29

3.4K 93 0
                                    

AKU angkat beg luggage aku turun dari bawah. Hari ini adalah hari terakhir aku di Malaysia. Terasa sedih juga bila aku tinggalkan semua kenangan aku di sini. Ayah mengangkat beg luggage aku itu dan masuk ke dalam bonet belakang. Ibu terus mendekatiku dan mencium dahiku.

"Nizam, take care tau dekat Paris dengan Nick Haiman. Ibu dan ayah tak ada dekat sana. So, jaga diri tu sendiri." Kata ibu sambil memeluk bahuku. Aku angguk tanda faham. Ayah pula menghampiri aku.

"Nanti kalau duit tak cukup, mintak dekat ayah. Nanti ayah bank in dekat account kamu." Kata ayah. Aku angguk lagi sekali dengan perasaan yang hampa. Ya, kini aku ingin bersekolah di Paris.

CIKGU ROSMAWATI duduk di hadapan kelas 4 Lukisan Kejuruteraan kerana dia relief Cikgu lain. Muzammil sedang melakukan kerja sekolah yang tidak siap lagi. Kedengaran dua orang perempuan sedang bergossip.

"Wei, kau tahu tak Nizam pindah sebab apa?" Kata perempuan yang duduk di hadapan Muzammil.

"Siapa?" Kata perempuan yang duduk di sebelah perempuan yang berada di hadapan Muzammil.

"Aleesha. Dialah ketua setan dalam geng Najwa. Semua yang Najwa marah dekat Nizam, Aleesha yang suruh."

"Patutlah. Kesian pulak aku tengok Nizam. Tak salah, dia juga yang kena." Muzammil punya nafas sudah turun naik.

"Bodoh Aleesha!" Dia berkata dalam hati.

...BERSAMBUNG...

M.N.N (#1)Where stories live. Discover now