Taehyuk menjejakkan kaki ke hadapan rumah usang dan kelihatan hampir roboh itu. Beberapa lelaki yang sedang memandangnya aneh dia tak hiraukan. Mungkin mereka curiga dengannya kerana pakaiannya sekarang.
Berbaju hitam, berkaca mata hitam, bertopi hitam. Semuanya serba hitam. Nampak seperti pembunuh upahan pun ada.
"Tuan. Inilah rumah yang Park Chorong diami sekarang." Kata MinAh setelah sekian lama mereka berdiri dihadapan rumah tersebut. Taehyuk mengangguk.
Kegelapan malam menghalang pandangannya untuk melihat rumah itu dengan lebih jelas. Tiba-tiba sahaja tingkap rumah usang itu dibuka oleh Chorong.
Taehyuk dan pengikutnya terkejut. Namun mereka tak berganjak. Dia dan Chorong menatap antara satu sama lain.
Kemudian Chorong tersenyum. Dia kembali menutup tingkap dan menutup lampu bilik. Kening Taehyuk terjongket keatas.
"Dia buta--"
"Ah. Dia buta. Saya lupa.." celah Taehyuk. MinAh mengangguk kecil. Taehyuk memandang sekilas remaja-remaja yang sudah tak mempedulikannya. Nampak seperti mereka sudah mabuk dek meminum arak.
"Kita beredar dulu. Esok kita ambil dia." Arah Taehyuk.
××
"Dia tak nak makan." Kata Bomi kepada Luhan. Mereka memerhati Irene yang sedang melutut dihadapan balkoni rumah. Dari pagi sampai malam, gadis itu langsung tak berganjak. Kencing, makan semua dia tak buat.
"Dia salahkan kamu. Dia marah-marah sampai hampir pengsan tadi. Noona risau tengok keadaan dia." Sambung Bomi lagi. Luhan menghela nafas panjang. Wajahnya diraup.
"Noona pergilah sediakan makan. Saya pujuk dia." Ujar Luhan. Bomi mengangguk faham. Dia percayakan Luhan.
Selepas Bomi beredar ke dapur, Luhan menghampiri Irene yang sedang merenung ke bangunan pencakar langit. Apabila dia duduk disebelah Irene, adiknya itu terus mengelak. Dia mengesot menjauhi Luhan. Wajah Luhan pun dia tak mahu pandang.
"Irene..Janganlah merajuk macam ni." Luhan memegang bahu Irene. Meminta simpati adiknya.
Pang! Pipi Luhan ditampar.
"Itu sebab halau Chorong unnie."
Pang!
"Itu sebab buatkan kepercayaan Irene pada oppa hilang."
Pang!
"Itu sebab buatkan Irene benci oppa."
Sekali lagi, Irene mahu menampar abang kandungnya itu namun sempat dihalang oleh Luhan. Kekuatannya kalau nak dibandingkan dengan kekuatan Irene sememangnya jauh berbeza. Irene mengaduh kesakitan.
"Jangan buat macam ni lagi lepas ni?" Rayu Luhan sambil memeluk adiknya itu, erat. Dia cuba untuk menenangkan dan menyejukkan hati adiknya.
Irene mengerang mahu melepaskan pelukan Luhan namun tak berdaya.
"Jebal? Oppa buat semua tu bersebab. Bukan saja-saja. Irene akan tahu semuanya nanti. Bila masanya sesuai, oppa akan jelaskan." Pujuk Luhan lagi.
"Bagitahulah sebabnya. Kalau tak, Irene akan tetap bencikan oppa." Ugut Irene. Luhan tersenyum pendek.
"Teruskan benci. Tapi jangan skip makan. Nanti kalau sakit siapa yang akan usung kamu pergi hospital? Oppa jugak. Siapa bayar bil? Oppa jugak."
Irene diam.
"Okay." Balasnya perlahan. Kepalanya direhatkan diatas bahu Luhan.
"Luhan! Irene! Tengok siapa datang!" Jerit Bomi dari pintu rumah. Mereka berdua memandang satu sama lain dengan tanda tanya. Kemudian Luhan membantu Irene berdiri dan mereka bersama-sama menuju ke pintu rumah.
"Siapa yang datang?" Tanya Luhan. Mereka ternganga sebaik sahaja sampai didepan pintu.
"Sehun!" Teriak Luhan dan Irene serentak. Irene terus menerpa kearah Sehun dan memeluk lelaki tinggi seperti tiang elektrik itu. Kedua kakinya memeluk pinggang Sehun manakala kedua tangannya memeluk leher Sehun. Nampak macam anak koala dengan ibu koala pun ada.
"Aigoo. Xi Irene! Awak tu bukannya ringan! Turun!" Jerit Bomi. Terkejut dia melihat kelakuan buruk Irene. Manakala Luhan, pada mulanya dia diam. Tapi melihatkan perlakuan Irene dan ditambah dengan wajah Sehun yang sudah kemerahan, tawanya meletus.
"Hahaha. Macam beruk dengan bapak dia." Luah Luhan dan jatuh berguling-guling. Bomi mengambil penyapu berdekatan dan mula memukul Luhan.
"Hoi! Kalau dia beruk, kau pun samalah!" Marah Bomi. Dia rasa dirinya turut dihina. Manakala Sehun dan Irene. Masih dalam kedudukan yang sama.
"Oh Sehun!! Bogoshipeo!!" Luah Irene. Wajahnya dibenamkan ke bahu Sehun. Sehun tak dapat menyembunyikan rasa gembiranya. Senyuman melebar sehingga hampir menjadi seperti badut.
"Nado.. bogoshipeo Rene-ah."
-bersambung
YOU ARE READING
(C)Good Luck || Luhan Chorong
AcciónLuhan dan Chorong fanfic. Seorang polis dan seorang perisik. Cringe. Highest rank : #18 in Action (170412) #14 in Action (171205) Start ; 20/12/16 End ; 24/11/17