"Nak hikut oppa!! Nak hikut!!" bentak Irene didalam kereta. Luhan sebenarnya mahu menghantar Irene ke rumah saudara mereka, Yoon Jeonghan namun Irene menolaknya.Baik dia ikut abangnya ke balai polis dan memerhati mereka buat kerja daripada layan mamat Jeonghan rambut panjang macam barbie celup tu. Irene menghentak dashboard kereta tanpa henti.
"Xi Irene! Kalau rosak dashboard tu oppa jual kau!" Ugut Luhan. Irene mula berhenti daripada mengetuk dashboard dan mula mengetuk tingkap.
"Tolong!! Lelaki ni nak rogol saya!!" Jerit Irene dengan sungguh kuat. Orang ramai mula memandang mereka. Sudahlah mereka berada di traffic light. Luhan cemas. Tak pasal-pasal dia kena belasah.
"Yelah-yelah! Boleh ikut. Tapi jangan ganggu oppa. Arasseo?" Luhan mengalah. Irene tersenyum kemenangan. Dia mula menari zumba didalam kereta dengan riangnya. Perangai adiknya itu sama seperti tak waras. Luhan mula memecut ke balai apabila lampu isyarat bertukar hijau.
×××
"Irene!! Welcome to Seoul punya balai!!" Sapa Taeyeon dengan mesranya. Irene memeluk Taeyeon selama sepuluh saat. Sudah lama dia tak bertemu detektif cantik itu. Taeyeon lah orang pertama yang menegurnya sewaktu dia pertama kali mengikuti Luhan bekerja dulu. Agaknya dalam setahun lepas? Tak guna punya abang.
"Unnie, bogoshipeo. Nan baegopa." Ujar Irene, manja. Taeyeon sudah boleh dianggap sebagai kakaknya sendiri. Taeyeon mula mempamerkan wajah kesian, dia merenung Luhan dengan wajah geram.
"Kau tak bagi adik kau makan ke? Apa punya abang lah." Tanya Taeyeon, lalu dia membawa Irene ke bahagian pantri untuk memberi makan kepada gadis itu.
Luhan mengusutkan rambutnya dan masuk ke dalam pejabat. Sekali lagi, dia bertemu dengan Chorong. Benci pula dia tengok wajah gadis itu. Annoying.
"Lu, kau bawak siapa tadi tu?" Tanya Chen, dengan mulut yang peluh. Biskut yang dimakannya tersembur keatas meja. Luhan menumpang duduk disebelah Chanyeol.
"Irene." Balas Luhan. Chorong senyap-senyap memandang kearah kumpulan lelaki yang sedang berborak kosong itu. Bagaikan ada aura yang menariknya itu mendengar perbualan mereka.
"Ehh? Adik kau dah sembuh ke Han?" Tanya Sehun. Luhan mengangguk. Mulut Sehun membentuk 'O'. Cepat betul sembuh sedangkan kepala Irene terhantuk pada bucu meja yang tajam.
"Yelah. Adik aku tu kepala besi. Kalau tak mesti dia koma." Balas Luhan. Sehun mencebik.
"Kau doakan adik kau koma? Kurang ajar punya abang ipar!"
"Kau jangan nak melebih anak Oh. Aku cakap 'kalau' dan siapa nak ada adik ipar pemalas macam kau ni?" Balas Luhan lagi.
"Ahh kalau begitu aku ada chance ke nak kahwin dengan adik kau? Aku rajin. Tiap-tiap masa berus gigi. Tengoklah gigi cantik aku ni. Putih, bersih dan tersusun rapi." Chanyeol mula menayangkan giginya tanpa sebab. Cis! Sudah lupakah yang kau tu dah ada kekasih?!
"Enggak! Gue enggak mau kalian jadi ipar gue! Gue enggak mau keturunan telinga besar! Gue enggak mau keturunan hidung besar, bengis dan pemalas! Gue mau yang sopan santun dan kacak seperti gue." Ujar Luhan, wajah bangga dan riak ditunjukkan. Jijik Chanyeol dan Sehun memandang.
