AKU dan Muzammil hanya tertumpu pada makanan yang pekerja telah hidangkan saja. Nik, Fariena dan Aleesha sampai ke meja makan dengan serentak.
"Korang ni, tak tunggu kitaorang pulak." Kata Fariena sambil meletakkan dulang. Nik dan Aleesha ikut perbuatan yang sama seperti Fariena lakukan.
"Sorry." Jawab aku sepatah. Mereka pun duduk lalu menjamu hidangan yang ada di atas meja itu. Aleesha duduk di sebelah Muzammil manakala depanku Nik dan depan Muzammil ialah Fariena.
"Bie, nantikan ada cerita best kat wayang." Tangan kanan Aleesha memaut lengan Muzammil.
"And the title?" Soal Muzammil.
"Angry Birds The Movie."
"Macam tak best je." Kata Muzammil lalu menyuap pizza ke dalam mulutnya. Aleesha sedikit marah pada kekasihnya. Aku, Nik dan Fariena hanya diam dengan perwatakan mereka.
"Nizam, lepas ni nak pergi mana?" Soal Fariena.
"I don't know lah. Korang ada something ke nak pergi mana-mana?" Soal aku balik pada Fariena.
"Ingatkan nak pergi ice skating."
"Aku boleh je." Bila aku kata begitu, Muzammil pula bersuara.
"Aleesha, kita pun nak pergi ice skating gak kan?" Soal Muzammil pada kekasihnya.
"Taknak lah!" Bentak Aleesha.
"Ikut jelah. Aaa.. Awak," Terus dia alih pandangan padaku.
"Hmm?"
"Kitaorang ikut korang." Bila Muzammil kata begitu, Aleesha mencampak tisu di atas meja lalu meninggalkan kami. Muzammil hanya buat bodoh saja dengan merajuk Aleesha. Aku sudah takut dan malu. Mana taknya, Aleesha gaduh dengan Muzammil sebab aku. Fariena dan Nik hanya memandang aku. Tanpa berfikir. Apa patut aku buat?
...BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
M.N.N (#1)
Romance2016, cinta pandang pertama NIZAM pada MUZAMMIL menjadi harapan NIZAM yang MUZAMMIL telah menjadi miliknya. ALEESHA, kekasih MUZAMMIL sejak mereka berdua berumur 14 tahun kini tidak kekal lama kerana hadirnya NIZAM sebagai penggantinya. Tidak sampai...