20

4K 106 0
                                    

SUDAH 2 bulan kami bersama. Tapi, hatiku terdetik untuk tinggalkan dia. Aku kesian dengan Aleesha. Sebab aku, mereka putus. Aku mesti buat sesuatu.

"Termenung apa tuh? Makan!" Ibu mengetuk meja makan dan membuatkan aku tersedar dari lamunan itu.

"Kamu ni termenung apa, Nizam?" Soal ayah.

"Tak ada apa-apa." Aku terus makan nasi ayam yang ibu baru saja masak.

"Nizam, kamu ingat lagi tak anak kawan ibu, Nick Haiman?" Soal ibu lalu aku berhenti makan dan memandang ibu. Aku angguk kepala tanda kenal.

"Malam ni ada kenduri dekat rumah diaorang. Nick Haiman ajak kamu ikut sekali." Aku terdiam. Perlu ke aku jumpa lelaki yang terlalu baik dengan aku sampaikan dia melamar aku untuk pergi ke Paris bersama. Lelaki itu juga bekas kekasih aku. Kami putus kerana aku terpaksa berpindah di sini.

MALAM pukul 8.30, aku dan kedua ibu bapa aku berada di rumah keluarga Nick Haiman. Rasa kaku bila berada di depan rumahnya kerana di sini tempat kami berdua bermanja. Kedengaran ayah Nick Haiman datang menuju ke arah kami. Dia berjabat tangan. Aku pun salam tangan ayah Nick Haiman. Ibunya pula menuju ke arah ibu. Mereka berjabat tangan. Tinggal aku seorang berada di laman rumah dengan 3 khemah bersama tetamu yang hadir. Dari jauh aku dapat bau minyak wangi yang selalu tidak pernah lupa. Nick Haiman punya! Terkejut aku bila dia berada di belakang ku.

...BERSAMBUNG...

M.N.N (#1)Where stories live. Discover now