WAKTU rehat, aku dan Nik sedang berjalan menuju ke kelas 4 Lukisan Kejuruteraan untuk berjumpa dengan Muzammil. Dalam perjalanan, aku rasa gementar untuk berjumpa dengan Muzammil. Tiba-tiba, aku nampak Muzammil sedang berada di dalam kelas. Aku terus pergi ke arahnya. Muzammil nampak aku dan terus buat muka.
"Aaa.. Aku pergi dulu ya, Nizam." Nik memegang bahuku lalu meninggalkan kami.
"Awak." Aku mula bersuara.
"Nak apa?" Soalnya dengan kasar.
"Saya minta maaf kalau saya buat salah. Saya..." Muzammil terus memotong ayatku.
"Tak payah nak minta maaf sangat! Aku benci kau! Kau suka sangat dengan jantan tu, kau pergi berambus dengan dia!" Begitu marah dia padaku. Aku menitiskan air mataku.
"Awak.. Saya nak.."
"Kau nak apa? Mintak maaf? Tak payah! Mulai hari ini, kita clash! Kau dah tak ada apa-apa pada aku lagi!" Muzammil meninggalkan aku di dalam kelasnya itu. Aku menangis sambil menutup mulutku. Tidak dapat menahan perasaan sekarang ini. Nik datang dan terus mendekatiku.
"Nizam kau kenapa? Dahlah. Tak payah nangis-nangis ni." Kata Nik. Aku abaikan kata Nik. Nangis tidak berhenti lagi. Sakit sangat hatiku.
...BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
M.N.N (#1)
Romance2016, cinta pandang pertama NIZAM pada MUZAMMIL menjadi harapan NIZAM yang MUZAMMIL telah menjadi miliknya. ALEESHA, kekasih MUZAMMIL sejak mereka berdua berumur 14 tahun kini tidak kekal lama kerana hadirnya NIZAM sebagai penggantinya. Tidak sampai...