Yeay happy 30 chap 💓Kipas kecil dihalakan ke seluruh wajah Luhan. Tangan-tangan wanita mula mengibas-ngibas juga agar dapat memberikan oksigen secukupnya kepada lelaki itu.
"Ni airnya." Kata Chorong lalu menyerahkan satu besen kecil yang berisi air sejuk dan tuala kecil. Bomi segera memerah kain kecil tersebut.
Pap! Wajah Luhan dilibas. Irene menekup mulutnya.
"Unnie!" Bentaknya. Kesian pulak bila melihatkan Luhan diperlakukan sebegitu.
"Hehe sorry. Terlepas geram sikit tadi," ujar Bomi dan ketawa dengan kekoknya. Dia memang sengaja buat semua tu. Satunya sebab Luhan lama tak balik, lepastu tak pernah tanya khabar dia, dan tiba-tiba pulak adiknya ini balik mengecut. Sebab itu dia geram.
Irene merampas tuala kecil itu dan turut memerahnya sama seperti yang dilakukan Bomi. Awalnya, tuala itu digunakan untuk mengelap wajah Luhan, tapi ia mula berubah tempat.
Lubang hidung Luhan dikorek. Kemudian telinganya pula dan akhir sekali dimasukkan ke dalam mulut. Irene ketawa mengekek.
"Kyaaa Xi Irene! Jijik lah!" Marah Bomi. Irene acah-acah nak melempar tuala itu kearah Bomi. Bomi bangun dan berlari keliling ruang tamu sambil dikejar Irene. Dia mula menyorok dibelakang Chorong.
"Jagalah unnie," Irene tanpa sengaja tersepak kaki sendiri dan tuala tadi terlepas dari tangannya. Ia mendarat tepat-tepat di muka Chorong yang tak bersalah.
"Ap-- Apa benda yang basah ni? Kenapa ada lendir-lendir ni?" Dia menghidunya. Irene dan Bomi tayang muka nak muntah. Mereka hanya diamkan sahaja.
Kemudian tuala kecil itu Chorong celup didalam besen dan diletakkan semula diatas dahi Luhan. Terkebil-kebil Irene dan Bomi memandang. Ini kalau Luhan tahu, memang dia mengamuk.
"Sebenarnya, siapa ni?" Tanya Chorong. Sewaktu didepan pintu tadi dia tak berapa dengar sangat perbualan diantara Irene dengan seseorang kerana dia memakai earphone.
"Err..Unnie nak tahu ke?" Tanya Irene pula.
"Iyalah. Siapa dia? Kenapa sampai boleh pengsan?"
×××
Eyes- Apink🎵
Luhan tersedar selepas terbau ayam goreng. Tidur yang lama menyebabkan badannya lenguh-lenguh. Tengkuknya juga sakit. Dibetulkan sendi-sendinya sehingga badannya terasa puas.
Dari ruang tamu itu, dia dapat melihat figura seorang wanita yang sedang memasak. Rambut orennya yang tidak seberapa terang itu menarik minatnya.
Takkan pula itu Irene. Bisiknya sendiri. Dia memang anti kalau adiknya mewarnakan rambut. Dia takut rambut adiknya rosak. Kang kalau botak tiba-tiba, tak ada siapa nak masuk meminang. Tapi kalau si Sehun tu, mungkin dia masih nak. Entahlah. Apa-apa pun dia takkan sudi.
Badannya dibawa melangkah ke dapur. Bau yang keluar dari ayam yang sedang digoreng itu betul-betul mengasyikkan dia. Apabila dia menghampiri, gadis itu turut berpusing menghadapnya.
Luhan terkejut. Serta-merta dia kejung. Apa yang dia nampak sekarang ni memang betul-betul diluar jangkaannya. Pisau ditangan Chorong yang kini berada begitu dekat dengan perutnya dia pandang.
"Siapa? Awak ni, tetamu Bomi dengan Irene ke?" Tanya Chorong. Dia masih tidak tahu siapa lelaki dihadapannya ini. Tadi pun, Irene tiba-tiba kata yang dia sakit perut. Bomi pula keluar pergi kerja.
'Dia tak kenal aku?' Getus hati Luhan. Matanya memandang mata Chorong. Sambil itu pisau dia letak semula diatas kaunter dapur.
Dia perasan yang Chorong sedang melihat kearah tengkuknya. Bukan nak riak tapi dia memang tinggi sikit daripada Chorong hahahaha. Badannya direndahkan sedikit. Kemudian tangannya dilambai-lambai.
"Boleh saya tahu nama awak?" Tanya Chorong lagi, cuma diselitkan dengan senyuman yang lebar. Luhan kaku.
"Awak..Tak boleh melihat?"
Chorong mengangguk.
"Sebab itu saya tanya siapa awak." Jawab Chorong.
Luhan sebak.
"Saya..Luhan..Saya rindukan bebelan dan lagak riak awak.."
-bersambung
Apink nak comeback!!
YOU ARE READING
(C)Good Luck || Luhan Chorong
AksiyonLuhan dan Chorong fanfic. Seorang polis dan seorang perisik. Cringe. Highest rank : #18 in Action (170412) #14 in Action (171205) Start ; 20/12/16 End ; 24/11/17