"Xie xie Bomi unnie. Sedap bubur ni." Puji Irene. Walhal bubur tu belum dijamah walau sedikit pun. Bomi menggeleng kecil. Sejak Irene berpindah ke China, adiknya itu memang pendiam dan menjadi orang asing.
Perilakunya memang seratus peratus berubah. Ada juga dia cuba untuk menghubungi Luhan untuk datang ambil Irene tapi Luhan tak nak. Dasar Luhan budak degil!
"Makanlah. Unnie nak keluar sekejap. Nak apa-apa tak? Nak suruh beli senyuman ke, apa-apa benda manis ke?" Soal Bomi, dengan nada sindiran. Irene menggeleng.
Bomi mengeluh kerana helahnya untuk membuatkan Irene berinteraksi dengannya gagal. Dia terus menuju ke pintu keluar dan mengambil baju kot yang disangkut disebelah pintu. Payung juga turut sama diambil. 50 langkah diambil untuk dia ke kedai berdekatan.
"Aduh!" Suara seorang lelaki terjatuh hampir menarik perhatian orang ramai. Mujur waktu itu hujan, jadi tak ada orang perasan.
"Woi perempuan! Jalan pakai mata lah! Ke kau buta?!" Jerkah si lelaki. Gadis itu meraba-raba lantai mencari tongkatnya. Baru lelaki itu perasan yang gadis itu memang buta. Tongkat yang berada disebelah kakinya ditendang ke jalan raya.
"Dah tahu buta duduk rumah jelah! Menyusahkan orang!" Katanya dengan bengang lalu beredar dari situ. Habis basah kuyup bajunya. Si gadis mengepal penumbuk dan cuba untuk bangun meskipun terkial-kial.
"Sehina-hina orang buta, tak adalah sampai layan kami macam binatang. Orang macam kau ni lagi teruk dari binatang." Balas gadis itu. Lelaki itu yang cuma berada lima tapak sahaja dari tempat itu berpaling. Si buta ni memang nak kena.
Dia menarik kolar baju gadis itu dan cuba untuk menolaknya ke jalan raya. Namun sempat ditahan oleh Bomi. Bomi menggunakan jurus hapkidonya dan menendang perut lelaki itu.
"Tak reti respect orang ke? Kalau tak reti, pergi belajar balik!" Marah Bomi. Lelaki itu ketakutan selepas melihat Bomi hampir menendangnya buat kali kedua. Terus dia lari lintang-pukang seperti dikejar anjing.
"Cik? Cik okay?" Tanya Bomi kepada gadis itu. Gadis itu mengangguk lemah. Bomi meletakkan tangan gadis itu pada penghadang dan membiarkan dia berdiri disitu buat sementara. Dia kemudiannya berlari ke jalan raya untuk mengutip semula tongkat si gadis.
"Nah, tongkat awak. Oh! Maaf biarkan awak kena hujan. Jom pergi berteduh." Bomi menarik tangan gadis itu ke kafe berdekatan. Mereka tak masuk pun sebabnya mereka sedang kebasahan dan dalam kafe tu lagi sejuk sebenarnya.
"Xie xie sebab tolong saya." Ucap si gadis lalu menunduk kearah yang bertentangan dengan Bomi. Hampir meledak ketawa Bomi namun dia tahan.
"Saya dekat sebelah kanan awak lah. Ya sama-sama. Rumah awak dekat mana? Biar saya hantarkan?" Tanya Bomi.
"Ouh. Dekat sana je. Belakang hotel lima bintang tu." Jawabnya. Dahi Bomi berkerut.
Belakang hotel lima bintang cuma ada perkampungan. Dan disitu penuh orang-orang jahat seperti penagih dadah. Uas-uas Bomi hendak menghantarkan gadis itu pulang.
"Ye ke? Kalau macam tu, nanti saya hantar awak balik. Tapi, sebelum tu kita singgah rumah saya dulu ye? Ada sesuatu saya nak ambil." Balas Bomi.
Si gadis mengangguk sahaja. Bomi rasa serba-salah untuk menghantar gadis itu pulang. Silap hari bulan lepas dia hantar, gadis buta ini akan diapa-apakan oleh orang jahat. Nanti dia dihantui oleh roh gadis ini. Tak nak lah dia.
"Saya Xi Bomi. Saya tinggal di apartment sebelah bank. Cik pulak?"
"Park Chorong.."
-bersambung
Only 500+ words :)
YOU ARE READING
(C)Good Luck || Luhan Chorong
ActionLuhan dan Chorong fanfic. Seorang polis dan seorang perisik. Cringe. Highest rank : #18 in Action (170412) #14 in Action (171205) Start ; 20/12/16 End ; 24/11/17