed? Bapak berapa million orang yang hidup dekat China ni? Ni semua nak balik beraya jugak ke apa?
"Laparnya," kata Luhan perlahan. Teringat pula dia pada masakan Bomi. Dumpling beserta dengan sup rumpai laut. Sedapnya. Lagi-lagi kalau panas, lepastu dihidang dengan nasi panas. Pergh. Mantop. Ada pulak daging bakar. Ayam ke. Wah, meleleh air liur.
"Kalau encik lapar, boleh makan kuih baulu yang ada dekat belakang seat sebelah saya ni. Sedap," kata pemandu teksi itu lagi.
"Bau-lu?" Luhan capai satu plastik yang berisi beberapa biji kuih baulu. Dihidunya kuih itu selama mungkin. Wangi.
"Hehe. Ya baulu. Kuih tu kuih tradisional orang melayu. Saya dari Malaysia, datang sini nak belajar. Sementara tak buat apa, kerja sebagai pemandu teksi." Jawabnya. Luhan mengangguk faham. Telinganya sudah tak mendengar kata-kata pemandu teksi itu.
Tangannya ligat mencubit kuih baulu yang enak itu. Habis comot seat belakang kerana lebihan baulu yang terjatuh. Ada juga yang melekat ditepi bibir Luhan. Alahai, comelnya.
Ting! Bunyi mesej masuk. Luhan cepat-cepat membuka mesej tersebut.
From: Oh Sehun😒☝
Dah sampai China tu, pastikan kau dapat oksigen sepenuhnya. Taknak kau mati kejung kat sana. Tak dapat aku nak ziarahLuhan buat muka menyampah. Ingatkan nak suruh jaga diri ke apa ke. Alih-alih didoa mati oleh Sehun? Kuangjo.
To: Oh Sehun😒☝
☝From: Oh Sehun😒☝
Boooo telefon tak ada emoji fuck HAHAHAHALuhan matikan telefon. Sakit hati betul bila bermesej dengan Sehun.
"Encik, lagi beberapa minit kita akan sampai," ujar pemandu teksi kepada Luhan.
"Oh okey," balas Luhan dan menyimpan semula telefon didalam poketnya. Dia mengamati sekitarnya agak memudahkan dia untuk keluar bersiar-siar nanti. Ataupun lari dari rumah, lagi. Kot-kot Bomi halau dia. Dia kena bersedia.
××
Irene dan Chorong sama-sama mengurut kepala Bomi yang sedang berehat disinki. Barusan tadi, mereka memotong rambut Bomi menjadi pendek. Kemudian diwarnakan pula dengan warna oren.
Bomi tahan sahaja kemarahannya. Dia tak pernah dibuli oleh seseorang macam ni.
"Boleh tak lepas ni kita beli ubat untuk panjangkan rambut?" Tanya Bomi. Dia tak sanggup nak teruskan hidup dengan rambut pendek.
"Wae?" Soal Irene.
"Rambut ni lah! Nampak hodoh!" Bentak Bomi. Irene menekan-nekan kepala Bomi dengan kuat.
"Aduh!!"
"Irene akan buat macam ni selalu kalau unnie nak beli ubat mengarut macam tu. Rosak rambut nanti. Cantik dan comel apa unnie berambut pendek. Macam orang jepun," kata Irene. Bomi muncungkan bibir.
"Apa-apa jelah," balas Bomi. Dia kembali pejamkan mata sementara Chorong membelai rambut pendeknya itu untuk membuang sisa-sisa rambut yang masih ada.
Ting!Tong!
Loceng rumah berbunyi. Irene dan bomi memandang satu sama lain. Paip terus ditutup.
"Tuan rumah datang nak kutip sewa ke?" Tanya Irene, seolah-olah takut. Begitu juga Bomi. Sudahlah dia pun tak ada duit sekarang ni. Gaji belum masyuk.
"Apa kata kalau Irene pergi tengok? Dengan Chorong," arah Bomi.
"Ala unnie jelah. Takut lah,"
"Nampak tak unnie macam mana? Rambut basah macam ni. Dah pergi jelah. Kalau dia mintak duit, kata unnie tak ada. Nanti langsir tu tutup sikit, baru dia tak nampak unnie," cadang Bomi.
Chorong mengangguk setuju. Dia menggapai tangannya diudara untuk mencari Irene. Irene memegang tangan Chorong dan mereka berjalan perlahan-lahan menuju kearah pintu rumah.
Tombol pintu dipulas dengan cepat.
"Oh hi. Kakak---"
"Maaf kakak tak de kat rumah," Pintu rumah terus ditutup. Terperanjat Chorong dibuatnya. Dahlah dia tak nampak apa-apa.
"Fuh. Selamat," kata Irene, lega. Tiba-tiba,loceng rumah dibunyikan sekali lagi.
Irene dengan geramnya membuka pintu rumah dan menjerit
"Kan dah cakap! Bomi-- Lu-Luhan oppa?"
"Irene? Chorong??"
Masing-masing tergamam.
"Cho-Chorong..Bukan ke dia dah.." Luhan tak sempat menghabiskan ayatnya dan terus jatuh pengsan
"Alamak.."
-bersambung
YOU ARE READING
(C)Good Luck || Luhan Chorong
AcciónLuhan dan Chorong fanfic. Seorang polis dan seorang perisik. Cringe. Highest rank : #18 in Action (170412) #14 in Action (171205) Start ; 20/12/16 End ; 24/11/17