Klakk! Pintu pejabat mereka dibuka dengan kuat oleh pelatih Kim Minseok, tercungap-cungap lelaki itu masuk ke dalam pejabat mereka.
"Minseok hyung, kenapa ni?" Tanya Chen sambil menolong Minseok untuk berdiri tegak. Mulutnya bergerak seperti ingin mengatakan sesuatu dan walkie-talkienya ditayang ke udara. Chen merampas walkie-talkie itu daripada tangan Minseok.
"Suspek Kai dikesan berada dibangunan xxx sedang mengadakan jualan dadah secara sembunyi.. Bantuan daripada pasukan Gred A diperlukan ,over.".
"KAI??!!"
×××
Luhan menyelinap masuk ke dalam bangunan X secara senyap-senyap diikuti oleh Sehun dan Chorong. Chanyeol dan Chen pula menyelinap masuk melalui pintu belakang.
Pistol ditangan dipegang erat. Mata mereka melilau mencari kelibat Kai.
"Luhan." Bisik Sehun seraya menunjuk kearah sekumpulan manusia yang sedang memeriksa sesuatu didalam tong biru. Mungkin itulah dadah yang dilaporkan akan diimport ke Amerika.
Luhan menarik Chorong ke belakangnya. Mereka mengintai dengan senyap. Kai dilihat memeriksa dadah itu dengan lekanya. Beberapa kali lelaki itu menghidu dadah itu dengan senyuman yang lebar. Dia kelihatan sedikit khayal.
Ratatatata ratatatata ratatatata tactix
Nada dering telefon bimbit Sehun mengalih perhatian geng kongsi gelap milik Kai itu. Luhan menepuk dahinya dengan kuat. Chorong mengetap bibirnya. Sehun cemas dan cepat-cepat mematikan telefonnya.
"Polis ada kat sini!!" Jerit salah seorang geng itu.
"Berpecah!!" Berpusu-pusu mereka semua melarikan diri bersama dadah itu.
"Kenapa kau tak mutekan telefon tu?!!" Marah Luhan. Sehun meminta maaf tanpa bersuara. Tiga saat kemudian kedengaran bunyi tembakan dilepaskan oleh Chorong.
Gadis itu mara ke hadapan dan menembak sebahagian geng kongsi gelap Kai dengan tenangnya. Beberapa nyawa sudah melayang terkena peluru maut Chorong.
Luhan mula mengejar Kai yang sudah melarikan diri sehingga ke luar bangunan.
Kai berlari dengan sungguh laju tanpa mempedulikan anak buahnya. Kisah apa dia asalkan dia masih boleh bernyawa. Nyawa anak buahnya itu tidak bernilai dan tidak setanding seperti nyawanya. Kai berlari dalam kelajuan hampir sama seperti cheetah.
Bumm! Kai terlanggar seorang gadis berambut ungu diluar bangunan. Mereka terjatuh bersama-sama.
"Hadehh.. Sakitnya.." Rungut si gadis. Kai menolong si gadis untuk bangun. Dia menghulurkan tangannya untuk membantu.
"Mianhae?" Ujar Kai sambil mengusutkan rambut gadis itu lalu sambung berlari kearah kereta Mercedez yang sedang menunggu. Gadis itu terpukau dengan perbuatan Kai kepadanya walaupun dia tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas.
"Jalsaengin(kacak)." Katanya perlahan, membayangkan yang lelaki itu memiliki paras rupa yang menawan. Bahunya disentuh oleh seseorang.
"Irene! Buat apa kat sini?"
bersambung
Re-Editing❤
YOU ARE READING
(C)Good Luck || Luhan Chorong
AcciónLuhan dan Chorong fanfic. Seorang polis dan seorang perisik. Cringe. Highest rank : #18 in Action (170412) #14 in Action (171205) Start ; 20/12/16 End ; 24/11/17