28

3.4K 90 0
                                    

BULAN ini adalah bulan yang paling sedih dan tenang bagiku. Kerana aku sedih aku ingin tinggalkan Nik dan Fariena. Walaupun Fariena bukan kawan aku lagi. Aku tinggalkan Malaysia ini dengan rahsia atau kenangan yang banyak. Apatah lagi dengan Muzammil. Tapi, minggu depan aku bertolak ke Paris. Bukan sekarang. Aku perlu selesaikan di sini dahulu.

"Nik, aku nak pindah." Kata aku. Nik hampir tersembur apabila dia minum air.

"What? Kau nak pindah?" Soalnya. Aku angguk kepala.

"Hmm. Tak apa lah. Budak sekolah ini bukannya suka dekat kau pun." Aku diam bila Nik kata begitu. Nik terus peluk aku. Nik menangis. Begitu juga aku.

"Kau jangan lupakan aku tau, Nizam."

"Kau pun, Nik. Aku sayang kau sebagai kawan tau." Nik angguk dan lepaskan pelukan itu. Kali terakhir aku dan Nik berada di kantin ini. Kini, aku perlu jumpa dengan Muzammil. Perasaan takut pun ada.

Aku jumpa dia di perpustakaan. Muzammil tengah buat rujukan di tepi perpustakaan. Aku datang dan berdiri di hadapannya. Dia pandang aku dan dia tutup bukunya lalu ingin meninggalkan aku. Aku datang dan memegang tangannya.

"Awak, saya nak cakap something dengan awak."

"Awak nak cakap apa?" Muzammil menarik tangannya.

"Saya nak pindah sekolah."

"Who's care?" Terdiam aku bila dia kata padaku.

"Dah habis cakap ke? Kalau dah, saya nak pergi ni." Aku pandang ke bawah lalu mengangguk kepalaku. Muzammil meninggalkan aku. Aku menitiskan air mataku.

...BERSAMBUNG...

M.N.N (#1)Where stories live. Discover now